Kentang Putar Berkrim

Kentang putar ni fav my kasayangan Rizqi 😘
Memang selalulah buat untuknya.Kalau beli kfc pun kentang putar box kecil tu memang habis dia makan.Biasa kalau buat sendiri tambah susu segar dalam sosnya Memang lebih sedap rasa lemak berkrim. laju je sikecil makan.😀
Untuk rasa yang sedikit pedas guna lada hitam biji yang ditumbuk halus ia lebih terasa ladanya.Tapi saya buat untuk sikecil saya guna lada readymade je kurang terasa pedas ladanya.
Pic ini kali kedua sebenarnya buat kentang putar. Awal pic tak ikut syarat yg dikehendaki.Open je contest terus antar resepi risau takut tak sempat buat.Bila dah dengar tips yang dikongsikan minsha,gelabah la buat lagi sekali kentang putar untuk snap pic macam yang dikehendaki. Sebab Untuk contest kali ni syarat pic kena guna angle flatlay.Walaupun saya dah join kelas phop tapi gambar snap bertetabur juga lagi.Tak praktik sangat. Bila masak nak snap pic cepat2 sebab ada yang dah sedia tunggu nak makan.
Harap pic ni menepatilah kehendak syarat.
Angle flatlay mudah sebenarnya. Tak banyak guna prop dan tak perlu banyak edit. Yang penting cukup cahaya hero nampak jelas.Saya sempat snap pic kentang putar ni jam 3 ptg. Cuaca pun tak berapa cerah. Mendung2 je. Harap menepati syarat yg dikehendaki.
Kentang Putar Berkrim
Kentang putar ni fav my kasayangan Rizqi 😘
Memang selalulah buat untuknya.Kalau beli kfc pun kentang putar box kecil tu memang habis dia makan.Biasa kalau buat sendiri tambah susu segar dalam sosnya Memang lebih sedap rasa lemak berkrim. laju je sikecil makan.😀
Untuk rasa yang sedikit pedas guna lada hitam biji yang ditumbuk halus ia lebih terasa ladanya.Tapi saya buat untuk sikecil saya guna lada readymade je kurang terasa pedas ladanya.
Pic ini kali kedua sebenarnya buat kentang putar. Awal pic tak ikut syarat yg dikehendaki.Open je contest terus antar resepi risau takut tak sempat buat.Bila dah dengar tips yang dikongsikan minsha,gelabah la buat lagi sekali kentang putar untuk snap pic macam yang dikehendaki. Sebab Untuk contest kali ni syarat pic kena guna angle flatlay.Walaupun saya dah join kelas phop tapi gambar snap bertetabur juga lagi.Tak praktik sangat. Bila masak nak snap pic cepat2 sebab ada yang dah sedia tunggu nak makan.
Harap pic ni menepatilah kehendak syarat.
Angle flatlay mudah sebenarnya. Tak banyak guna prop dan tak perlu banyak edit. Yang penting cukup cahaya hero nampak jelas.Saya sempat snap pic kentang putar ni jam 3 ptg. Cuaca pun tak berapa cerah. Mendung2 je. Harap menepati syarat yg dikehendaki.
Cara Memasak
- 1
Rebus kentang hingga lembut, angkat dan toskan.
- 2
Lecek kentang hingga betul2 halus.masukkan sedikit lada putih,butter dan susu segar.kacau sebati.
- 3
- 4
Scoopkan kentang kedalam bekas atau mangkuk yang sesuai.
- 5
Untuk sos berkrim (gravy) :
Panaskan butter,tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi dan keperangan, Masukkan tepung gandum kacau sehingga garing. Masukkan susu segar,air, serbuk pati ayam, lada hitam.Masukkan sos tiram,kicap manis dan kacau sehingga pekat. - 6
- 7
Bila sudah pekat tuangkan kedalam blender dan blend hingga halus.
- 8
Tuang semula kedalam kuali dan kacau seketika sehingga pekat semula. Matikan api dan bolehlah dituangkan keatas kentang putar.
- 9
Sedia untuk dinikmati..kentang putar lemak berkrim. 😋
- 10
Nota:Saya tidak letak garam kerana sudah cukup rasa masin dari pati ayam, sos tiram dan kicap.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Kentang Putar Kentang Putar
Selalu buat versi kentang putar bakar tapi untuk resipi ini akk buatkentang putar basic yang biasa2al'maklum nak focus pada topik#photoTips...mokcik baru berlajar😍😂kalau salah tolong ajarkan😘Selalu ambik gambar hentam sesuka hati tapi kali ni rasa mcm sedikit gelabah...mokcik ambik angle flatlay tapi dah agak lewat petang...cahaya luar rumah tanpa lampu...akhirnya siaplahjugak #topik1 semoga mokcik terus istiqomah selepas ini🤲❤️ Aza Aaj -
Kentang Putar dan Sos Lada Hitam Kentang Putar dan Sos Lada Hitam
#phototips#topik1Kentang putar ni topik 1 untuk task phototips. Akak letak sos lada hitam. Rose Nani Nizah Nayan -
Kentang Putar Ala KFC Kentang Putar Ala KFC
#topik1#kentangputar#phototipsDah alang-alang buat kentang putar, kita buat sos dia sekali.So jadilah kentang putar ala Kfc.Sedap ja pun rasa dia. Nak buat pun senang ja. Tapi kalau nak senang lagi, pi beli yang dah siap kat Kfc nuhh.. Hihi Norashikin Rahmat -
Kentang putar Kentang putar
#phototips#topik1Jika Tak pandai pilih angel untuk ambik gambar, pilih je angel flatlay, kerana ia mudah dan senang.Resepi kentang putar ni saya selalu buat bila Ada anak kecil, buat memperkenalkan makan kepada bayi, bila dah besar anak2 tidak berminat sangat nak makan kentang putar ni, Mak Nye yg terlebih suka makan. Noraini Hamid -
Kentang Putar Creamy Kentang Putar Creamy
#phototips#topik1Biasanya makan kentang putar atau mashed potato ni kat KFC je..kali ni try buat sendiri pulak..alhamdulillah sedap sangat..rasanya sama yang kat KFC..anak-anak pun cakap sedap sampai bertambah-tambah pastu cicah pulak dengan roti..memang creamy tapi tak memuakkan.. tapi next time nak buat lagi terang warna kuah/sos dia tu..baru cun..sebab saya tak karamelkan betul2 bawang tu tadi..sebab tu cerah je warna kuah/sos dia..hihii.. Nor Al Fatihah -
Kentang Putar Kentang Putar
Task 1 - Kentang PutarSiapa tak suka kentang putar? Lagi-lagi yang dijual di restoran seperti KFC. Keluarga saya memang akan beli hidangan yang besar. Suka makan ketika masih panas dengan kuah nya. Kalau dah nama nya “hantu/gila ken tang” memang akan buat banyak sebab boleh tambah lagi.#photoTipsSaya menggunakan angle flatlay kerana dengan angle flatlay ini, semua nya boleh nampak dengan jelas. Tak perlu guna bokeh/kabur di sekeliling nya. Penggunaan prop yang tak banyak boleh memberi fokus hanya kepada subject/hero. Saya buat close-up supaya lebih nampak dengan jelas lagi. Saya menggunakan cahaya natural (cahaya matahari) ketika mengambil gambar ini dalam sekitar pukul 3 petang. Mula-mula memang nak ambil gambar dalam sekitar pukul 10 pagi dan 12 tengahari tetapi ada-ada je halangan nya. (Jiran lalu-lalang segan pulak 🤭) Saya juga menggunakan pinggan/mangkuk yang berlainan warna dengan subject/hero untuk contrast. Selain itu saya menggunakan napkin yang berwarna cerah serta penggunaan daun parsli kering untuk garnish menaikkan seri subject/hero itu (break the colour). Dapur Yusfarisyia -
