Tumis Pucuk Ubi Tutok (Tumbuk)

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Jangan pandang pada rupa paras nya kerana jika dipandang pada rupa paras nya seperti kurang berselera TETAPI rasa lah pada kenikmatan/kesedapan nya, pasti akan “tersuka tak sengaja.” 😁😅
Tumis pucuk ubi tutok ni memang kegemaran abang ipar saya. Selalu tengok kakak saya akan masak pucuk ubi ni dengan cara begini. Memula tu memang macam kurang berselera apabila melihat nya tetapi apabila merasai nya, hmmm.. bertambah-tambah makan nya. 😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 ikatsayur pucuk ubi kayu
  2. 3 ulasbawang putih*
  3. 3 bijibawang merah kecil*
  4. 2 incihalia*
  5. 1/2 cawanikan bilis* (dicuci bersih)
  6. 2 bijicili padi* (optional)
  7. 1/3 cawanminyak masak
  8. 2 cawanair (kalau tak nak berkuah boleh skip air)
  9. 1 sudu kecilgaram Himalaya
  10. 1 sudu kecilserbuk perasa
  11. 1 sudu kecilgula (optional)

Cara Memasak

  1. 1

    Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya, cuci bersih toskan. Kemudian tumbuk sehingga lumat.

  2. 2

    Ulangi sehingga habis. Cuci dengan air dan buang air nya beberapa kali.

  3. 3

    Toskan. Tumbuk bahan bertanda *

  4. 4

    Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk hingga kekuningan dan naik bau nya. Masukkan daun pucuk ubi tadi dan kacau rata. Masukkan juga air dan gaul rata.

  5. 5

    Masukkan serbuk perasa, garam dan gula. Adjust rasa mengikut kesesuaian masing-masing. Jika nak berkuah, boleh ditutupkan api. Jika tak nak berkuah, tak perlu diletakkan air. Saya suka berkuah sedikit. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya