Ayam goreng sos cheese

azila andrus
azila andrus @cook_111361964

Ayam goreng tepung memang sedap dimakan begitu sahaja tetapi jika mahukan kelainan,makan dengan sos cheese memang menambahkan selera. Terutama untuk anak-anak.

Ayam goreng sos cheese

Ayam goreng tepung memang sedap dimakan begitu sahaja tetapi jika mahukan kelainan,makan dengan sos cheese memang menambahkan selera. Terutama untuk anak-anak.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
5 orang
  1. 12 ketulAyam bahagian kepak
  2. 200 gramTepung goreng ayam
  3. 2 suduMentega
  4. 4 kepingCheese
  5. 1/2 cawanSusu segar
  6. 1susu Tepung jagung
  7. Sedikitserbuk cili

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Goreng ayam yang sudah disalut dengan tepung goreng.

  2. 2

    Selepas goreng, ketepikan.

  3. 3

    Cairkan mentega dan keju menggunakan api yang kecil. Gaul perlahan-lahan untuk mengelakkan mentega dari hangus.

  4. 4

    Tambah susu sedikit demi sedikit, kacau lagi.

  5. 5

    Masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Tepung jagung ditambah supaya sos lebih pekat.

  6. 6

    Tutup api dan angkat. Tuangkan ke atas ayam yang sudah digoreng tadi. Boleh dihias dengan sedikit serbuk cili.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
azila andrus
azila andrus @cook_111361964
pada

Komen (3)

mamy_kitchen89
mamy_kitchen89 @Mamy_Nurul
😍😍😍nampak sedappp da mcm kepci daa🤤

Resipi Sepertinya