Kentang Putar Meatball Kentang Putar Meatball
#phototips Sesekali makan kentang putar buatan sendiri sedap juga,buat sendiri boleh aja tambah bahan kesukaan banyak mana untuk bagi lebih lemak lagi,ditambah pula makan bersama meatball,sedap uii😁kebetulan kat rumah ada sos yang siap dimasak jadinya memang laju aja nak buat untuk cabaran cookpad kali ini😁 Erma Yusnida -
Kentang putar bersos lada hitam Kentang putar bersos lada hitam
#PhotoTip#Topik 1Bila ada cabaran baharu kita tahu sebenarnya tidak sukar untuk menyediakan resepi resepi enak begini. Lepas ni tak perlu beratur @ delivery kat KFCPhoto diambil dengan pencahayaan matahari , sekitar jam 12.00 tengahari hingga1 petang diluar rumah. Dengan angle Flaylat.Hanya mengguna kan mangkuk 3 " dan sudu teh yang kecil saisnya sebagai Props. Manakala Garnish , daun pasley kering dan lada hitam. Background ada meja berwarna hitam. Ini sahaja yang boleh dipersembahkan memandangkan saya tidak pernah mengikuti mana kelas. Nak edit tulisan pun belum pandai.. Ani Delighted -
Kentang putar Ala Kentaki Kentang putar Ala Kentaki
👩🍳691👩🍳🍽125/2023🍽Dupe December 🍿Kentang putar paling suka kalau dulu2 masuk Kentaki je mesti beli box besar.Tapi kan nak lagi jimat dan lagi sedap baik buat sendiri. Bukan susah sangat pun sebenarnya. Apalagi ia makanan kegemaran hero ummi #Rizqi.Kos bawah rm20 boleh makan sekeluarga.#DupeDecember Q'leenalee's Kitchen -
Kentang Putar Berkrim & Ayam Panggang Lada Hitam Kentang Putar Berkrim & Ayam Panggang Lada Hitam
#phototips #topik1Kentang putar memang jadi rebutan kalau makan makanan western. Macam-macam cara atau resipi nak buat kentang putar ni. Kat sini akak kongsikan resipi kentang putar yang berkrim dan gebu. Sedap dimakan bersama ayam panggang lada hitam. Cempaka Putih -
Kentang Putar Berkrim Kentang Putar Berkrim
#PhotoTips saya gunakan flatlay tips iaitu jam 12, untuk gambar makanan tak perlu byk 'saka' yg perlu digunakan. Nnt ramai yg tertarik kpd saka dari gambar makanan yg ditunjukkan😂Resepi yang Sis buat ni adalah resepi Sis Fatihah, Sis intai resepi dia... Tp mmg puas hati....sedap sangat Aniza Bt Abu Bakar -
Kentang Putar (Mashed Potatoes) Ringkas Kentang Putar (Mashed Potatoes) Ringkas
Sebenarnya, ini pertama kali saya cuba memasak kentang putar. Biasanya memang saya beli saja.Kalau tak kerana dek cabaran oleh Cookpad Malaysia ni, mungkin saya tak terfikir pun nak cuba buat kentang putar sendiri.Saya gugel satu resepi ni. Katanya, resepinya ala kepci. Kentang putar yang berkuah. Nampak mudah je... Jadi saya pun cubalah.Nampak gayanya, hasil akhir masakan saya tak jadi pun seperti kentang putar kepci. Samada saya yang tak pandai memasak kuahnya, atau resepi tu ada silap sukatan.Tapi tak apalah. Saya adjust sikit resepinya, dan terhasillah Kentang Putar Ringkas ini.Anak-anak dan suami kata sedap! AlhamduliLLAH.Untuk yang nak mencuba, silakan lihat resepi ini.#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje#kentangputar#topik1#PhotoTips Nuraliyah Mn
Lebih Banyak Resipi
Komen (5)