👩‍🍳Gulai Pisang Muda Ikan Masin

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Pisang muda pun boleh dibuat lauk. Sebenarnya tak pernah memasak pisang muda, inilah kali pertama. Tak sangka sedap pula. Rasanya seperti ubi keledek yang direbus.
Memang sesuai dipadan dengan ikan masin. Bertambah2 nasi..

Golden Apron Week 16
Week 16(23 hingga 29 Oktober):
1. Guava (Jambu Batu)
2. Sukun
3. PISANG MUDA
4. Siput Buluh (Pepahat)
5. Ayam + Sayur Asin

#GoldenApron2023
#pejuang2KResipi
#Week16
#PisangMuda

1712/2K

👩‍🍳Gulai Pisang Muda Ikan Masin

1 orang bercadang membuatnya

Pisang muda pun boleh dibuat lauk. Sebenarnya tak pernah memasak pisang muda, inilah kali pertama. Tak sangka sedap pula. Rasanya seperti ubi keledek yang direbus.
Memang sesuai dipadan dengan ikan masin. Bertambah2 nasi..

Golden Apron Week 16
Week 16(23 hingga 29 Oktober):
1. Guava (Jambu Batu)
2. Sukun
3. PISANG MUDA
4. Siput Buluh (Pepahat)
5. Ayam + Sayur Asin

#GoldenApron2023
#pejuang2KResipi
#Week16
#PisangMuda

1712/2K

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
3 orang
  1. 5 bijiPISANG MUDA (pisang emas)
  2. 2 ketultulang ikan kurau masin
  3. 1 batangserai, diketuk
  4. 1 helaidaun kunyit, disiat
  5. 1 kotaksantan
  6. 1/2-1 cawanair
  7. 1 kepingasam keping
  8. secukup rasaGaram dan gula
  9. Bahan Kisar:
  10. 5 bijibawang merah kecil
  11. 3 ulasbawang putih
  12. 1 1/2 incikunyit hidup/ serbuk kunyit
  13. 1 sudu besarikan bilis, rendam dan toskan
  14. 5 bijicili padi (boleh tambah atau kurangkan)

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Sediakan bahan.

    PISANG MUDA

    Pisang dicuci bersih jika mahu gunakan kulitnya didalam gulai. Siatkan kulit pisang.

  2. 2

    Kemudian belah 2 pisang muda tadi. Rendam sekejap dalam air garam sambil ramas2 untuk hilangkan getahnya dan supaya tidak lebam,

    Tulang Ikan masin dicuci, rendam 20 minit untuk mengurangkan rasa masin berlebihan. Kemudian toskan.

  3. 3

    Toskan pisang muda, masukkan ke dalam periuk bersama2, asam keping, serai dan bahan2 kisar halus.

    Gaul rata dan masukkan air. Masak hingga mendidih dan pisang 1/2 empuk.

  4. 4

    Kemudian; masukkan tulang ikan masin dan daun kunyit. Kacau dan masak sekejap.
    Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air.

    Masukkan santan,kacau dan masak dengan api kecil hingga mendidih.

    Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

    Masak hingga pisang empuk. Tutup api.

  5. 5

    Sedia dihidangkan bersama nasi panas, telur dadar dan sambal belacan. Memang sedap

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya