Kentang Putar Berkrim & Ayam Panggang Lada Hitam

Cempaka Putih
Cempaka Putih @ticer_cem
Kelantan, Malaysia

#phototips #topik1
Kentang putar memang jadi rebutan kalau makan makanan western. Macam-macam cara atau resipi nak buat kentang putar ni. Kat sini akak kongsikan resipi kentang putar yang berkrim dan gebu. Sedap dimakan bersama ayam panggang lada hitam.

Kentang Putar Berkrim & Ayam Panggang Lada Hitam

#phototips #topik1
Kentang putar memang jadi rebutan kalau makan makanan western. Macam-macam cara atau resipi nak buat kentang putar ni. Kat sini akak kongsikan resipi kentang putar yang berkrim dan gebu. Sedap dimakan bersama ayam panggang lada hitam.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Kentang Putar
  2. 800 gubi kentang
  3. 1 literair sejuk (untuk direndam kentang yang dikupas)
  4. 1 literair (untuk merebus kentang)
  5. 227 gbutter (unsalted)
  6. 1 sudu tehgaram (untuk merebus kentang)
  7. 1 sudu tehgaram (untuk dimasukkan dalam adunan kentang)
  8. 200 mlwhipping cream
  9. 1sudu besar daun Rosemary kering
  10. Ayam Panggang
  11. 1 kepingdada ayam (225g)
  12. 1sudu kecil lada hitam (dikisar)
  13. 5 ulasbawang putih (dikisar)
  14. 1inci halia (dikisar)
  15. 1 sudu tehgaram
  16. 2sudu besar sos lada hitam

Cara Memasak

  1. 1

    Kelarkan isi ayam perapkan dengan bahan kisar, sos lada hitam dan garam. Ketepikan.

  2. 2

    Kupas ubi kentang dan terus rendam dalam air sejuk untuk mengelakkan kentang berubah warna. Ada yang tidak suka buang kulit ubi kentang. Tapi kentang yang dibuang kulit lebih cantik warnanya untuk dibuat kentang putar.

  3. 3

    Bersihkan kentang dan potong dadu saiz sederhana. Jangan terlalu kecil kerana ianya akan menyerap lebih banyak air. Toskan dan rebus bersama air dan garam.

  4. 4

    Rebus sehingga empuk untuk memudahkan proses melenyek. Jangan terlebih masak kerana kentang akan berair. Toskan.

  5. 5

    Masukkan kentang ke dalam kuali tanpa minyak. Keringkan airnya dengan api sederhana.

  6. 6

    Lenyek kentang sehingga habis. Akak tak guna food processor atau blender kerana teksturnya menjadi terlalu halus. Boleh guna masher atau ricer jika suka tapi akak suka guna kan sieve (penapis). Teksturnya lebih halus dan gebu.

  7. 7

    Cairkan mentega dan masukkan 3/4 ke dalam kentang putar. Gaul rata.

  8. 8

    Masukkan whipping cream dan lebihan mentega cair serta daun rosemary ke dalam kuali. Didihkan sebentar.

  9. 9

    Tuang 3/4 adunan whipping cream ke dalam kentang putar. Gaul rata. Siap lah Kentang Putar Berkrim.

  10. 10

    Golekkan ayam yang diperap ke dalam lebihan whipping cream. Bakar dengan air fryer selama 10 minit dengan suhu 180'c. Balik kan ayam dan tambah masa lagi 5 minit. Bila masak hidangkan bersama kentang putar tadi.

  11. 11

    Siap!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Cempaka Putih
Cempaka Putih @ticer_cem
pada
Kelantan, Malaysia
masak dari hati
Baca lagi

Komen (6)

Noraini Hamid
Noraini Hamid @NasrAnne
Ya Allah, cantik sgt persembahan Kentang tu, sayang nak makan klu cantik sangat.

Resipi Sepertinya