Ayam Goreng Kfc "Homemade" 🇺🇸

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

#cppassport

Ayam Goreng rangup spicy ala kfc ni memang selalu saya masakkan untuk keluarga. Saya sendiri pun penggemar ayam Goreng spicy ala kfc ni.Lebih seronok dan puas makan bila buat sendiri dirumah.Boleh makan banyak. 👏😀😋
Resepi Kfc ini berasal dari Negara Amerika Syarikat.

Ayam Goreng Kfc "Homemade" 🇺🇸

#cppassport

Ayam Goreng rangup spicy ala kfc ni memang selalu saya masakkan untuk keluarga. Saya sendiri pun penggemar ayam Goreng spicy ala kfc ni.Lebih seronok dan puas makan bila buat sendiri dirumah.Boleh makan banyak. 👏😀😋
Resepi Kfc ini berasal dari Negara Amerika Syarikat.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 10Ketul isi ayam(bahagian paha/sayap)-cuci -toskan
  2. Perapan:
  3. 1 cawantepung segera BESTARI (spicy)
  4. 3/4 cawanair
  5. Bahan salutan:
  6. 1 cawantepung Bestari Spicy
  7. 1/2 cawanTepung Jagung
  8. 1sudu besar tepung beras
  9. Satukan kesemua bahan tepung dalam satu bekas

Cara Memasak

  1. 1

    Paha ayam dicuci bersih kemudian cucuk-cucuk paha ayam menggunakan garpu.

  2. 2

    Bancuh tepung bistari dengan air.Tuang sedikit2 air.kepekatannya sama bancuhan utk menggoreng pisang atau cempedak..ia akan melekat dan menyalut ayam dgn cantik.

  3. 3

    Masukkan ayam tadi kedalam bancuhan tepung bistari dan gaul mesra,sampai tersalut semua ayam,perapkan dlm 30 minit atau lebih.Saya perap semalaman dalam peti ais. Keesokan baru disalut tepung kering dan goreng.

  4. 4

    Untuk salutan tepung kering:

    **Dalam bekas lain campurkan
    1 cwn tepung bistari
    1/2 cwn tepung jagung
    1 sdb tepung beras

  5. 5

    Ambil ayam yg diperap tadi salutlah dengan 3 cmpuran tepung tadi...salut betul2 keseluruhan ayam ye..kemudian celup dalam air biasa.. Untuk kali kedua ini boleh letak tepung kering dalam kontena atau bekas bertutup masukkan ayam yang sudah disalut kali prtama tadi,goncang supaya tepung bersalut rata pada ayam. boleh rujuk dalam video teknik salut tepung pada ayam.

  6. 6

    Bila Cukup dua kali ayau tiga kali proses salut tepung kering,Goreng ayam dalam minyak yang banyak sehingga garing.Api sederhana.(Deep fry)

  7. 7

    Angkat dan toskan minyak, sedia dihidangkan bersama sos cili pilihan.

  8. 8

    Sedia untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Resipi Sepertinya