Bread Pudding

Resipi dalam draf juga.
Cooksnap daripada adik @rinaaziz
Kebetulan ada baki roti sandwich yang tak terusik sayang kalau tak dimanfaatkan, takut terbuang, membazir. Tak elok tu tau, tu kerja? "CekTon" 😆 itu kata anak saudara suami saya, sewaktu dia masih kecik dia sebut "shaitan" tu jadi "CekTon"
Bread Pudding
Resipi dalam draf juga.
Cooksnap daripada adik @rinaaziz
Kebetulan ada baki roti sandwich yang tak terusik sayang kalau tak dimanfaatkan, takut terbuang, membazir. Tak elok tu tau, tu kerja? "CekTon" 😆 itu kata anak saudara suami saya, sewaktu dia masih kecik dia sebut "shaitan" tu jadi "CekTon"
Cara Memasak
- 1
Koyak-koyakkan roti. Kisar telur dan gula sehingga gula larut. Campurkan bahan kisar dengan susu cair, esen vanila dan mentega yang dicairkan. Susun roti dalam loyang yang digris dengan mentega, tuangkan adunan susu cair. Tekan roti sehingga adunan meresap ke dalam roti.
- 2
Bakar roti pada suhu 160•C 30-45 minit api atas bawah bergantunh kepada oven masing-masing.
- 3
Untuk custard sauce, satukan kesemua bahan di dalam non stick pan. Masak hingga sebati, meletup-letup. Jangan sampai keras sebab custard utk puding roti sedikit cair. Potong pudding dan tuangkan sos kastard di atas nya. Saya makan dengan chocolate Hershey's syrup jer 😊 sebab malas nak buat sos kastard tu. ✌️🤗
Resipi Sepertinya
-
Bread pudding with custard Bread pudding with custard
First time makan dan first time buat. Paling simple dan sangat sedap 🌺#telurantarabangsa rina aziz -
Inti Manis Keledek Ungu Inti Manis Keledek Ungu
Resipi dalam draft juga.Selalu buat inti guna kacang merah untuk pau kukus/goreng dan roti ban. Apa kata kita buat inti guna ubi keledek pulak? Guna keledek ungu memang cantik warna nya. Keledek banyak diborong suami saya, sayang pulak takut membusuk kalau lambat dimasak. Tak nak membazir, saya buat inti manis. Senang dan memudahkan kerja apabila nak guna, cuma nyahbekukan dahulu.#FoodPrepAndTrick Dapur Yusfarisyia -
-
Jus Buah Amra/Kedondong Asam Boi Jus Buah Amra/Kedondong Asam Boi
Resipi dalam draf juga.Cooksnap daripada adik @edda69 . Sedap sangat tak cukup segelas, asyik nak tambah lagi dan lagi. Dah lama dah tak jumpa buah kedondong ni, dulu-dulu semasa zaman kanak-kanak memang selalu makan buah kedondong ni ratah cenggitu jer. Kadang buat cicah kicap gula dan cabai. Memang tak pernah dibuat jus sebab zaman dulu mana ada blender bagai. Bila dah kahwin, sewaktu saya belajar di Penang, saya ada rakan sebilik daripada Kedah, kami akan ke pasar malam yang berhampiran setiap hari Sabtu malam Ahad, dia selalu beli jeruk buah amra. Masa tu saya tak tahu pun tu buah kedondong. Bila dia bagi kat saya sebiji dan saya tengok dan rasa, terus saya cakap "eh! macam buah kedondong tapi saiz kecik, rasa pun macaam buah kedondong." Dia pun gelak dan terus cakap "memang pun buah kedondong tapi kami panggil buah amra." Laa... Kami sama-sama tergelak.Bila saya tinggal dengan keluarga mertua saya, di situ saya belajar buat jus amra/kedondong ni sebab selalu jiran dan orang datang ke rumah berniaga buah-buahan dan sayur-sayur hutan. (maksud nya sayur-sayuran seperti rebung, pucuk keledek, pucuk ubi, pucuk paku dan seangkatan dengan nya). Dapur Yusfarisyia -
Air Barli Pandan Air Barli Pandan
Resipi dalam draf juga. Cooksnap daripada adik @nrzln92 Buat untuk suami saya yang rasa tak sedap badan, mungkin petanda nak demam, minum panas-panas sedap sangat. Dapur Yusfarisyia -
Cireng Nasi (Leftover nasi) Cireng Nasi (Leftover nasi)
Resipi dalam draf juga.#mottainaiSayang bila tengok ada lebihan nasi di dalam periuk, baik dimanfaatkan. Terus teringin nak makan cireng nasi. Patut la selalu tengok kat MedSos/SocMed ramai yang buat cireng, rupa nya sedap. Bagi saya ianya sedap dimakan ketika masih panas. Suami pun kata sedap. Sos nya saya tak masak tapi kalau nak masak pun boleh ikut selera masing-masing. Dapur Yusfarisyia -
Pudding Jagung Pudding Jagung
