👩‍🍳Pisang Muda Penyek

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia🇲🇾

Pisang muda digoreng separuh masak, dipenyet dan digoreng semula. Sedap cicah sambal kicap.

Pisang penyek = Sanggar gebrek

Kredit resipi Terataiputih 🌹

Golden Apron Week 16
Week 16(23 hingga 29 Oktober):
1. Guava
2. Sukun
3. PISANG MUDA
4. Siput Buluh (Pepahat)
5. Ayam + Sayur Asin

#GoldenApron2023
#pejuang2KResipi
#Week16
#Pisangmuda

1728/2K

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

30 minit
4 orang
  1. 4 bijiPisang muda
  2. Air secukupnya untuk rendam pisang
  3. 1 sudu besargaram
  4. 3 ulasBawang putih - ketuk
  5. Minyak masak untuk menggoreng
  6. Kicap manis pedas- Enaq (pilihan)

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Sediakan pisang muda.

    Kupas pisang dibawah air yang sedang mengalir dari paip untuk hilangkan getah. Jangan potong pisang.

    Sediakan setengah besen sederhana besar air paip. Letakkan garam dan bawang putih yang sudah ditumbuk ke dalam air.

    Masukkan pisang yang sudah dikupas, biarkan selama 15-20 minit supaya bawang putih dan garam meresap ke dalam pisang. Ia akan memberi rasa dan aroma yang harum pada pisang. Kemudian toskan air.

  2. 2

    Panaskan minyak. Goreng pisang tadi tanpa dipotong atau dibelah.

    Bila pisang dah separuh masak, terus angkat, tos minyak.

  3. 3

    Sediakan kantung plastik gunting sedikit kedua sudut kiri dan kanan.

    Masukan pisang kemudian di penyek perlahan-lahan. Pastikan pisang di penyek semasa masih panas supaya ia tidak pecah.

  4. 4

    Kemudian, Goreng semula di atas minyak yang panas. Goreng sehingga garing.

  5. 5

    Siap untuk dihidang bersama sambal kicap/sos kegemaran/gula

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen

Ditulis oleh

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia🇲🇾
👩‍🍳 The kitchen is the heart of the home❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Resipi Sepertinya