Nasi Goreng Tomyam

Paste tomyam dalam botol kaca tu dah lebih setahun tersimpan dalam peti ais. Kakak saya hadiahkan sempena beliau berjalan-jalan ke Thailand pada tahun 2019. Saya jarang masak lauk tomyam sebab anak-anak tak berapa gemar.
Baru-baru ni Mak saya ada datang melawat anak-anak yg baru berkhatan. Mak saya minta saya buatkan nasi goreng dari lebihan nasi semalam, dan suruh saya masukkan sedikit paste tomyam sebagai pembangkit rasa.
Wah, sedap rupanya!
Anak-anak saya pun makan bertambah bila saya buatkan nasi goreng tomyam ni. Nampaknya bolehlah saya ulang masak nasi goreng tomyam ni selalu untuk habiskan paste tomyam sebelum luput tarikhnya tak lama lagi. Elak mottainai gitu.. 😁
Nasi Goreng Tomyam
Paste tomyam dalam botol kaca tu dah lebih setahun tersimpan dalam peti ais. Kakak saya hadiahkan sempena beliau berjalan-jalan ke Thailand pada tahun 2019. Saya jarang masak lauk tomyam sebab anak-anak tak berapa gemar.
Baru-baru ni Mak saya ada datang melawat anak-anak yg baru berkhatan. Mak saya minta saya buatkan nasi goreng dari lebihan nasi semalam, dan suruh saya masukkan sedikit paste tomyam sebagai pembangkit rasa.
Wah, sedap rupanya!
Anak-anak saya pun makan bertambah bila saya buatkan nasi goreng tomyam ni. Nampaknya bolehlah saya ulang masak nasi goreng tomyam ni selalu untuk habiskan paste tomyam sebelum luput tarikhnya tak lama lagi. Elak mottainai gitu.. 😁
Cara Memasak
- 1
Tumbukkan bawang besar, bawang putih dan ikan bilis. Nasi pula dileraikan dengan tangan dan digaulkan dengan garam.
- 2
Dalam kuali, panaskan sebentar minyak masak, dan tumiskan bahan ditumbuk tadi. Masukkan bebola ikan, dan kemudian lobak merah serta paste tomyam. Gaul rata dan masakkan kira-kira 2 minit.
- 3
Kemudian, masukkan nasi dan kaup rata bahan-bahan dengan api sederhana. Hati-hati, jangan sampai hangus atau melekat kerak. Apabila bahan sudah digaul sekata pada nasi, bolehlah tutup api. Siap!
Resipi Sepertinya
-
Nasi Goreng Tomyam Nasi Goreng Tomyam
115/2021/RoadTo1k/800Nasi goreng tomyam ni bukan guna perencah nasi goreng tomyam yang biasa tu tau. Ni hakak pakai pes tomyam seafood Adabi. Rasa dia lagi authentic gituu. Dah macam kuah tomyam tu transfrom jadi nasi goreng. Sedap tau 😋 Salina Jalaludin -
Nasi goreng tomyam Nasi goreng tomyam
When 2 Become 1: Udang & Sotong #MatchmakerMonthTengahari ni masak apa? Kalau tak ada idea, jom masak Nasi Goreng Tomyam.Main campak² jer . Udang dan sotong wajib ada tau , baru lah matchmaker dalam tomyam . Ziana Chesaad -
Ayam Masak Kicap Ayam Masak Kicap
Sejak kecil, ayam masak kicap merupakan antara menu yang saya gemari. Begitu juga kini bagi anak-anak saya.Menu ini memang mudah disediakan dan sesuai dihidang bersama nasi panas.Selamat mencuba!#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje#goldenapron#minggu17 Nuraliyah Mn -
Nasi Goreng Tomyam Nasi Goreng Tomyam
HOF Worthy (#Misi2 CookRace)Hari ni buat nasi goreng tomyam @salina_jalaludin untuk bekal si dara. Memang kegemaran dia lah kalau ada rasa tomyam ni. Sengeh/senyum tanda gembira. 😄 Dapur Yusfarisyia -
Nasi Goreng Tomyam Thai Nasi Goreng Tomyam Thai
Hi semua, tiba-tiba terasa rindu pulak dengan makanan restoran Thai. harini masak Nasi Goreng Tomyam. Rasa masam2 dan beraroma dari tomyam paste, ditambah pulak dengan pedas dari cili padi dan beberapa bahan penting lain. cukup sedap kalau dihidang panas-panas.Bahan2 adalah dari resepi asal. Tapi saya memandai2 jela olah bahan. Yang penting sedap. Tak ingat resepi siapa sebab tulis kat buku nota. 😂 Lapar Lah Pulak!! -
BUBUR NASI 'CRAB STICK' BUBUR NASI 'CRAB STICK'
#goldenapron2020#buburnasiKebetulan sangat kan bonus kali ni, tajuk bubur nasi memang kena dengan musim panas2 ni, baru balik dari bercuti, ramai yang tak sihat, ada yang selsema la, tekak tak sedap la, jadinya semua macam tak berselera nak makan nasi. Mak nya macam tak sampai hati tengok anak2 lemah tak bermaya, gigih la ke dapur masakkan bubur nasi. Dalam keadaan tak larat tu, sempat lagi si anak buat permintaan nak bubur nasi jejari ketam. Demi mu hai anak, mak ikut kan aje. Moga cepat sihat ye. Makan tadi pun berselera. Masa menumis semua dah pakat duk di dapur ambil bau😂 tak sabar nak merasa❤️ Ana Ahmad -
Nasi goreng tomyam Nasi goreng tomyam
#cookrace#misi2Resepi ini diinspirasi daripada nasi goreng tomyam oleh @salina_jalaludin . Simple sangat dan sedap resepinya. Saya tukar garam kepada kicap masin dan tambahkan sukatan pes tomyam. Bila-bila masa boleh buat. Thank u untuk resepi ini. Terasa makan di kedai tomyam. 😍😍 Azyyati Zakaria -
Nasi Goreng Tomyam Ala Kedai Siam Nasi Goreng Tomyam Ala Kedai Siam
Lama sangat tak kongsi resepi kat sini! Apa pun ini resepi Nasi Goreng Tomyam saya. Mudah sangat tau saya suka pakai pes tomyam berbanding kiub. Bagi saya yang kiub sedikit masin berbanding pes. Kalau ada dah yg cuba resepi saya, let me know! Terima kasih 💕 Izzah Ab Aziz -
Nasi Goreng Tomyam Nasi Goreng Tomyam
#goldenapronSuami saya peminat tegar tomyam, ape saja masakan berasaskan tomyam pasti akan menjadi kegemarannya. Menu yang saya akan kongsikan pada kalini adalah nasi goreng tomyam, sesuai untuk dihidangkan tidak mengira waktu pagi, tengah hari mahupun makan malam. Jom cuba😍NurDiana Rosli
-
Bubur Nasi TomYam Bubur Nasi TomYam
Malam tadi buat stimbot tomyam. Ada baki lagi. Tekak nak makan bubur lain dari yang lain. Makanya saya try masak bubur bersama kuah tomyam ni.Suami saja makan dua mangkuk 😂. Sedap rupanya!Lepas ni kalau buat tomyam/stimbot dan kuah ada baki, saya takkan buang dah.#goldenapron2020 #buburnasi @kamekmizah -
Nasi Goreng Anak Ramai Nasi Goreng Anak Ramai
#phopbylinimohd#goldenapronBila anak ramai ni, masak apa saja pasti licin. Kali ni omak nak kongsi resepi Nasi Goreng Anak Ramai untuk #goldenapron minggu ni.Kenapa di namakan sebagai nasi goreng anak ramai? Kerana semua bahan-bahan kita masukkan dalam nasi goreng. Semua orang dapat sama rata. Tak perlu buat telur goreng asing dah. Atau lauk tambahan. Sebab dah letak dalam nasi tu. Nak tambah ayam pun boleh. fuzahid -
Nasi Goreng Tomyam Nasi Goreng Tomyam
📣 Uchu dah, anda bagaimana? Jom pakat ramai2 cooksnap dan HOF kan resepi NasGorTom oleh @salina_jalaludin ni https://cookpad.wasmer.app/my 📣Uchu dah olah resepi Sal, guna perencah nasi goreng tomyam Adabi yang dibeli sebelum bersalin aritu.86/2022 Sesimple Loralin
Lebih Banyak Resipi
Komen