Kek Lapis Meruan Sayau

Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen )
Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) @arcticsyapex

Kek lapis yang ke4. Kek lapis perisa keladi. Kek macam terlebih warna purple sebab nampak gelap sangat bahagian keladi tu... 😅😅😅Resepi dari Ween Maureen ( RMK )

Kek Lapis Meruan Sayau

Kek lapis yang ke4. Kek lapis perisa keladi. Kek macam terlebih warna purple sebab nampak gelap sangat bahagian keladi tu... 😅😅😅Resepi dari Ween Maureen ( RMK )

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

3-4 jam
  1. 500 gmbutter
  2. 10 bijitelur gred A
  3. 200 gmgula halus (boleh kurangkan kalau xsuka manis)
  4. 300 gmcream cheese
  5. 200 gmhorlicks
  6. 250 gmsusu pekat manis
  7. 300 gmtepung hong kong
  8. 100 gmtepung aiskrim yam
  9. 20 gmyam paste
  10. 170 gmseri kaya
  11. 1 sbovalet
  12. 1 sbesen vanilla

Cara Memasak

3-4 jam
  1. 1

    Pukul butter, gula, ovalet dan esen vanilla sehingga kembang (7-8 minit)

  2. 2

    Masukkan telur satu per satu dengan speed perlahan hingga sebati.

  3. 3

    Masukkan susu pekat manis dan seri kaya. Pukul sebati.

  4. 4

    Masukkan horlicks dan  tepung hong kong.

  5. 5

    Bahagi adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Bahagian putih - adunan asal dan cream cheese (pukul cream cheese bersama adunan). Bahagian ungu - adunan asal + tepung ice cream yam + yam paste.

  6. 6

    Bakar atau kukus berlapis-lapis. Lapisan pertama guna api atas dan bawah. Lapisan seterusnya guna api atas sahaja. Suhu oven 150C. Bergantung kepada suhu oven masing-masing.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen )
pada
Aku lebih suka mem'baking' dari memasak... Sebabnya kalau baking dah ada sukatan. Kalau memasak banyak pakai term secukupnya, agak-agak, sesedap rasa... Haaa... Aku dah mula pening.... Kalau nak tengok resepi lain² boleh search blog " Syapex Kitchen "
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Resipi Sepertinya