Roti manis fluffy Mommy

Dr. Zie Azizah
Dr. Zie Azizah @Kota_Bharu_Kelantan
Kota Bharu

Oleh kerana banyak kali mencuba resipi roti yang tidak mencapai 100 persen perfect seperti kedai roti, akhirnya Mommy tunjukkan cara dan resipi yang betul. Tidak akan kecewa lagi. Dikongsikan di sini sebagai sedekah ilmu.

Roti manis fluffy Mommy

Oleh kerana banyak kali mencuba resipi roti yang tidak mencapai 100 persen perfect seperti kedai roti, akhirnya Mommy tunjukkan cara dan resipi yang betul. Tidak akan kecewa lagi. Dikongsikan di sini sebagai sedekah ilmu.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

3 jam
15 biji
  1. Bahan A
  2. 500 gmtepung roti (campuran 350 gm Japanese Flour, 150 gm High Protein) atau 5 cawan
  3. 2 sbsusu tepung
  4. 1 stgaram
  5. 65 gmgula kaster (4 sb)
  6. 1 stbread improver
  7. Bahan B
  8. 230 gmair dingin (cold water) atau 1 1/3 cawan
  9. 75 gmbutter atau 2 sb
  10. 1 bijitelur gred A
  11. Bahan C
  12. 11 gmyeast (1 paket yeast segera)

Cara Memasak

3 jam
  1. 1

    Menggunakan breadmaker (BM): Masukkan bahan B kemudiannya bahan A ke dalam BM. Akhir sekali curahkan yeast ke atas tepung tadi. Kemudian, pilih fungsi dough, selama 1 jam 45 minit (bergantung kepada jenis breadmaker)

  2. 2

    Bahagikan doh kepada 50gm setiap satu untuk mendapat 15 biji. Rehatkan sejam.

  3. 3

    Panaskan oven selama 10 minit, gunakan api atas dan bawah. Sapu susu di atas doh dan dibakar pada suhu 150°C selama 20 minit, diikuti dengan api bawah sahaja selama 5 minit, (sila ubahsuai mengikut brand dan saiz oven masing-masing). Angkat dan sapu sedikit butter ke atasnya, sedia untuk dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dr. Zie Azizah
Dr. Zie Azizah @Kota_Bharu_Kelantan
pada
Kota Bharu
Memasak dari hati. Menghidang dengan kasih sayang. Makan dengan kesyukuran. Berkongsi dengan ilmu.Bersedekah dengan ikhlas. Alhamdulillah.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya