Roti Bakar Berinti (Mottainai : Rescue)

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

#RescueWhatsDying #WorldFoodDay
#CookEveryPart1 resipi #mottainai
Sarapan pagi tadi guna bahan yang ada je. Crabstick cuma tinggal 2 batang je dan cheese slices pun tinggal 3 keping sahaja. Saya potong ikut anggaran besar mana untuk mencukupi untuk 4 keping roti. Nama pun resipi mottainai kan? Yang tak cukup kita jadikan supaya cukup .

Roti Bakar Berinti (Mottainai : Rescue)

#RescueWhatsDying #WorldFoodDay
#CookEveryPart1 resipi #mottainai
Sarapan pagi tadi guna bahan yang ada je. Crabstick cuma tinggal 2 batang je dan cheese slices pun tinggal 3 keping sahaja. Saya potong ikut anggaran besar mana untuk mencukupi untuk 4 keping roti. Nama pun resipi mottainai kan? Yang tak cukup kita jadikan supaya cukup .

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 4 kepingroti sandwich
  2. 2biji telur ayam
  3. 1/2sudu kecil garam
  4. 1/2sudu kecil serbuk lada
  5. 1/4bawang merah bombay (potong dadu)
  6. 1biji cili padi (dicincang)
  7. 2 batangcrabstick (dihiris)
  8. 1 batangdaun parsli (dicincang)
  9. 4sudu besar mentega
  10. 3 kepingcheese slice (potong 3 sebab tak cukup untuk 4 keping roti. Agak-agak potong besar mana untuk mencukupi 4 keping roti)

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan kesemua bahan. Roti dipotong seperti di dalam gambar di bawah. Satukan telur, garam dan serbuk lada putih. Kacau dengan garfu biar sebati.

  2. 2

    Masukkan bawang, crabstick, cili dan daun parsli, gaul rata. Panaskan kuali dan masukkan sesudu besar mentega, biar mentega mencair dan masukkan roti dan tuang adunan telur di dalam lubang roti tadi dan biarkan telur mengeras/masak.

  3. 3

    Letakkan cheese di atas nya dan tutup dengan bahagian roti yang dipotong sebelum nya. Masak sebentar dan terbalikkan roti dan masak lagi sebentar di bahagian yang diterbalikkan tadi. Angkat dan buat hingga habis.

  4. 4

    Hidang bersama sos cili dan mayonis. Sedap dimakan ketika masih panas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya