Puding karamel eggless

Nisa jijan
Nisa jijan @Nisajijan

puding karamel memang sedap kalau makan sejuk-sejuk tetapi sesetengah orang kurang gemar dengan bau telur. Jadi resipi kalini sangat sesuai bagi sesiapa yang tidak menyukai bau telur kerana puding ini tidak menggunakan telur tetapi masih mengekalkan rasa yang puding karamel yang sama. Puding ini juga tidak perlu dikukus atau menggugunakan oven

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

1jam
3-4 orang
  1. Puding
  2. Serbuk agar-agar 1 bungkus
  3. 1 tinsusu cair atau susu full cream
  4. setengah tin susu pekat
  5. 2sudu besar gula
  6. 4 cawanair
  7. 2sudu besar tepung kastard
  8. Secubit garam
  9. Karamel
  10. 3sudu besar gula
  11. 3sudu besar air

Cara Memasak

1jam
  1. 1

    Cairkan bahan untuk karamel. Bila gula sudah bertukar warna angkat dan tuangkan dia dalam bekas dan biarkan sejuk.

  2. 2

    Dalam periuk lain masukkan semua bahan-bahan untuk membuat puding kecuali sebuk agar-agar.

  3. 3

    Jangan buka api terlebih dahulu. sebaliknya kacau semua bahan bagi sebati terlebih dahulu dan boleh buka api.

  4. 4

    Setelah air panas, boleh masukkan serbuk agar-agar dan kacau sehingga semua bahan larut.

  5. 5

    Tuang sambil tapis bancuhan puding ke dalam loyang karamel tetapi pastikan karamel betul-betul keras dahulu dan biarkan seketika. Boleh disejukkan di dalam peti ais dan siap.

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen (3)

mamy_kitchen89
mamy_kitchen89 @Mamy_Nurul
wahhh dap nyaa sejuk2 lak...🤤😋

Ditulis oleh

Nisa jijan
Nisa jijan @Nisajijan
pada
Enthusiastic in cooking
Baca lagi

Resipi Sepertinya