Telur Khurasan Ayam

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik

Seperti biasa guna bahan apa yang ada di dalam peti ais. Kita pun #cooksnap telur khurasan @ailin_razak pertama kali nak rasa 😁.. cumanya daging tu kita tukar isi ayam. Bila dah masak sedap, tapi kalau orang berumur macam saya kena buat hot spicy😆. Boleh repeat lagi lepas ni. Tadi anak jiran datang kita bagi si comel tu satu, kongsi rezeki.. suka sangat dia.. Si comel ni rajin bertandang, ngam pula tu time dia datang.. asal nak snap gambar je ada la dia hihihi .. sempat menegur lagi tu.. "sedapnya acik masak.." si Aisyah namanya☺️

#WajibCooksnap
#MatchmakerMonth
Si Trio Telur, Terung & Tauhu Telur Tidak Mahu Bersendiri Lagi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 3 bijitelur
  2. 2 kepingdada ayam (isi ayam dicincang)
  3. 1/2 sudu kecilseasoning maggi
  4. 1 sudu kecilserbuk lada hitam (nak pedas lebihkan)
  5. 1 sudu besarsos cili
  6. 1/2 sudu besarkicap lemak manis

Cara Memasak

  1. 1

    Isi ayam dicincang, letak seasoning maggi, serbuk lada hitam dan gaul sekata.

  2. 2

    Di dalam kuali letak satu sudu minyak masak panaskan, kemudian letak isi ayam, masak sebentar. Masukkan pula sos cili & kicap lemak manis secukup rasa. Kacau hingga masak tutup api.

  3. 3

    Guna non-stick pan, sapu minyak pecahkan sebiji telur. Kemudian letak isi ayam dimasak tadi (letak tepi ye jangan letak di tengah) terus lipat dua dan biarkan masak sedikit garing.

  4. 4

    Angkat, sedia dinikmati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
pada
Dapur MerecikFollow saya di CookPadFollow FB Julia Aleen AireishFollow IG julia_aleenaireishSuka up macam-macam resipiMasak dengan penuh kasih sayang baru merecik
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya