Pulut Kuning & Rendang Ayam

Tunaikan permintaan anak bujang..2 hari lepas dia minta saya buat pulut kuning & rendang ayam..hari ni saya baru buat.. Macam biasa kalau saya buat pulut & rendang ayam ni mesti makan dari pagi sampai ke malam..nasi sila cuti 😆 suka tengok anak2 bertambah2 makan..
Pulut Kuning & Rendang Ayam
Tunaikan permintaan anak bujang..2 hari lepas dia minta saya buat pulut kuning & rendang ayam..hari ni saya baru buat.. Macam biasa kalau saya buat pulut & rendang ayam ni mesti makan dari pagi sampai ke malam..nasi sila cuti 😆 suka tengok anak2 bertambah2 makan..
Cara Memasak
- 1
Pulut Kuning 👉 Rendam pulut bersama air, serbuk kunyit, pewarna & asam gelugur. Biar pulut tenggelam dari air ye.. tutup & biarkan semalaman
- 2
Toskan pulut & masukkan ke dalam pengukus yg telah di lapik dengan jaring bersama daun pandan. Buat beberapa lubang supaya wap panas dapat naik ke atas utk masak pulut. Kukus selama 20 minit. Balikkan pulut sekali saja supaya pulut masak rata
- 3
Sementara pulut di masak, campur santan dengan garam & gula. Kacau hingga larut. Kemudian, tuang ke dlm pulut yg telah masak
- 4
Arung rata & kukus semula selama 20 minit dengan daun pandan. Buat lubang jgk seperti tadi. Saya balikkan pulut sekali je.. jangan balikkan banyak kali utk elakkan pulut hancur..jadi tak cantik nanti..
- 5
Blend bawang2, halia, lengkuas, kunyit & serai hingga halus. Selepas tu, tumis bersama cili kering blend & serai yg di ketuk hingga pecah minyak
- 6
Masukkan ayam & kacau hingga separuh masak
- 7
Kemudian, tuang santan & air. Biarkan mendidih
- 8
Bila kuah mulai pekat, masukkan kerisik. Saya guna 3 paket kerisik seperti dalam gambar ye -40gm x 3. Kacau rata. Perasakan dengan garam & gula
- 9
Bila kuah dah sedikit kering, masukkan daun kunyit & daun limau. Kacau lagi hingga kering sedikit lagi..jangan terlalu kering ye..saya suka buat berkuah sedikit..al maklum la..budak2 ni suka cedok kuah banyak2. Masak hingga betul2 pecah minyak yg cantik..boleh tutup api
- 10
Boleh lah di hidangkan pulut kuning bersama rendang ayam
Resipi Sepertinya
-
Rendang Daging & Pulut Kuning Rendang Daging & Pulut Kuning
Tekak jemu makan nasi hari2..teringin nak makan pulut kuning dengan rendang. Daging yg mak saya beri masa saya balik kampung hari tu ada lagi..jadi saya buat rendang daging saja..lagipun dah lama sangat tak buat rendang daging..selalunya buat rendang ayam je.. Alhamdulillah..berselera anak2 & suami makan.. Nor Al Fatihah -
Pulut Kuning & Rendang Ayam Pulut Kuning & Rendang Ayam
#goldenapronPulut kuning & rendang ayam sesuai dijadikan hidangan pada hari raya..ada juga yg makan pada hari2 biasa..gabungan dua menu ini sudah cukup membuka selera & mengeyangkan.. Nor Al Fatihah -
Rendang Hati Lembu Rendang Hati Lembu
#GlobalApron2024#MenuRaya#HatilembuCilikeringKunyitLengkuasKerisikSeraiSantanDaunkunyitDua hari sebelum raya suami balik dari kerja beli hati lembu & minta saya buat rendang utk menu/hidangan pagi raya. Di makan bersama nasi himpit. First time saya masak rendang hati lembu.. Alhamdulillah..sedap sangat suami cakap..rasa macam kat kedai dah katanya..hihii..kembang hidung rasa 😆 Suka tengok dia bertambah2 makan bersama nasi himpit & pulut kuning.. Nor Al Fatihah -
Rendang Ayam Berempah Rendang Ayam Berempah
Teringin nak makan rendang ayam dengan pulut kuning. Biasanya saya masak rendang biasa saja, kali ni saya masak dengan cara berempah pulak.. Nor Al Fatihah -
Pulut Kuning Arun Rendang Daging Pulut Kuning Arun Rendang Daging
#sarapan#goldenapron#minggu14Kebanyakan orang Malaysia suka pulut yang dimakan dengan rendang, terutama pulut kuning, tidak kira dimakan bersama dengan rendang daging mahupun rendang ayam. Bagi saya dan keluarga semuanya menyelerakan sarapan di waktu pagi. Julia ALeen Aireish -
Rendang Ayam Rendang Ayam
Rendang ayam ni biasanya saya lebih suka makan bersama pulut kuning. Memandangkan stok beras pulut sudah habis..nak keluar beli pun ni tengah musim pkp/stay home..jadi saya makan bersama nasi himpit saja sebab ada balance buat makan dgn kuah kacang 2 bln lepas..rendang versi saya..saya tumis dulu bahan2 blend..baru masukkan ayam, santan & kerisik..ada sesetengah org teruskan leburkan ayam bersama dgn bhn2 lain..lain org lain caranya kan..yg penting sedapp 😍😋 saya sgt gembira bila setiap kali saya buat rendang ayam ni..suami & anak2 pasti bertambah2 makan..tetamu yg dtg beraya pun puji sedap walaupun resepi saya biasa2 saja.. Nor Al Fatihah -
Pulut Durian Pulut Durian
#goldenapron2020 #week9 Beberapa hari lepas suami belanja durian..hadiah hari lahir katanya..dia beli sehari sebelum hari lahir saya..memang suka sgt la dpt durian sebab dah lama anak tekak mengidam..durian asyik lalu lalang kat wall fb..mau tak teliurnya 😆 Seperti biasa kalau beli durian mesti suami minta saya buatkan pulut durian yg menjadi kegemarannya. Kebanyakannya org sebelah utara makan macam ni..suami saya pun org utara..saya belajar makan selepas berkahwin dgnnya..berbeza cara saya, org pantai timur makan pulut bersama pengat/serawa durian iaitu santan di masak bersama gula melaka & daun pandan. Demi penuhi permintaan suami, jadi saya ikutlah seleranya buat pulut yg di makan bersama santan putih saja yg di panaskan dgn sedikit garam, di tuang ke atas pulut & tabur dgn gula..memang sedap..lemak2 manis gitu.. Nor Al Fatihah -
Rendang daging Pulut Kuning Rendang daging Pulut Kuning
#CookpadApron2025Week22Magic cartBeras pulut, daging, santan, cili padiRendang memang sedap di makan dengan pulut Ani Delighted -
Rendang Udang 🦐 Rendang Udang 🦐
Suami bawa balik 1 1/2 kilo udang harimau yg di pancingnya..besar2 pulak tu..Tanya suami nak masak apa pulak udang kali ni sebab dah jemu asyik masak merah, masak lemak..terus suami cakap buat rendang udang..terus saya terkejut..ye la..sebab tak pernah makan rendang udang..jadi pelik sikit 😅 Suami cakap dia pernah makan rendang udang kat luar..sedap katanya.. saya pun try la masak..eh sedap sungguh rupanya..hahaa..kami sekeluarga siap meratah lagi 😋👍 Nor Al Fatihah -
Ketupat Palas dan Rendang Ayam Ketupat Palas dan Rendang Ayam
#unique2u#goldenapron2020Setiap orang berlainan cara sambut raya. Tapi bagi kami yg uniknya mesti ada ketupat palas. Ada ketupat mesti ada rendang. Kalau xde 2 masakan ini memang tak lengkaplah walaupun kuih muih penuh meja.Lebih uniknya ia masak di malam raya. Malam raya adalah malam yg sibuk menyediakan juadah ini. Sama2 berjaga membalut ketupat dan masak rendang. Betapa meriahnya suasana ini. Tiada di waktu2 lainnya.Di sini saya turunkan resepi rendang ayam yg dipadankan dengan ketupat palas. Jom sama2 layan. Rendang ayam dulu kemudian ketupat. Hamidah binti Mokhtar -
Nasi Tomato & Ayam Masak Merah Kenduri Nasi Tomato & Ayam Masak Merah Kenduri
Penuhi permintaan anak2 hari ni..nak nasi tomato kata diorang.. hampir setahun jgk la ma tak buat, rindu la tu 😆 bertambah- tambah diorang makan sambil puji sedap2.. Alhamdulillah..suka tengok anak2 saya berselera makan..memang favourite diorang nasi tomato ni..makan pulak dengan ayam masak merah ala kenduri & acar jelatah.. bukan saja anak2..ma ayah diorang pun bertambah-tambah makan 😆😋 Nor Al Fatihah -
Rendang ayam Rendang ayam
#goldenapron2020#minggu20Hari ni ada sambutan hari lahir anak saya so saya msk rendang ayam untuk dimakan bersama pulut kuning. Zieta Ali
Lebih Banyak Resipi
Komen (11)