Murtabak Mini *Kulit Popia*

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

Terimalah Bahan Daku Seadanya : #Substitute (Gantian Terbaik) #CookEveryPart3 #WorldFoodDay #Mottainai

Sepertimana kita tahu kebiasaanya murtabak semestinya ada kulit murtabak yang diperbuatkan dari doh tepung yang diuli dan dicanai seperti membuat roti canai.Namun ia memakan masa untuk menyediakannya.
Tapi jangan risau,Guna sahaja kulit popia sebagai kulit murtabak.Ianya lebih mudah,lebih cepat dan tidak ada beza dari segi rasa.Rasa tetap sama.
Kebetulan juga hakak memang ada stok kulit popia dalam freezer.Dari terbiar je tak buat apa-apa dalam freezer tu baik kita buat murtabak mini.
Jom kita buat murtabak mini dengan kulit popia.👍😋😍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan Kulit:
  2. Kulit Popia
  3. Bahan Inti:
  4. 1mangkuk kecil daging /isi ayam -cincang halus
  5. 1labu bawang besar-dipotong dadu
  6. 2biji kentang-dipotong dadu
  7. 3sudu besar rempah kari daging
  8. 2biji bawang merah ros
  9. 2 ulasbawang putih
  10. 1/2inci halia
  11. 1 sudu tehgaram
  12. 1/2 sudu tehperasa ajinomoto
  13. (saya guna 1 sudu besar Rasa sifu tak perlu garam dan perasa)
  14. 3sudu besar minyak untuk menumis
  15. 1tangkai daun sup-dihiris halus
  16. 2biji telur
  17. Bahan sampingan:
  18. Bawang besar jeruk

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak tumis bawang merah,bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus sehingga wangi.masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga pecah minyak.Masukkan daging cincang.masukkan sedikit rasa sifu,tak perlu masukkan garam lagi sebab dah cukup masin.masukkan kentang.bila daging dan kentang sudah lembut masukkan bawang besar dan daun sup.Matikan api.

  2. 2
  3. 3

    Pecahkan telur dan pukul sedikit kemudian campurkan dengan kari daging tadi kacau sebati.

  4. 4

    Ambil sekeping kulit popiah.tuang sesenduk inti kari daging tadi.lipat kulit popia supaya inti daging tertutup.Masak atas pan menggunakan sedikit minyak,balik-balikkan kebagian satu lagi.nampak sudah keperangan dan garing angkat dan bolehlah dihidangkan bersama bawang jeruk.

  5. 5
  6. 6

    Untuk bawang jeruk merah:
    Rujuk resepi disini

Resipi Pautan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen (7)

Nuraisah Zul
Nuraisah Zul @fahazadue
Boleh pakai daging or ayam cincang jenama Ramlee x?

Resipi Sepertinya