Sourdough Bread

irar
irar @irar_bungaLily
Kuala Lumpur

Roti Sourdough mempunyai rasa yg sedikit masam (lg lama diperam lg masam), texture yg chewy dan kulit yg sedikit garing.

Hari ini saya buat Roti Sourdough menggunakan mixer, kemudian saya tambah dgn S&F sebanyak 2 kali.

Sourdough Bread

Roti Sourdough mempunyai rasa yg sedikit masam (lg lama diperam lg masam), texture yg chewy dan kulit yg sedikit garing.

Hari ini saya buat Roti Sourdough menggunakan mixer, kemudian saya tambah dgn S&F sebanyak 2 kali.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

12-16 jam
  1. 100 gaktif sd starter (100% hyd)
  2. 160 mlair
  3. 255 gtepung roti
  4. 30 gtepung gandum
  5. 1/2sdk garam

Cara Memasak

12-16 jam
  1. 1

    Dlm mangkuk mixer, masukkan air dan sd starter. gaul.
    Masukkan tepung dan garam. Sebatikan sehingga tiada lg tepung kelihatan.
    Dgn menggunakan mixer*, uli doh sehingga elastik, kemudian ketepikan 20 min.
    Selepas 20 min, lakukan S&F sebyk 2 kali di setiap 30min.
    Kemudian ketepikan utk proses proofing (dlm 3-4 jam).

  2. 2

    Bila doh cukup kembang, keluarkan doh dari mangkuk mixer dan dgn perlahan bentukkan doh diatas baking mat yg diletakkan tepung.
    Masukkan ke dlm banneton basket dan tutup doh*.
    Masukkan ke dlm petiais semalaman utk 2nd proofing*.

  3. 3

    Keesokkan pagi, panaskan oven pd suhu 250c dengan loaf pan/Dutch Oven di dlm oven sekurang-kurangnya 30 min awal.
    Keluarkan doh dari petiais, letak parchment paper dia atas doh dan terlungkupkan. Tarik perlahan kain alas doh.
    Hiris doh dgn pisau tajam dan masukkan doh ke dlm loaf pan yg dipanaskn td. (hati2 pan sgt panas!)
    Spray doh dgn air dan tutup doh. (sy tutup doh guna loaf pan)

  4. 4

    Masukkan ke dlm oven dan bakar doh selama 25 min bertutup, kemudian buka tutup, turunkan suhu ke 230c dan sambung bakar selama 20 min lg atau sehingga masak keperangan.
    Keluarkan dari oven dan sejukkan atas wire rack sblm dipotong.

  5. 5

    Nota**
    👉 Jika tidak mahu menggunakan mixer, boleh lakukan S&F sebyk 3-4 kali atau sehingga doh elastik.
    👉 Sy guna loaf pan yg di alas dgn kain yg diletakkan tepung dan sy masukkan doh ke dlm beg plastik sblm dimasukkan ke dlm petiais.
    👉 Boleh juga 2nd proofing disuhu bilik, kemudian dibakar tanpa perlu dimasukkan kedlm petiais.
    👉 Basahkan tangan semasa memegang doh kerana doh agak lembik.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
irar
irar @irar_bungaLily
pada
Kuala Lumpur
When Baking, Follow Directions, When Cooking, Go By Your Own Taste - Laiko Bahrs
Baca lagi

Komen (5)

Resipi Sepertinya