Googley Eyes Candy Sprinkles Homemade

MinSha
MinSha @sasha_sabrina
Miri, Sarawak

Gara-gara nak buat Brownies Mata Mata Monster Cute yang tengah viral untuk Qysha, tapi Googley Eyes takde stock di mana-mana.

Apa lagiiiii… Macam biasa, kita buat la from scratch! Semangat seorang ibu nak bahagiakan anak tu memang tinggi melangit. Memang akan usaha selagi mampu. Kalau redah lautan berapi pun sanggup, apa la sangat R&D cara nak buat Eye Candy Sprinkle Viral ni. Seronok si Qysha uiiiiitt! Sambil picit sambil makan yang dah siap. Terharu Umie bila tengok anak makan sambil senyum lebar kegembiraan. Berbunga-bunga rasa lebih-lebih lagi kalau anak jenis Picky Eater ni 🙈. Alhamdulillah tak sangka jauuuuhh lagi sedap dari beli! Crunchy macam kulit pavlova! Kalau beli tu keras macam batu, biasanya akan dibuang & hanya untuk deco semata-mata 🥲.

1 biji Telur boleh buat 350 pasang mata tau!!! 😱 Dah la jimat, tak perlu risau tak cukup. Lebih dari cukup! Kos semua tak sampai RM2, tapi kalau beli rasanya RM50 ke atas. 😅 Paling best, boleh tahan setahun dalam bekas kedap udara. Jadi kalau ada leftover telur putih, boleh buat mata mata ni. Nak buat jualan pun boleh kan! 🥰

P/S: Akhirnya dapat jugak Cooksnap resipi Brownies kak @Sirap_Cheese bila dah ada Mata Mata Monster Comel ni. Sedap sangat2! TQ kak 💗.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

5 minit (pukul) + 5 minit (bakar)
350 pasang mata (~700 pcs) | Saiz 10mm / 1cm
  1. Adunan
  2. 1 cawanIcing Sugar
  3. 1 bijiPutih Telur Sejuk (ATAU 1 1/4 sudu besar Meringue Powder)
  4. 1 sudu besarAir Sejuk
  5. Tools & Colouring
  6. Pewarna Hitam @ Biru + Coklat @ Serbuk Koko
  7. Kertas Minyak
  8. Piping Bag / Ziplock Bag

Cara Memasak

5 minit (pukul) + 5 minit (bakar)
  1. 1

    Pukul semua bahan adunan guna mixer selama 5 minit pada kelajuan paling tinggi

  2. 2

    Nanti dia akan kembang macam ni tapi bila kita angkat dia still dapat drip jatuh

  3. 3

    Ambil 1/4 bahagian adunan dan campur dengan 5-8 titik Pewarna Hitam dalam mangkuk lain & sebatikan

  4. 4

    Masukkan semua adunan ke dalam piping bag berasingan

  5. 5

    Gunting SIKIT SAHAJA di hujung & test paip. Lagi senang control bila lubang kecil.

    ***Kalau terlalu sukar untuk keluar, potong SEDIKIT DEMI SEDIKIT sampai flow dia cun.

  6. 6

    Paip secara menegak.

    Teknik piping untuk elak “tanduk”:
    1. Picit adunan pada posisi statik yang sama
    2. Picit saiz pilihan
    3. Stop picit pada posisi sama
    4. Baru angkat piping bag ke atas

  7. 7

    Pipe sampai semua adunan putih habis atas kertas minyak

  8. 8

    Bila dah selesai, piping pertama yang kita buat tadi akan sedikit kering.

    Boleh mula piping adunan hitam.

  9. 9

    Kalau nak mata hitam nipis macam ni, dab2 ikut seperti video atas

  10. 10

    Kalau nak mata timbul 3D macam ni, piping macam kita piping adunan putih

  11. 11

    Biarkan kering selama 4 jam atau semalaman (kalau guna Pasteurized Eggs ATAU Meringue Powder)

    ATAU

    Bakar suhu 100'c selama 5-10min API BAWAH SAHAJA (tengok oven masing2)

  12. 12

    Cara check dah betul kering atau belum:
    - Tolak mata dengan jari, kalau senang gerak, dah betul2 kering.
    - Kalau belum berganjak, biarkan lagi

  13. 13

    Tips Cara Cepat Simpan dalam balang 👇🏻👇🏻👇🏻

  14. 14

    Simpan dalam bekas kedap udara. Boleh tahan selama 1 tahun! 🥳

  15. 15

    Bila kering nanti dia crunchy macam pavlova gini

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap (10)

Cook Today
MinSha
MinSha @sasha_sabrina
pada
Miri, Sarawak
🍒 Cepat, Mudah & Fuss-Free🍒 Chinese & Japanese Food Lover🍒 Dessert Enthusiast
Baca lagi

Komen (29)

Al Khair_kitchen
Al Khair_kitchen @aufa_zahidah05
Halo akak, nak tanya sikit boleh? 1cawan icing sugar tu kira kira berapa gram ya..?dan juga sebiji putih telur tu berapa gram ya..?
(diedit)

Resipi Sepertinya