Cornflakes Kurma Berkaramel

Zarns Dir
Zarns Dir @zarnsdir1311

#goldenapron2020
#week6
#kuihraya

Assalammualaikum...
Alhamdulillah, dah raya ke-5 hari ini (28/5/2020). Selamat hari raya semuaaa...

Tak terlambat lagi rasanya kalau nak up menu kuih raya. Hehehe. Raya kan sebulan!

Masih lagi menu dengan kurma 😊😊.
Sebab masih banyak stok yang ada di rumah ni, kalau tak buat pencuci mulut, kuih atau cookies, memang susahlah anak nak makan dan habiskan stok kurma tu.

Selalunya untuk Cornflakes sebegini, kebanyakkannya buat versi Cornflakes Madu, orang letak madu, ceri atau badam kan? Tapi saya letak hirisan kurma dan guna gula karamel. Rasa pun sama sedap jugak. Kalau tak ada kurma, saya letak badam ataupun ceri jugak. Tapi kalau buat bulan puasa atau bulan raya, guna kurma lah sebab stok kurma masih banyak.

Saya memang suka gula karamel, bau dia sangat wangi. Sebelum masuk bekas dah masuk mulut dulu hahahha..

Jadi saya buat cornflakes karamel ni bagi menggantikan penggunaan madu, lagipun saya rasa sangat sayang nak guna madu. Sebab madu yang ada dirumah ni madu asli yang diperoleh sendiri oleh adik ipar dari pokok. Dia panjat, dia caras madu dan asingkan serta tapis sendiri madu. Madu yang ada ni khas untuk anak saya diminum satu sudu setiap hari. Saya tak jual madu ya, cerita je hehehe...

Masa buat resepi ni seronok, sebab anak tolong tabur chocolate rice, suka sangat dia dapat tolong. Bila dah siap tu, memang mengadap je la Cornflakes ni sambil tengok kartun.

Jom lihat resepi yang saya buat ikut cara saya.

Cornflakes Kurma Berkaramel

7 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

65-70pcs
  1. 250 gcornflakes (diramas kasar)
  2. 5biji kurma (saya guna Wasem Yusof Tayyub)
  3. 1 cawangula pasir
  4. 60 gmentega
  5. 1 sudu tehgaram
  6. 1/2 cawansusu full cream/susu sejat
  7. 1/2 cawanair
  8. chocolate rice secukupnya (jika suka)
  9. Papercup secukupnya

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan.

  2. 2

    Sediakan periuk untuk membuat karamel. Guna periuk yang besar dan lebih dalam kerana nanti kuah gula akan meruwap ke atas. Panaskan periuk dengan api sederhana. Masukkan gula dan air. Masak sehingga gula keperangan keemasan. Jangan biar hangus. Sentiasa dikacau.

  3. 3

    Kemudian, masukkan mentega dan kacau sebati. Kemudian masukkan susu full cream. Kacau sebati dan masukkan garam. Karamel akan sedikit memekat, pastikan jangan ada yang hangit. Hendaklah sentiasa di kacau selalu hingga siap.

  4. 4

    Kacau sehingga menjadi sedikit pekat dan warna semakin gelap. Ketepikan seketika, jangan biar sejuk nanti mengeras. Perlu di tuang ke dalam cornflakes disaat gula masih suam-suam panas.

  5. 5

    Setelah itu, sediakan bekas besar yang cukup untuk menggaul cornflakes. Masukkan cornflakes dan ramas kasar supaya nanti mudah untuk dimasukkan ke dalam papercup.

  6. 6

    Gunting kecil-kecil kurma ke dalam cornflakes. Jarakkan supaya kurma tidak melekat sesama sendiri. Gaul rata. Cara saya, gunting sebiji dulu lepastu gaul, gunting lagi kemudian gaul, buat sehingga kurma habis.

  7. 7

    Kemudian tuangkan separuh dari adunan karamel tadi ke dalam cornflakes dan gaul rata. Gaul guna kaedah dua sudu, lebih mudah. Jika ada yang bergumpal, leraikan dan gaul rata. Jika tidak cukup rata ataupun lebih suka karamel yang banyak, boleh tambahkan lagi baki adunan karamel tadi.

  8. 8

    Sediakan loyang dan papercup. Susun papercup ke dalam loyang.

  9. 9

    Masukkan adunan cornflakes yang sudah siap tadi ke dalam papercup. Taburkan chocolate rice.

  10. 10

    Kemudian bakar selama 10-15min dengan suhu 150c untuk mengekalkan kerangupan cornflakes. Simpan dalam bekas kedap udara apabila sudah sejuk. Siap dan boleh makan 😊😊.

  11. 11

    Jika ada lebihan karamel tadi, boleh buat cicah roti atau spread pada biskut kering😉. Hanya panaskannya semula dan makan ketika suam-suam, sedap!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Zarns Dir
Zarns Dir @zarnsdir1311
pada
KONGSI RESEPI SIMPLE & ALA KADAR.Salam perkenalan semua.Saya Roza.Cookpad ini saya jadikan sebagai buku resepi peribadi saya untuk abadikan resepi yang saya selalu hidangkan untuk anak dan suami.Manalah tahu bila saya sudah tua atau tiada, anak boleh tengok resepi menu yang saya pernah sediakan untuknya.Saya ini tidaklah pandai memasak lauk pauk yang sedap macam kedai atau pakar masak. Begitu juga kuih muih.Kepakaran saya lebih terarah kepada cookies, kuih raya dan kek.Tapi hari demi hari terus mencuba menjadikan menu harian lebih sedap dari sebelumnya untuk dihidangkan menjadi santapan keluarga.Boleh follow Instagram saya :-foodtography : zarnsdir_mycakes & dessert : rozadelightsjuga Facebook saya : zarns dirTerima Kasih
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya