Ketupat Sotong Kelate Baba Style

Ahmad Mustaffa Kamal Drahman
Ahmad Mustaffa Kamal Drahman @Mustaffa_Kamal

Assalamualaikum semua.
Dah lama tak share resipi dgn Cookpad.
Jadi hari ini, Jumaat 27 Dzul Hijjah 1442H bersamaan 6 Ogos 2021M teringin nak makan ketupat sotong Kelantan.
Kelmarin beli kawan tolong belikan sotong yg baru naik dari laut. Sotong segar, sotong yg biasa digunakan utk buat ketupat sotong.
Teringin sangat nak makan sebab dah lama tak merasa.
Jadi apa lagi…jom kite ke dapur utk menyediakan juadah yg sgt sedap & menyelerakan ini.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
10 orang
  1. 20ekor sotong (2 kilogram) sotong ketupat
  2. 300 gramberas pulut
  3. 500 mlsantan
  4. 4 kepinggula Melaka (200 gram)
  5. 3 helaidaun pandan
  6. Secubit garam

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Bersihkan sotong.

  2. 2

    Basuh beras pulut, kemudian rendam bersama 100 ml santan selama lebih kurang 30 minit.

  3. 3

    Kemudian masukkan beras pulut kedalam sotong. Pastikan jangan terlalu padat, dikhuatiri sotong akan pecah bila dimasak.

  4. 4

    Masukkan sotong yg telah diisi dgn pulut kedalam periuk, masukkan 400 ml santan, gula Melaka & daun pandan.
    Letak sedikit garam

  5. 5

    Masak dgn api yg sederhana sehingga kuah menjadi pekat.

  6. 6

    Setelah masak angkat dan hidang dgn minuman kegemaran.

  7. 7

    Boleh juga dihidang bersama pulut kukus.
    Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ahmad Mustaffa Kamal Drahman
pada

Komen (2)

Resipi Sepertinya