Kuih Lopes

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
Klang, Selangor

Fuhh..dah berkurun tak buat kuih lopes ni..last buat tahun 2015. Mulanya saya ikut cara mak mentua saya. Dia tanak beras pulut dengan air daun pandan, kemudian bungkus dengan daun pisang. Lepas tu dia rebus lagi. Tapi kali ni saya ikut cara yang original orang buat, iaitu rendam beras pulut dengan air daun pandan semalam. Kemudian, bungkus dengan daun pisang mentah2, baru di rebus hingga masak. Sedap makan dengan air gula melaka yg pekat2. Kuih lopes ni adalah kuih kegemaran suami saya.. berselera dia makan..

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

  1. Kuih Lopes
  2. 3 cawanberas pulut susu
  3. 5 helaidaun pandan
  4. 5 cawanair
  5. 1 sudu tehair kapur yg pekat
  6. Pewarna hijau epal
  7. 1/2 bijikelapa parut -ambil bahagian putih saja
  8. Daunpisang secukupnya - potong 3 inci lebar, panjang
  9. Tali getah
  10. Air Gula Melaka
  11. 4 kepinggula melaka
  12. 4 sudu besargula pasir
  13. 2 cawanair
  14. 2 helaidaun pandan -di simpul

Cara Memasak

  1. 1

    Blend daun pandan dengan air & tapiskan

  2. 2

    Satukan beras pulut bersama air daun pandan, air kapur & pewarna hijau. Rendam 5-6 jam atau semalaman

  3. 3

    Basuh semula beras pulut & toskan kering. Potong daun pisang 3 inci. Tak perlu layur..

  4. 4

    Ambil satu helai daun pisang, buat bentuk kon. Isi beras pulut dlm 2 sudu besar, jangan padat sangat ye. Kemudian, lipat jadi segitiga

  5. 5

    Lipat beberapa kali, ambil satu lagi daun pisang sambungkan pada daun pisang pertama & lipat lagi bentuk segitiga hingga habis. Kalau daun pisang dah cukup panjang tak perlu sambung daun pisang lain dah..

  6. 6

    Ambil tali getah masukkan ke satu bucu, kemudian silangkan & masukkan lagi bucu ke-2. Silangkan lagi tali getah & masukkan ke bucu terakhir. Saya dapat 22 biji kuih lopes

  7. 7

    Rebus selama 1 jam di atas api besar. Angkat & toskan

  8. 8

    Gaul kelapa dgn sedikit garam. Kukus 5 minit. Buka daun pisang & salut kuih lopes dgn kelapa

  9. 9

    Air Gula Melaka 👉 Satukan air, gula melaka, gula pasir, garam & daun pandan. Masak di atas api sederhana hingga gula cair & menjadi pekat

  10. 10

    Hidangkan kuih lopes bersama air gula melaka

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Ditulis oleh

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
pada
Klang, Selangor
🍉 Watermelon Lover 🍉Suka buat kuih, desserts, kek & biskut bentuk tembikai 🍉🍉
Baca lagi

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan