Kerabu Kulit Tembikai, Buah Lai, Mempelam & Kubis

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Cookpad Apron 2025 : Week 21

Cookpad Magic 🛒 Week 21 :-
🛒 Kubis
🛒 Cili

Inspirasi daripada adik @Faizah_92
Saya guna bahan yang ada kat dapur. Saya skip jus limau kasturi sebab mempelam muda dah cukup masam. Sedap diratah begitu sahaja atau dimakan bersama nasi putih dan ikan goreng.

#CookpadApron2025
#Week21
#CA2025

Kerabu Kulit Tembikai, Buah Lai, Mempelam & Kubis

Cookpad Apron 2025 : Week 21

Cookpad Magic 🛒 Week 21 :-
🛒 Kubis
🛒 Cili

Inspirasi daripada adik @Faizah_92
Saya guna bahan yang ada kat dapur. Saya skip jus limau kasturi sebab mempelam muda dah cukup masam. Sedap diratah begitu sahaja atau dimakan bersama nasi putih dan ikan goreng.

#CookpadApron2025
#Week21
#CA2025

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

10-15 minit
2-3 orang
  1. 1/2 bijikulit tembikai
  2. 1 bijibuah lai
  3. 3 bijimempelam muda
  4. 1 cekakulam raja
  5. 1/2 cawankubis ✅ungu
  6. 1/2 labubawang merah bombay
  7. 5-7 bijicili ✅ padi (ikut sesuai selera)
  8. 3/4 cawanikan bilis
  9. Sedikitminyak masak untuk menggoreng
  10. Gula sesuai selera
  11. Garam himalaya sesuai selera
  12. Sedikitkacang goreng tumbuk

Cara Memasak

10-15 minit
  1. 1

    Cuci ikan bilis dan toskan, goreng hingga kekuningan, angkat dan ketepikan.

  2. 2

    Sediakan kesemua bahan. Semua bahan dihiris halus kecuali buah lai dipotong sedikit kasar.

  3. 3

    Dalam mangkuk besar, satukan kulit tembikai, buah lai, kubis ungu, mempelam, ulam raja, bawang merah bombay, cili padi, garam dan gula, gaul rata. (guna plastic hand glove) adjust rasa mengikut sesuai selera.

  4. 4

    Masukkan ikan bilis goreng, kacau rata. Biar seketika agar semua mesra rasa. Sejukkan dahulu di dalam peti sejuk. Sedia untuk dihidangkan, tabur sedikit kacang goreng yang ditumbuk.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya