Donat Gebu Tanpa Telur

Masak Apa Tanpa Telur?
Kebiasaannya jika menyediakan donat telur adalah bahan penting mesti kena ada kerana fungsi telur adalah untuk melembut dan menggebukan donat. Namun tidak juga ia menjadi masalah jika dirumah kita tiada stok atau kehabisan telur ayam.Akhir-akhir ini di kedai atau di pasaraya juga dikatakan kehabisan stok telur ayam. Takkan kerana tiada telur kita tidak jadi menyediakan menu tertentu. Jom Ummi bantu anda menyediakan donat tanpa telur.Kejadiannya yang cantik, montok dan sangat gebu .Biarpun sampai ke petang donat tetap lembut dan gebu.
Naaa lepasni jangan lagi risau jika tiada telur ataupun kehabisan telur boleh saja bikin donat yang montok, mulus dan gebu 👍🥰
Donat Gebu Tanpa Telur
Masak Apa Tanpa Telur?
Kebiasaannya jika menyediakan donat telur adalah bahan penting mesti kena ada kerana fungsi telur adalah untuk melembut dan menggebukan donat. Namun tidak juga ia menjadi masalah jika dirumah kita tiada stok atau kehabisan telur ayam.Akhir-akhir ini di kedai atau di pasaraya juga dikatakan kehabisan stok telur ayam. Takkan kerana tiada telur kita tidak jadi menyediakan menu tertentu. Jom Ummi bantu anda menyediakan donat tanpa telur.Kejadiannya yang cantik, montok dan sangat gebu .Biarpun sampai ke petang donat tetap lembut dan gebu.
Naaa lepasni jangan lagi risau jika tiada telur ataupun kehabisan telur boleh saja bikin donat yang montok, mulus dan gebu 👍🥰
Cara Memasak
- 1
Campurkan gula dan susu manis kedalam air suam, masukkan yeast kacau dan diamkan sebentar dalam 5-10 minit sehingga berbuih.
Nota: Jika tidak guna susu manis boleh letak 2 sudu besar gula.
- 2
Dalam mangkuk masukkan tepung gandum,susu tepung. Kemudian tuangkan air rendaman yeast tadi.. Uli hingga menjadi doh sebati. Boleh juga uli guna mixer atau bread maker jika ada. Ummi uli dengan tangan je.
- 3
Bila adunan sudah sebati, masukkan mentega,ovallete,garam dan uli lagi sehingga mendapat doh yang lembut elastik.tutup doh dengan wraping wrap atau kain bersih.Biar ia mengembang 2 x ganda dari saiz asal anggaran 30 minit(ini bergantung suhu ruang masing2)
Nota:Ovallete boleh skip.
- 4
Setelah kembang 2 x ganda, Kempiskan dan buang angin dalam doh, kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Boleh juga jika nak timbang 25gram @ 30 gram sebiji.Ummi tak timbang, bahagi agak-agak sendiri sahaja dapatlah 10 biji.
- 5
Bulat2kan(rounding) doh satu persatu sehingga habis rehatkan sekitar 10-15 minit. kemudian dibuat lubang.sehingga selesai Tabur tepung dan susun atas tray tutup dengan plastik biar doh kembang 2 x ganda sekitar 30 minit (ikut suhu ruang masing2)baru digoreng.
- 6
Panaskan minyak api sedang (kecil) minyak panas masukkan donat satu persatu.Bila sebelah sudah keperangan lalu dibalikkan seketika. Angkat dan toskan minyak.
- 7
Tabur gula kaster/dusting sugar.Siap untuk dinikmati. Lembut gebu mulus walaupun tanpa telur.rasanya yg sangat sedap.👍😋
Selamat mencuba. 🥰
Resipi Sepertinya
-
Donat Gebu- Gebas by Ummi Rizqi Donat Gebu- Gebas by Ummi Rizqi
💖399 : 30/2022 💖Boleh dikatakan selang sehari dua hari ummi mesti buatkan donat untuk hero kecil ummi. Untuk dapatkan hasil donat yang lembut dan cantik ummi suka rnd sendiri.Donat ni banyak cara dan teknik yang perlu kita ketahui untuk mendapatkan hasil yang sempurna. Doh hendaklah diuli sehingga elastik.Telur dan susu dalam adunan donat adalah agen pelembut dan juga memberi rasa yang sangat sedap. Manakala tambahan ovallete @ cream super adalah untuk memberi extra gebu pada donat. Ia juga boleh digantikan dengan bahan pelembut yang lain seperti k-fine atau bread improver. Terpulang pada citarasa masing-masing.*Maaf gambar cara penyediaan step by step ummi terpadam.full storage dan fone ummi. Tak perasan pula masa clean and clear terdellete semua pic steo by step pembuatan donat ni. Q'leenalee's Kitchen -
Donat Lembut Gebu by Ummi Rizqi Donat Lembut Gebu by Ummi Rizqi
Hujan-hujan kita layan Donat Gebu gebas ni dengan family 👍😋😍Tak sedar makan satu demi satu sebab donatnya gebu sangat. Macam kapas. Q'leenalee's Kitchen -
Donat Gebu by Ummi Rizqi Donat Gebu by Ummi Rizqi
2/2023❤Kalau pasal donat ni boleh dikatakan hari2 buat. Sebab donat ni kegemaran babahnya rizqi. Dalam freezer sentiasa ada stok donat. Nak makan je dah ada...Seronok buat donat ni sebenarnya. Nak pula bila buat tu menjadi dan dapat hasil yang bagus. Gebu, lembut dan sedap. Tapi nak dapatkan donat yang cantik kejadiannya dan lembut gebu tak serap minyak kena selalu praktik lah.Baru dapat faham ragam donat yang sebenarnya. Q'leenalee's Kitchen -
Donat Kampung "Donat Legend" Sukatan Cawan Donat Kampung "Donat Legend" Sukatan Cawan
Emak request nak makan Donat. Tapi bukan Donat Merah yg sedang hangat viral tu yea.. Donat Kampung je....Donat legend ❤."Dah lama mak tak makan donat adik yang gebu tu,teringin nak makan"katanya.Tanpa buang masa ummi terus menguli tepung buatkan donat untuk mak. Habis 3 ketul mak makan panas2..Dulu2 Donat inilah sumber rezeki ummi.Sekitar Tahun 1990an lagi setiap hari bangun uli 2 kg tepung letak dekat kedai2 untuk jualan kuih pagi. Uli tangan je masa tu mana ada bread maker atau mixer.Ia menjadi rebutan dari lapisan kanak hingga dewasa. Sape lambat mesti tinggal bekas je la...Dulu ummi guna yeast mauripan yang ketul(yeast basah).Hasilnya memang tiptop 👍.Donat lembut gebu hingga ke petang hari.Resepi donat kampung ni dah pernah share sebelum ni...Tapi ummi share sekali lagi ya.Ada sedikit penambahan bahan kali ini.Resepi donat kampung ni mudah je guna sukatan cawan kat dapur je... Q'leenalee's Kitchen -
Donat gebu Donat gebu
Alhamdulillah resepi donat ni memang gebu sangat dah xnak tukar resepi lain... Jom cuba.. Boleh buat donat sambal bombolini dan donat biasa.. Jalilah JJ -
Donat Kampung Gebu Gebas Donat Kampung Gebu Gebas
#goldenapron2020#minggu24#cookpadmalaysiaDonat kampung atau Donat gula kegemaran ramai.Tanpa sebarang bahan pelembut.Ini resepi donat saya buat jualan beberapa tahun dahulu di kampung.Ia memang menjadi rebutan anak-anak sekolah dan orang dewasa.Sampaikan donat saya dipanggil kuih tayar lori oleh anak-anak tadika masa tu.sebab gemok montok.malahan gebu sampai ke petang.Cuma dulu saya guna yeast basah untuk buat donat ni.Tapi sekarang susah nak dapatkan yeast basah.Ingat lagi tiap-tiap pagi bangun seawal jam 3 pagi uli tepung sekilo sekali uli untuk siapkan donat gebu ni.Uli tangan je pun..💪💪🤭😂Ia satu kepuasan bila orang makan hasil masakan kita orang suka .Saya share resepinya disini untuk 1/2 kilo tepung.Selamat mencuba😍 Q'leenalee's Kitchen -
Donat Susu Gebu Gebas Donat Susu Gebu Gebas
Donat susu yang tengah viral teruk sekarang .Anak ummi request nak makan donat gara-gara tengok donat susu viral dalam tiktok. Ummi pun laju membikin donat susu ini untuk anak tersayang.Bukan anak je makan banyak.. Babahnya juga tak ketinggalan.Sedap rasa susu lemak berkrim. Donat yang sangat lembut bak kapas tanpa bahan pelembut. Jom lah cuba. 👍😋😍 Q'leenalee's Kitchen -
Donat Donat
#goldenapron2020 #minggu7Donat sedap dimakan panas-panas, ia selalu dihidangkan pada waktu pagi atau petang.Donat adalah kuih kegemaran anak-anak saya. Jadi Donat yang saya olah ini, bila siap diuli boleh terus digoreng,tanpa menunggu untuk adunan Kennan, dengan resepi ini, siapa sahaja boleh membuat donat tanpa rasa takut jika kuih ini tidak menjadi, dijamin cara-cara nya semudah ABC. Noraini Hamid -
Donat Premium Ala Mall Donat Premium Ala Mall
❤️3-2024❤️🧑🍳710/1K🧑🍳New Year New Menu 🥯Lama dah teringin nak buat donat premium macam dalam Mall atau dunking donat tu.Geram tengok montok2 dan hasilnya mulus sangat.Cumanya kalau nak hasil yang premium cantik mulus bahannya juga kenalah premium.Kalau guna bahan biasa hasilnya juga biasa2 lah kan.Ummi suka tengok hasil2 donat dari bakers seberang.Sangat cantik mulus .Bak kata mereka menul-menul donatnya.👍😍Sumber resepi : IG#NewyearNewmenu#Donatpremium Q'leenalee's Kitchen -
Donat Kampung Gebu Gebas 🥯✨ Donat Kampung Gebu Gebas 🥯✨
Resepi donat ni kita ambil dari kak @airtangan_ummirizqi . Tengok gambar je tak tahan, tengok donat dia paling gebu hahahaaa. Jom lah kita tengok resepi 🌸 Nurul Kefftya -
Lukumades / Donat Yunani (Tanpa uli & telur) Lukumades / Donat Yunani (Tanpa uli & telur)
#goldenapron2020 Yang ni satu lagi resepi yang Aznie tertarik sangat nak buat. Lukumades @ Donat Yunani, resepi yang juga lagi viral di Indonesia. Tak perlu nak uli sampai tangan jadi sado😂. Senang sangat-sangat. Donatnya pun lembut gebu. Seronok betul tengok anak-anak makan ni. Kebetulan tadi adik-adik Aznie pun ada datang rumah, suka betul diorang makan. Siap join sesi ambik gambar lagi 🤦🏻♀️.. Diorang nak pos dekat status katanya. Memang gerenti repeat lagi nanti ni. Resepi ni Aznie cuba dari FB je. Tak rugi mencuba. Aznie Khasri -
Donat Gebu Donat Gebu
Happy sangat sampai berjoget kat dapur 💃💃 sebab first time buat donat jadi gebu, ada ring & doh jadi elastik..tak putus/koyak bila di tarik. Sebelum ni saya buat keras, tak ada ring & doh tak elastik.. Saya tak berputus asa, saya belajar & terus belajar, buat research, adjust bahan tu..bahan ni, try & error lagi..saya cuba lagi..Alhamdulillah berjaya jugak & terciptalah resepi rnd saya sendiri.. Donat ni sebenarnya ada teknik uli dia nak bagi jadi gebu & teknik goreng untuk dapatkan ring dia tu.. anak2 cakap sedap & lembut macam yg jual kat kedai tu..rasa seronok sangat 😍 Nor Al Fatihah
Lebih Banyak Resipi
Komen (4)
gebu gebas nampak donat tu kak😍😍,lama jugak kita x mendonat ....insha Allah nanti saya try resepi akak. thank you dah share resepi kak 😊