Kuih Ketayap

Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
Bintangor, Sarawak.

Kisahnya usben belikan kuih ketayap, yang menyedihkan inti ketayap tu rasa macam hampas nyior. Hilang terus selera. Jadi nak tak nak kena la buat sendiri baru puas hati.

Kuih Ketayap

Kisahnya usben belikan kuih ketayap, yang menyedihkan inti ketayap tu rasa macam hampas nyior. Hilang terus selera. Jadi nak tak nak kena la buat sendiri baru puas hati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Inti:
  2. 1/2biji kelapa parut (ambik yang putih je)
  3. 1/2 cawangula
  4. 1sdk sirap ros
  5. 1 helaidaun pandan (simpulkan)
  6. 1 sudu makantepung gandum
  7. Kulit:
  8. 1 cawantepung gandum
  9. 1biji telur
  10. 1 1/2 cawanair (blend dengan daun pandan dan tapis)
  11. Secubit garam
  12. Nota: air boleh juga diganti dengan santan. Ikut selera masing²

Cara Memasak

  1. 1

    Untuk inti, masukkan air, gula, daun pandan & sirap ros kedalam kuali. Masak hingga gula larut.

  2. 2

    Kemudian masukkan kelapa parut. Kacau hingga kering airnya. Masukkan 1 sudu makan tepung gandum. Kacau sebati.

  3. 3

    Siap. Ketepikan.

  4. 4

    Untuk kulit, campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati.

  5. 5

    Panaskan kuali, sapu dengan sedikit minyak. Masukkan 1 senduk adunan dan lenggangkan ke kiri dan kanan supaya membulat dan nipis.

  6. 6

    Apabila permukaan dah kering, angkat dan letak inti ditengah kuih, lipat kiri kanan dan gulung dengan kemas.

  7. 7

    Sedia untuk dinikmati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
pada
Bintangor, Sarawak.
🌼Mak anak 3.🌼Suka mencuba pelbagai resepi.
Baca lagi

Resipi Sepertinya