Kentang Putar (Mashed Potatoes) Ringkas

Nuraliyah Mn
Nuraliyah Mn @nuraliyah_mn

Sebenarnya, ini pertama kali saya cuba memasak kentang putar. Biasanya memang saya beli saja.

Kalau tak kerana dek cabaran oleh Cookpad Malaysia ni, mungkin saya tak terfikir pun nak cuba buat kentang putar sendiri.

Saya gugel satu resepi ni. Katanya, resepinya ala kepci. Kentang putar yang berkuah. Nampak mudah je... Jadi saya pun cubalah.

Nampak gayanya, hasil akhir masakan saya tak jadi pun seperti kentang putar kepci. Samada saya yang tak pandai memasak kuahnya, atau resepi tu ada silap sukatan.

Tapi tak apalah. Saya adjust sikit resepinya, dan terhasillah Kentang Putar Ringkas ini.

Anak-anak dan suami kata sedap! AlhamduliLLAH.

Untuk yang nak mencuba, silakan lihat resepi ini.

#DariDapurNuraliyahMn
#masakringkasringkasje
#kentangputar
#topik1
#PhotoTips

Kentang Putar (Mashed Potatoes) Ringkas

11 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

<1 jam
6 orang
  1. 5biji kentang
  2. Air bertapis untuk merebus kentang
  3. 1biji bawang besar
  4. 2 ulasbawang putih
  5. 1-2sudu stok ayam (atau kiub pati ayam)
  6. 4sudu mentega
  7. 2sudu minyak masak
  8. 1 cawantepung gandum
  9. 2sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
  10. 5sudu kecil garam bukit

Cara Memasak

<1 jam
  1. 1

    Potongkan kentang dan rebuskan dengan air bertapis sehingga empuk. Apabila sudah empuk, toskan kentang dan lenyekkan hingga hancur.

  2. 2

    Sementara itu, kisarkan bawang putih dan bawang merah. Kemudian, dalam periuk lain, didihkan bahan kisar dan stok ayam bersama 3 cawan air. Masak selama kira-kira 10 minit. Setelah itu, toskan air rebusan dan ketepikan.

  3. 3

    Dalam periuk lain, cairkan mentega dengan campuran minyak masak. Perlahan-lahan, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil digaul rata.

    Kemudian, masukkan air rebusan yang sudah ditapis tadi. Campuran akan memekat. Gaul rata dan taburkan lada hitam.

  4. 4

    Campurkan adunan ini dengan kentang yanh sudah dilenyekkan. Gaul rata bersama garam. Awas, garam masukkan sedikit dahulu dan rasa. Jika kurang masin barulah ditambah. Lain garam lain tahap kemasinannya. Kentang putar ringkas dah siap! Bolehlah dihidang dengan cara “scoop”kan ia.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nuraliyah Mn
Nuraliyah Mn @nuraliyah_mn
pada
Dari Dapur Nuraliyah Mn‘Masak ringkas-ringkas je’Saya bawakan resepi-resepi mudah dari bahan yang senang didapati. Siapa yang baru berjinak-jinak nak masuk dapur, atau yang sukakan resepi yang simple, jom ikuti laman saya. Sambil berkongsi resepi, saya akan selitkan juga tips-tips yang mungkin dianggap remeh untuk yang dah biasa di dapur, tapi agak penting untuk mereka yang baru nak biasakan diri memegang senduk.#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya