Bubur Jagung 🌽

kü æina
kü æina @rotiseriechicken

Ayah saya orang Kedah.
Setiap kali pergi pasar malam Khamis, ayah selalu beli bubur (jagung, bubur kacang hijau).
Saya tak berapa minat.
Tapi sejak tak tinggal dengan ayah, saya nak belajar resepi resepi bubur, mungkin boleh masak untuk dia satu hari nanti.
Resepi ini dari Ngah (kakak ayah)
Mungkin sedikit berbeza dari yang lain tapi memang selera orang Jitra.

Bubur Jagung 🌽

Ayah saya orang Kedah.
Setiap kali pergi pasar malam Khamis, ayah selalu beli bubur (jagung, bubur kacang hijau).
Saya tak berapa minat.
Tapi sejak tak tinggal dengan ayah, saya nak belajar resepi resepi bubur, mungkin boleh masak untuk dia satu hari nanti.
Resepi ini dari Ngah (kakak ayah)
Mungkin sedikit berbeza dari yang lain tapi memang selera orang Jitra.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

40 minit
2 orang
  1. 50 mlair
  2. 2 batangjagung
  3. 1 sudusagu
  4. 1 kotaksantan
  5. 2 helaidaun pandan
  6. gula melaka (saya tak guna sebab malas nak beli, bila masa pula anak bujang nak guna lebihan gula melaka tu?)

Cara Memasak

40 minit
  1. 1

    Sediakan bahan bahan dan potong jagung (tak perlu rebus jagung)

  2. 2

    Rebus gula (gula melaka kalau ada tapi saya guna gula perang) dan pandan (diikat) sehingga mendidih

  3. 3

    Masukkan jagung, garam, gula pasir dan santan. Gaul dan gaul jangan berhenti gaul dan masukkan sagu (ngah kata tak perlu rebus sebab nanti kuah pekat sangat)

  4. 4

    Gaul dan rasa, tambah mana yang kurang. Siap.

  5. 5

    QA
    1. Kenapa jagung terbang merata masa potong?
    2. Cara nak habiskan daun pandan?
    3. Memang rasa bubur ni tak terlalu manis ke atau sebab saya tak guna gula melaka?

    Harap ada yang dapat membantu. Terima kasih. 🙂

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
kü æina
kü æina @rotiseriechicken
pada
Resepi ditulis buat future references.Selamat mencuba!
Baca lagi

Komen (11)

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Sedapnya bubur jagung tu. Hakak pun suka bubur jagung..hakak cuba jawap ye soalan2 tu.
Soalan 1 : Jagung dihiris dalam keadaan menegak didalam bekas.hiris menggunakan pisau tajam secara perlahan.Jangan hiris jagung diatas angin(dipegang atas tangan)memang dia terbang ler 🤭😂
Soalan 2 : Boleh guna daun pandan jika masak nasi,masak sambal,masak kari dan sebagainya.Selain masakan manis masakan pedas juga sesuai gunakan daun pandan sebagai aroma masakan.
Sialan 3 : Gula perang memang gula kurang manis berbanding gula putih.Sangat sesuai untuk kegunaan bagi org yg tidak suka pada masakan yang terlalu manis.
(diedit)

Resipi Sepertinya