Daging Masak Paprik

Ain Mohd Kitchen
Ain Mohd Kitchen @AinMemasakNo1
Pulau Pinang, Malaysia

#focapix
Bulan puasa lah selalunya mak mak macam akk ni rajin bebeno nak cari resipi menu sedap2 kan.

Janji anak-anak dapat berpuasa dengan hati yang ikhls dan gembira.

Jom kita masak daging paprik. Bahan-bahan pun akk guna apa yang ada di rmh saja. Selalu mcm tu lah. Kalau nak tunggu lengkap, mmg lambat lagi la nak dpt makannya 🤣.

Jom masak best2 bulan puasa kali ni ✌🏻😍.

Daging Masak Paprik

#focapix
Bulan puasa lah selalunya mak mak macam akk ni rajin bebeno nak cari resipi menu sedap2 kan.

Janji anak-anak dapat berpuasa dengan hati yang ikhls dan gembira.

Jom kita masak daging paprik. Bahan-bahan pun akk guna apa yang ada di rmh saja. Selalu mcm tu lah. Kalau nak tunggu lengkap, mmg lambat lagi la nak dpt makannya 🤣.

Jom masak best2 bulan puasa kali ni ✌🏻😍.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

45 minit
1 hidangan
  1. Bahan A (Daging Rebus)
  2. 2ketul daging sebesar penumbuk dewasa dibasuh bersih dan direbus
  3. Bahan B (Tumis)
  4. 1senduk minyak masak
  5. 1biji bawang merah dihiris
  6. 2 ulasbawang putih diketuk
  7. 1 batangserai diketuk
  8. 1/2inci halia dihirs halus
  9. 3 helaidaun limau purut disiat
  10. 1senduk besar cili yang sudah dimesen
  11. 2sudu besar sos tiram
  12. 2sudu besar cili sos
  13. 1 cawanair rebusan daging
  14. 1sudu garam (bergantung pada masakan masing2)
  15. 1sudu perasa masakan hilal
  16. Bahan C (Tambahan Sayur)
  17. 4 batangkacang buncis dipotong panjang 1 inci
  18. 1/2 batanglobak merah dipotong panjang halus 1 inci

Cara Memasak

45 minit
  1. 1

    Mula-mula sekali basuh daging, kemudian rebus setengah empuk. Keluarkan, potong nipis2 dan rebus sekali lg sehingga empuk. (petua- masa rebus, masukkan 1 sudu garfu atau secubit beras, utk proses empuk daging). Dah empuk, ketepikan. Air rebusan daging pun kita akn gunakan.

  2. 2

    Kemudian, tumis bawang putih bawang merah, serai, halia dan daun limau purut sehingga garing.

  3. 3

    Dah garing, masukkan cili yg sudah dimesen, sos tiram dan sos cili. Gaul sebati.

  4. 4

    Kemudian masukkan daging yg sudah dihiris nipis, masukkan air rebusan daging, dan gaul sebati. Kalau nak kuah banyak, lebihkan air rebusan daging.

  5. 5

    Masukkan garam dan perasa masakan, masukkan sayuran, gaul sebati dan biarkan masak mendidih seketika. Dah siap, boleh tutup api dan hidangkan bersama nasi putih dan lauk pauk yg lain. Selamat mencuba 🥰.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Ain Mohd Kitchen
Ain Mohd Kitchen @AinMemasakNo1
pada
Pulau Pinang, Malaysia
Suka masak 👩🏻‍🍳.Saja nak berkongsi resipi yang sudah dimasak 😍.Suka gambar cantik-cantik walaupun gambar sendiri tak cantik 🥴😅📸.Suka berkawan dengan ahli cookpad yang lain dan sesiapa sahaja yang sudi🥰.Selamat Datang ke ‘Ain Mohd Kitchen’🙋🏻‍♀️.Terima kasih kerana sudi mencuba resipi-resipi saya 😍💐.Jom kita masak ✌🏽🤩.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya