Soto

Nampak macam leceh tapi sebenarnya mudah je. Bila dah siap masak tengok suami dan anak makan semua penat rasa berbaloi nak2 lagi kalau masakan yang kita masak tu sedap kan.
Begedil crispy ni saya dapat inspirasi dari satu blog dah lupa nama tapi sedap sebab kelainan dari begedil yang selalu kita makan cuma resepi asal guna daging cincang.
untuk perahan limau, saya guna lemon sebab itu je yang ada dirumah. 😅
Soto
Nampak macam leceh tapi sebenarnya mudah je. Bila dah siap masak tengok suami dan anak makan semua penat rasa berbaloi nak2 lagi kalau masakan yang kita masak tu sedap kan.
Begedil crispy ni saya dapat inspirasi dari satu blog dah lupa nama tapi sedap sebab kelainan dari begedil yang selalu kita makan cuma resepi asal guna daging cincang.
untuk perahan limau, saya guna lemon sebab itu je yang ada dirumah. 😅
Cara Memasak
- 1
CARA PENYEDIAAN KUAH :- Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga naik bau.
Kemudian masukkan bahan yang di kisar halus dan masak hingga terbit minyak. - 2
Masukkan pula bahan rempah dan masak hingga garing dan terbit minyak.
Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan air mendidih
Bila dah didih, masukkan ayam dan kiub ayam. - 3
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan sedikit santan. Kacau dan biarkan kuah didih sekali lagi. - 4
Keluarkan isi ayam dan toskan 2 ketul untuk di buat begedil ayam nanti
Panaskan minyak dan goreng 2 ketul isi ayam hingga keemasan. Kemudian boleh lah di siat halus. - 5
CARA PENYEDIAAN SAMBAL KICAP :- Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih dan cili padi hingga layur
Masukkan dalam blender bersama kicap manis dan garam
Kisar halus.
Tuangkan dalam bekas dan perahkan jus limau kasturi. - 6
CARA PENYEDIAAN BEGEDIL AYAM CRISPY :-
Goreng kentang hingga kuning keemasan
Kemudian di tumbuk lumat. satukan kentang dengan isi ayam, bawang goreng, daun sup, daun bawang, lada sulah, garam dan kacau rata hingga sebati. Bulat -bulatkan kecil sampai habis. - 7
Letakkan secubit garam dalam telur dan kacau sebati.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper. (jangan guna minyak banyak nanti ia serap minyak)
Celupkan begedil dalam telur dan kemudian gaulkan dalam bread crumb.
Kemudian masukkan dalam kuali
Bila dah masak atau keemasan, angkat dan toskan minyaknya. - 8
Hidangkan soto bersama nasi himpit/ Mee Kuning/ meehoon bersama taugeh, bawang goreng, daun sup dan daun bawang, isi ayam yang telah disiat dan last but not least begedil ayam crispy.
- 9
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Mee Soto Ayam Mee Soto Ayam
Menu juadah raya yang kalau makan memang terbaik dan puas hati. Sebab menu ni lengkap dari kuah, mee, begedil dan sambal kicap yang lazat. #PhopbyLiniMohd #CookpadMalaysia #juadahraya Salina Jalaludin -
Laksam Soto Laksam Soto
#semangatmerdeka #fusionantaranegeriAnak-anak saya memang suka laksam. Tapi kali ni sebab tiada stok ikan untuk buat kuah lemak, kita buat kelainan sikit laksam berkuahkan sup soto. Gabungan masakan kelantan dan johor. Soto lebih kaw dari sup biasa. Memang sedap kalau makan dengan laksam sebab tekstur laksam lembih lembut dan sedikit kenyal berbanding nasi himpit. Itu yang membuat menu ini juga sangat disukai anak-anak. Jom kita tengok resepi yang sedap ni di bawah. Liana Nick -
Soto ayam simple Soto ayam simple
First time buat.. Boleh adjust menu ni ikut citarasa masing2.. Sy xmkn begedil so xbuat begedil. Tmbh white paper lg sedap.. Puan Nurul -
Soto Ayam Sempoi Soto Ayam Sempoi
Yang ini resepi Mak saya, Soto Ayam Sempoi. Banyak langkah disingkatkan sebab nak masak dan makan cepat. Contoh, ayam dipotong bersama tulang, tak perlu nak siat ayam. Jadi macam kita tengah makan sup ayam dengan nasi himpit, gitu.#GlobalApron2024#Challenge7#OpenHouse#AyamTauhuCiliPadiAyamTauhuCili Padi Alia Ali -
Soto Nasi Soto Nasi
Salah 1 menu wajib utk open house t'utama di negeri Johor. Memandangkan kte dh b'pindah ke Selangor, jd kte masak menu Johor utk jamu jiran tetangga.. Selain dari Mee Bandung, Laksa Johor, Beriani Gam dan Air Kathira 😋 Sy sertakan resepi Soto simple utk makan 1 family.#GlobalApron2024#OpenHouseWeek7Bahan: Ayam, Cili Padi, Kentang, Telur Adawiyah Mohd Sharun -
🍜 SOTO AYAM 🍜 SOTO AYAM
Nak join S Club jgk, akk buat sup soto & begedil AF, hepi menerai😉 #sotoayam #airfryer #begedil #sotobening Keroroyz Royz -
Tauhu Begedil Tauhu Begedil
Tauhu begedil ni anak dara saya yg bongsu minta buatkan..dia datang bisik kat saya.."ma nak tauhu begedil" Terkejut jugak tiba2 je dia request..saya sangka selama ni dia tak suka makan..Saya cakap kat anak nanti ma beli bahan2 dulu..baru boleh buat..tersenyum dia.. Suka tengok dia berselera makan, kakak & abang dia pun suka makan..ayahnya lagi la..saya ni pulak jenis tak suka makan tauhu goreng macam tu saje..tapi kalau tauhu begedil macam ni reti pulak makan..hihii..tauhu sumbat pun makan😅 Bahagi 5 orang dapat la 7 biji sorang.. Nor Al Fatihah -
Soto Ayam 🇮🇩 Soto Ayam 🇮🇩
97/2021/RoadTo1k/782❤️ Cookpad Passport ❤️ #cppassportResipi soto ayam ni versi super simple yang hakak dah olah. Sebelum ni ada beberapa kali masak dah. Ada yang pakai pes, ada yang kena masak begitu, begini😅. Tapi ni langkah penyediaan yang paling mudah. Shortcut gituu. Yela nak makan sedap-sedap tapi nak cepat dan guna apa sahaja bahan di rumah. Jadi lepas ni semua orang boleh buat soto di rumah sendiri tau 🥰 Salina Jalaludin -
Soto Ayam #phopbylinimohd Soto Ayam #phopbylinimohd
#phopbylinimohd#cookpadmalaysia#juadahraya Liesa Abu Bakar -
Soto Ayam Raya Soto Ayam Raya
Tahun ni buat menu simple tp sedap . Menu yg semua orang boleh makan dan senang masak sebab masak sekali banyak . Jimat masa di dapur, baju raya pon tak comot sebab tak perlu masuk dapur berkali2 nak masak 😂.Boleh jd salah satu idea menu nak buat utk jamu org dtg beraya dkt rumah 🥰.. aFun ashriati -
Soto Ayam Soto Ayam
Seronok juga bila dapat tau raya terkejut ni . Kak Long ingat lagi dulu pernah sekali zaman tahun 90an , jam 8.30 semua keluarga tunggu depan tv dengar mohor raja-raja untuk umum raya. Tak macam sekarang, tv tak umum lagi whasup dah berderu-deru masuk bagi tau raya. Kalau dulu lepas berbuka , tengah bersiap nak pergi solat tarawih berhimpun dulu depan tv dengar pengumuman. Kalau umur esok raya terus melompat buat persiapan raya, kalau belum raya terus ke masjid untuk solat tarawih terakhir. Gitu la kisahnya.Untuk tahun ini raya ke 4, hari ini nak buat soto. Abah kak long pergi ke kedai untuk beli ayam. Tetapi semua kedai jual ayam masih bercuti. Abah terus call kak long, nasib la tak jauh dari rumah kak long ada kedai jual ayam sudah buka. Walaupun ramai yang booking nak beli ayam. Dapat la juga Asben kak long belikan seekor ayam. Bahan-bahan lain apa yang ada saja. 😂 . Kuah taruk lebih supaya semua dapat makan. Pandai tak . Nana Isya
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)