Kuih ketayap @ dadar

Pelbagaikan kegunaan inti kelapa.. tujuan asal sis nk buat roti kelapa tp roti nnt dulu sis buat ketayap/dadar yg senang ni dulu... santai-santai buat breakfast.. kaler kuih mmg original sis guna daun pandan yg banyak tepi rumah ni... sejak border ditutup x travel kemana, sis ske breakfast n minum petang kat luar rumah sambil layan pak prof siapkan kerja-kerja online nya... Jommm sis mulakan... Selamat mencuba yer semua ❤️🌹
Kuih ketayap @ dadar
Pelbagaikan kegunaan inti kelapa.. tujuan asal sis nk buat roti kelapa tp roti nnt dulu sis buat ketayap/dadar yg senang ni dulu... santai-santai buat breakfast.. kaler kuih mmg original sis guna daun pandan yg banyak tepi rumah ni... sejak border ditutup x travel kemana, sis ske breakfast n minum petang kat luar rumah sambil layan pak prof siapkan kerja-kerja online nya... Jommm sis mulakan... Selamat mencuba yer semua ❤️🌹
Cara Memasak
- 1
Penyediaan inti kelapa... didihkan 2 cawan air dan 3 cawan gula merah/ 2 keping gula nesan/ 1 ketul gula Melaka hingga sebati dan tapis...
- 2
Masukkan kelapa parut dan tapisan air gula, daun pandan dan gula pasir kacau sehingga sebati dan bila agak-agak kering taburkan 1 sudu tepung gandum utk memekatkan dan cantik tercantum inti kelapa..
- 3
Penyediaan kulit kuih, kisar air dan daun pandan serta tapis utk dapatkan 2 cawan air pandan.. campurkan kesemua bahan kulit ke dlm blander dan mix hingga sebati.. x payah tapis dh sbb tepung dh tergaul rata.. Sis x guna pewarna hijau klu nk guna silakan...
- 4
Gunakan kuali non stick utk mendadar tepung td dan mula la mendadar dan tutup kuali.. x perlu di balikkan pastikan kesemua permukaan tepung dh berwarna hijau maka masaklah kulit tersebut
- 5
Kemudian angkat dh boleh mula meletak init dn gulung
- 6
Gulung ikut kreativiti masing-masing... dah siap resepi simple tp klu x buat selalu mau lupa kannn selamat mencuba sdp utk breakfast dan juga minum petang...
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Kuih Ketayap Inti Pandan Kuih Ketayap Inti Pandan
Biasanya saya buat kuih ketayap atau dadar gulung ni guna inti kelapa versi gula melaka, tapi kali ni saya buat versi gula putih & rasa pandan. Kuih ketayap saya wajib kulitnya berlubang2 sebab bagi saya itu adalah tanda kuih ketayap yg menjadi. Nak makan pun berselera tengok berlubang2..kalau licin je tak lalu nak makan 🤭 Kuih ketayap ni sangat lembut & gedik2..sesuai di buat untuk sarapan atau minum petang. Sesiapa yg Trypophobia yg takut pada lubang2 kecik tu maaf la ye..🙏🤭 Ramai yg tanya macam mana nak dapat kulit ketayap yg berlubang-lubang. Tipsnya, pan mestilah betul2 panas sebelum tuang adunan. Bila adunan terkena pan yg panas, automatik ia akan jadi berlubang-lubang.. Nor Al Fatihah -
Ketayap/Kuih Dadar Ketayap/Kuih Dadar
Resepi Kuih Ketayap, kuih tradisional, juadah istimewa untuk berbukak puasa, macam mana boleh dapat nama Ketayap pon tak tahu. Nora Hj Talib -
Kuih Ketayap Kuih Ketayap
Setiap kali buat kuih ketayap ni teringat saya satu cerita 5 tahun lepas..masa tu saya ingin belinya di satu gerai. Saya cakap kat makcik tu nak kuih gulung..terus terkejut dia..dia tanya balik kuih apa? 😅 saya pun terus cakap kuih ketayap..saya cakap la kat makcik tu kalau sebelah Terengganu orang panggil kuih ketayap tu kuih gulung..oo makcik tu cakap sambil tersengih 😆 saya orang Terengganu, memang lebih suka panggil kuih gulung sebab kuihnya kan di gulung..Lain tempat lain namanya tapi tetap kuih yg sama..ade jgk yg panggil kuih dadar..yg penting ia sedap. Saya suka & puas hati sgt kalau buat kuih ketayap, kulitnya jadi elok berlubang macam ni..itu bermakna kuih ketayap yg jadi dgn elok..sedap & lembut je..selain di gulung, saya juga pernah buat kuih ketayap bentuk bunga ros & buat pelbagai corak pd kulitnya menjadikan ia lebih menarik & berselera nak makan..tapi anak bongsu saya, setiap kali makan kuih ketayap ni mesti makan kulitnya saja, inti letak tepi pinggan 😅 ma nya jgk yg tolong habiskan 😆 Nor Al Fatihah -
Ketayap Polkadot Ketayap Polkadot
Masak Apa Hitam, Putih @ Merah Jambu? Haa ni lah hasilnya ketayap polkadot. Kulitnya merah jambu & bercorak polkadot hitam. Intinya pula putih. Sesuailah kan..sarapan saya sekeluarga pagi tadi. Sebenarnya plan nak buat corak bunga rose tapi makan masa buatnya..jadi saya buat corak polkadot je sebab anak tiba-tiba demam..jadi nak cepat pergi klinik.. Seperti biasa, saya suka kuih ketayap yg berlubang-lubang jerawat macam ni..tak suka yg licin flawless tu..hihiii Nor Al Fatihah -
Kuih Ketayap Kuih Ketayap
Kisahnya usben belikan kuih ketayap, yang menyedihkan inti ketayap tu rasa macam hampas nyior. Hilang terus selera. Jadi nak tak nak kena la buat sendiri baru puas hati. Azizah Mansor -
-
Kuih Ketayap Kuih Ketayap
#MealPlan #1412recipe #Pejuang2KResepiKuih Ketayap adalah salah satu kuih kegemaran suami juga anak bujang Aznie. Selalu kalau jumpa mesti diorang beli. Dan diorang juga boleh dah menjadi pengkritik kuih ni. Kadang bila makan, kakau kuih tu kurang menepati citarasa diorang sendiri sebut apa yang tak kena. Contoh kenapa guna hampas kelapa, tak cukup lemak sebab tak tambah garam, lori gula excident masuk dalam adunan inti la. Aishhhh macam-macam lagi la. Nak mintak mak buatkan entah bila la nak buatkan. Jadi semalam mak rajinkan diri sikit je pun buatkan ni untuk minum petang. Seronoknya tengok diorang makan. Kejap je selesai dapat kat dua beranak ni. Resepi Aznie follow dari @Mrs_Watermelon85 . Terima kasih Nor sedap 🥰 Aznie Khasri -
Kuih Gulung Sesuci Hati Ma🤍 Kuih Gulung Sesuci Hati Ma🤍
Ini lah satu2nya kuih yang akk masak di awal tahun 2022 dan selama usia perkahwinan masuk 26 tahun akk tidak pernah buat...dan akk tidak sangka terbuat❤️...menu ini sangat legend dan sangat2 menyentuh jiwa akk banyak kenangan suka duka bersama arwah 'Ma' (emak akk) ketika akk berusia 10 tahun kuih ini salah satu sumber rezeki arwah...akk selalu hantar ke warung2 sekitar rumah di awal pertengahan tahun 70'an...Selesai hantar kuih terus ke sekolah...kuih gulung atau ketayap ramai yg jual tapi akk selalu serik nak beli sbb sekarang banyak yg jual guna hampas kelapa dan bukan isi kelapa yg bersantan...beza dulu dan kini dulu orang2 lama pentingkan kejujuran dlm meniaga zaman now ramai yg utamakan keuntungan semata😥... so beli sekali orang dah serik dan tak akan beli dah...untuk resipi kuih gulung ini akk ikut resepi arwah 'Ma'...Alfatihah untuk arwah.(dibaca)...jom intai cara2nya.😘 Aza Aaj -
-
Ketayap Rose🌹 Ketayap Rose🌹
First Five To FifthSempena 5th Anniversary Cookpad, admin mengajak Cookpaders masak semula salah satu dari 5 resepi pertama kitorang kat Cookpad. Mula2 saya tak tau pun kewujudan Cookpad ni.. Saya kenal melalui kawan Cookpaders iaitu kawan Facebook..Jalilah JJ atau kak JJ.. dia la yg ajak saya join Cookpad & cerita tentang keistimewaan Cookpad sebab dia tengok saya selalu share resepi2 kat Facebook..jadi saya boleh simpan & share resepi2 saya kat sini pulak..terus saya tertarik & join hari tu jgk iaitu pd 27 Julai 2019. Saya join Cookpad ni sebab saya boleh jadikan page masakan saya sendiri..dapat kenal Cookpaders yg hebat2..kenal admin2 yg sporting, dapat kenal masakan/resepi2 baru.. Yg paling best bila admin buat challenge.. mcm2 tema & kalau bertuah dpt gift special drp Cookpad.. Alhamdulillah..setakat ni banyak dah koleksi gift/saka yg saya terima dari Cookpad...love sgt 😍 Resepi pertama yg saya share kat Cookpad ialah kuih ketayap yg di bentuk menjadi bunga rose..tapi masa tu saya letak pic cara bentukkan bunga tu je.. kali ni saya share lebih detail iaitu pic cara2 membuat adunan kuih ketayap sekali. Kalau sebelum ni saya buat ketayap rose warna merah & kuning, kali ni saya buat warna merah saja..Memang seronok buat ketayap ni..seperti biasa ketayap saya mestilah berlubang2..tak boleh ploles tau..tak suka..part yg paling best masa bentukkan bunga rose tu..walaupun bercinta & makan masa nak siapkan tapi saya puas hati bila tengok hasilnya.. Nor Al Fatihah -
Kuih Ketayap Kuih Ketayap
#bazaarramadan #minggu4 #goldenapron2020 Kuih ketayap.. kuih ni semalam Aznie buat sebab hubby suka sangat dengan kuih ni.. selalu kalau buat kuih ketayap mesti macam-macam warna dan corak Aznie buat.. tapi semalam rasa penat sangat jadi Aznie buat plain je.. Seronok tengok orang suka makan apa yang kita masak.. bila tengok hubby ngan anak-anak makan.. hilang segala rasa penat.. banyak nama juga kuih ni ye.. ada yang panggil kuih dadar.. ada juga yang panggil dengan nama teruna malang.. ehhh kenapa pulak nama kuih macam tu?? hihihihi.. jangan tanya Aznie sebab Aznie sendiri pun tak tau.. 🤭 Aznie Khasri -
Kuih ketayap #phopbylinimohd #task2 Kuih ketayap #phopbylinimohd #task2
nk diceritakan tentang kuih melayu, terlalu banyak dan semua sedap sedap belaka jika kena dgn gaya masakan dan bahan. Antara kuih melayu yg menjadi kegemaran ziana sekeluarga adalah ketayap. Arwah abah ziana pun suka sgt kuih ketayap. Kalau masak kuih ni mesti rindukan dia..Jom ikut resepi ni , mudah sgt dan bolehlah hidangkan kepada keluarga tersayang. Ziana Chesaad
Lebih Banyak Resipi
Komen