#goldenapron#minggu21#saturesepisatupohonLama tak buat Pudding Jagung ni..kebetulan tempat kerja request nk Pudding Jagung untuk oder dari customer so kita ambil kesempatan untuk kongsi resepi Pudding Jagung ini..resepi yang ringkas dan senang yang penting sedap😋😍 Jemilah Tukimin -
Pudding Roti | Bread Pudding Pudding Roti | Bread Pudding
resipi from : Buat Orang Lapo’s Channel (Youtube)lilleyisabella
-
Egg In The Hole Toast Egg In The Hole Toast
Resipi ini juga lama duduk terperuk dalam draf.Cooksnap daripada adik @TheLittleDivaSarapan atau boleh dibuat bekal untuk anak-anak yang ringkas jer. Boleh sediakan sos pilihan. Bahagian roti yang bulat jangan dibuang, bakar juga supaya tak membazir. 🤗 Dapur Yusfarisyia -
Cromboloni Asal Boleh Cromboloni Asal Boleh
Sy tetap nak kongsi jg cromboloni ni wlau pun rupa nya memang jauh sekali bbeza dgn cromboloni yg tgh viral tu 🤣 Knp asal boleh? Haha.. Ada cerita di sebalik pbikinan nya. Begini cerita nya. Suami ajak sy ikut dia htr anak dara kami pergi kerja (shift ptg), mcm biasa lah dia tak nak sy keseorgan di rmh wlaupun tak lama. Biasa nya mmg tak smpai pun 15 minit pergi & balik ke tmpt anak bkerja. Doh sy letak di dlm freezer krn mmikirkan tak lama mhantar anak ke tmpt kerja mgkin sempat nak canaikan doh utk kali ke 3. Rupanya suami sggah di kedai utk mbeli kuih muih. Ingatkan utk dimkn di rmh, rupa nya suami sy singgah di rmh mak sy, kata nya rindu dgn arwah mak dia. Sy pun okay jer mgkin tak lama kot. Sembang punya sembang alamak tak terasa dah lebih 3 jam kami di situ. Sampai jer ke rmh, sy smbg balik mcanai danish pastry. Alamak! Dah keras kejung, mgkin silap sy jg krn menekan dgn paksa doh tu myebabkan doh tu pecah/tkoyak & mentega nya tkeluar. Tgn pun kurang selesa nak handle doh tu. Agak mgecewakan jg lah tp dpt jg mlipat doh & simpan balik ke dlm freezer, bila canai kali ke 4 pun doh yg pecah td mjdi lbh parah. Sy smbg lg lipatan yg t'akhir wlaupun tak sempurna. Bila nk guna, mmg sy tak blh canai nipis krn mkin byk mentega nya keluar. Sy potong jer wlaupun tak nipis & tak pjg. Terus gulung bubuh dlm ring D.I.Y & teruskan hgga hbis proses. Alhamdulillah, wlaupun rupa "hmm.. so.. so.." tp rasa nya sdp, rangup di luar & blapis di dlm nya. Kira nya tak lah mgecewakan sgt. Dapur Yusfarisyia -
Epal Tembikai Smoothie Epal Tembikai Smoothie
Bercerita tentang makanan dalam tin ni mengingatkan saya pada waktu kami masih kecil lagi. Sewaktu itu saya masih lagi di alam persekolahan sekolah rendah. Kami mempunyai lapan orang adik beradik. Arwah bapa bekerja sebagai operator telefon di Hospital Umum Sarawak, Kuching manakala emak pula bekerja ambil upah basuh baju di rumah jiran. Setiap kali gaji arwah bapa akan beli banyak makanan dalam tin untuk bekalan makanan kami sekeluarga. Seingat saya arwah bapa akan pastikan rak di dapur penuh dengan makanan dalam tin kerana waktu itu kami tiada pengangkutan sendiri untuk membeli bekalan makanan basah dan kedai pun agak jauh. Jadi makanan dalam tin lah penyelamat buat kami. Jika teringin hendak makan makanan yang segar seperti ayam, daging dan ikan selalu nya dibeli arwah bapa dan emak saya pada hujung minggu sahaja. Jika sayur-sayuran tu tidak menjadi masalah kerana emak memang ada menanam sayur-sayuran di tepi kawasan rumah. Aduhai memang menggamit memori masa zaman kanak-kanak.Bila bicara pasal smoothie, si dara saya lah yang selalu buatkan. Bagi saya sendiri saya kurang sikit minum yang berais ni disebabkan faktor kesihatan tapi sekali-sekala tu tak jadi masalah kan? 😁 Dapur Yusfarisyia -
Hot Milo Latte Hot Milo Latte
Resipi dalam draf juga.Hujan-hujan ni best dapat minum milo panas. Selalu buat yang sejuk jer tapi ikut tekak juga ada kala nya nak juga minum yang panas, campur susu segar yang telah dipanaskan dan diputar terus tukar ke nama milo latte.Inspirasi daripada adik @cook_21514282 tetapi akak tak letak serbuk nescafe. Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen