Spanish Omelette Ala Rasa Sifu

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik

Rentas negara jom.. makan omelette, ehh dah sampai..dalam mimpi rupanya😅.. Mimpi tu free kan..
Sekali sekala tukar selera asyik telur dadar malaysia aje sebelum ni.
Satu plate tu seorang pun boleh habiskan rasa tak nak share dengan orang lain. Bujang saya bilang tak cukup mama, tip top sedap sangat omelette ni..😋 tq @sasha_sabrina sedap tengok telur sha masak tu...

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 5biji telur
  2. 2biji kentang saiz besar (jika kecil guna 4 biji)
  3. 1/2biji bawang holland - dipotong dadu
  4. 1/2 batanglobak merah - disagat
  5. 1 kepingdada ayam - dipotong dadu kecil
  6. 1sudu kecil RASA SIFU
  7. 1sudu kecil lada hitam berperisa
  8. 1sudu kecil lada sulah
  9. Hirisan daun bawang

Cara Memasak

  1. 1

    Bersihkan kentang dan potong bulat nipis-nipis.

  2. 2

    Panaskan sedikit sahaja minyak tumis bawang holland hingga layu kemudian masukkan isi ayam. Selepas itu letak kentang, lobak merah dan masukkan Rasa Sifu secukupnya, lada hitam dan lada sulah masak hingga kentang lembut.

  3. 3

    Pecahkan telur kocokkan, campur kentang yang dimasak tadi ke dalam telur, letak daun bawang dan digaul merata hingga sebati.

  4. 4

    Panaskan sedikit minyak, tuang ke dalam non stick pan ratakan adunan telur masak ke dua bahagian lebih kurang dua minit. Sedia dihidang dan dinikmati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
pada
Dapur MerecikFollow saya di CookPadFollow FB Julia Aleen AireishFollow IG julia_aleenaireishSuka up macam-macam resipiMasak dengan penuh kasih sayang baru merecik
Baca lagi

Komen (2)

MinSha
MinSha @sasha_sabrina
Nampak sedap sangat! Baru buat telur bungkus siang tadi. Lupa lak ada resipi ni. Esok leh masak! Woot woot!~ 🥳

Resipi Sepertinya