Cornflakes Madu dengan Cip Coklat

Nuraliyah Mn
Nuraliyah Mn @nuraliyah_mn

Cornflakes madu ni dikatakan antara kuih/biskut raya yang paling mudah untuk dibuat.

Tapi, saya ada kenangan ‘ngeri’ yang menyebabkan saya rasa kuih ni sukar dibuat. Waktu zaman sekolah dulu, Mak mengajak saya buat biskut cornflakes madu sempena menyambut lebaran.

Kami ikut resepi yang Mak bawa dari ofis. Resepi kuih dikongsikan oleh kawan pejabatnya. Tapi, entah kenapa kuihnya tak menjadi.

Hasilnya bahagian bawah kuihnya hangus, dan keras. Kuihnya pula lemau, tak rangup.
Beberapa kali cuba tapi tetap seperti yang diharapkan.

Dan, sejak peristiwa tu, saya rasa kuih ni sukar dibuat. Saya hanya menunggu orang buatkan kuih ini atau makan di rumah orang waktu hari raya saja. 😅

Kali ni, setelah bertahun-tahun saya rasa mustahil untuk saya buat, saya buat carian di google - resepi cornflakes madu rangup. Sempena cabaran PhotoTips, saya ‘terpaksa’ buat kuih ni kali ni.

Lagi dua hari nak berpuasa, saya ambil peluang ajak anak buat kuih ni bersama-sama. Sambil itu, saya nak bagi semangat untuk anak yang sedang belajar berpuasa. Nanti waktu bersahur atau berbuka, bolehlah anak makan kuih ini nanti.

AlhamduliLLAH, menjadi! Rangup dan sedap kuihnya. Memang simple je bahan-bahannya, dan membuatnya juga mudah.

Saya kongsikan resepinya untuk sahabat-sahabat sekalian mencuba. Sangat sesuai yang baru berjinak-jinak dengan oven.

#PhotoTips
#cornflakesmadu
#DariDapurNuraliyahMn
#masakringkasringkasje

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

100 biji kuih
  1. 300 gcornflakes
  2. 1/2buku mentega
  3. 1/2 cawangula perang
  4. 5sudu madu
  5. 1sudu kecil esen vanilla (saya guna secalit vanilla beans)
  6. 1/2 cawancip coklat
  7. 100 kepingmangkuk kertas (papercup)
  8. Perkakas/alatan:
  9. Ketuhar/oven
  10. Periuk kecil
  11. Periuk besar/besen (untuk menggaul bahan)
  12. Sudip/spatula
  13. Sudu

Cara Memasak

  1. 1

    Campurkan mentega, madu, gula dan vanilla ke dalam periuk.

    Dalam gambar ketiga adalah vanilla bean. Calit sedikit vanilla bean pada hujung pisau atau sudu kecil dan campurkan dalam adunan.

  2. 2

    Masakkan di atas api yang kecil sehingga campuran berbuih. Tutup api dan biarkan ia menjadi suam.

  3. 3

    Masukkan cornflakes ke dalam periuk besar atau besen. Setelah adunan tadi menjadi suam, tuangkan ke dalam periuk besar tadi dan gaulkan rata dengan cornflakes. Sambil gaul, bolehlah kaup tekan cornflakes itu untuk hancurkan sedikit cornflakes, supaya mudah untuk masukkan pada mangkuk kertas. Awas, jangan terlalu hancur pula.

  4. 4

    Sudukan adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun dalam loyang. Letakkan 2-3 butir cip coklat pada kuih.

    Bakar pada suhu 140C selama 7-10 minit.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nuraliyah Mn
Nuraliyah Mn @nuraliyah_mn
pada
Dari Dapur Nuraliyah Mn‘Masak ringkas-ringkas je’Saya bawakan resepi-resepi mudah dari bahan yang senang didapati. Siapa yang baru berjinak-jinak nak masuk dapur, atau yang sukakan resepi yang simple, jom ikuti laman saya. Sambil berkongsi resepi, saya akan selitkan juga tips-tips yang mungkin dianggap remeh untuk yang dah biasa di dapur, tapi agak penting untuk mereka yang baru nak biasakan diri memegang senduk.#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya