Kek Coklat Moist

Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
Ipoh, Perak, Malaysia

Kek Coklat Moist ni Aznie buat untuk anak bujang sempena birthday dia dulu. Anak Aznie ni memang fav dia kek coklat je, kek lain dia tak berapa sangat nak makan. Kek ni dulu Aznie buat untuk dia bawa kesekolah makan bersama kawan-kawan dan juga cikgu. Memang kawan-kawan dia pun tahu dari dia sekolah tadika sampai form 5 memang dia akan bawa kek kesekolah sebab cikgu dengan kawan-kawan dia suka sangat makan kek. Sebabkan dia minat sangat dengan bola sepak jadi Aznie buatkan kek logo pasukan bolasepak negeri perak. Seronok bila ingat balik reaksi dia time tengok kek ni, punya la suka sangat. Sekarang dia pun dah masuk kolej, dan sekarang dah masuk sem. 4. Moga menjadi anak yang soleh anakku.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. ❇Bahan A:❇
  2. 1 cawanserbuk koko (3/4 cwn pun ok)
  3. 1 cawansusu cair
  4. 3/4 cawansusu pekat
  5. 3/4 cawangula
  6. 1 cawanminyak masak
  7. ❇Bahan B:❇ (semua bahan ni diayak)
  8. 3/4 cawantpg gandum
  9. 1sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  10. 1sudu kecil (sudu kfc) baking powder
  11. ❇Bahan C:❇
  12. 4bj telur (blender jer)
  13. 💕UNTUK GANACHE💕
  14. 200 gramcompound dark chocolate (potong kecil2 supaya cepat larut)
  15. 200 gramnon dairy whipping cream
  16. 8 grambutter

Cara Memasak

  1. 1

    ❇Cara:❇
    -----------
    ** semua bahan A digaul sebati dan masak atas api perlahan hingga sebati. Tak perlu hingga mendidih.

  2. 2

    Satukan bahan B & C ke dlm bahan A.. secara berselang seli.. Gaul dgn senduk jerr...

  3. 3

    Bila dah sebati tuang jer ke dlm loyang yang dah disapu minyak. Kukus 30 - 45 minit... (bergantung pada size loyang)... kalau nak tau dah masak... cucuk dengan lidi... kalau tak melekat kira kek dah masak lerrr...

  4. 4

    💕CARA MEMBUATNYA💕
    ------------------------------------
    **Tuang non dairy whipping cream ke dalam periuk,masak di atas dapur hingga timbul buih2 kecil. Masukkan butter kacau perlahan. Masukkan coklat compound dan kacau sehingga coklat cair,kacau lagi sehingga agak pekat,tutup api. Sejukkan sekejap sebelum tuang atas kek. Dan boleh la hias ikut suka..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
pada
Ipoh, Perak, Malaysia
~💕Like MASAK👩🏻‍🍳 ~💕Like MAKAN 🍰~💕Like SNAP FOTO 📸 ~💕Like SNAP VIDEO 🎥-💕❤️COOKPAD COMMUNITY~💕WE ARE FAMILY~💕
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya