Kuih Lopes Pandan

#goldenresipi
#semangatmerdeka
#masakanselangor
#masakannegeri
Sudah tiga minggu suami teringin kuih lopes,selama tiga minggu tu juga saya pekakkan telinga dengar dia memerli saya.Dua hari lepas mama beri sebungkus beras pulut kepada saya untuk dibawa pulang.Wahhhhh anak saya menjerit “pulut kuning!!pulut kuning”
Tiba-tiba saya teringat permintaan suami.Tak apalah,separuh akan saya buat lopes yang dia idamkan dan separuh lagi akan saya buat pulut kuning.Tapi entah bila agaknya mood tu akan hadir.
Berbalik kepada cerita kuih lopes,saya percaya kita semua pernah makan kuih lopes tak kira dinegeri atau daerah mana anda berada.Mungkin nama atau cara memasak berbeza.Saya lebih gemarkan cara tradisional dimana nikmatnya rasa pandan dan keharuman daun pisang membuatkan saya menelan air liur terdahulu sebelum lopes sampai kedalam mulut.
Kebiasaannya orang lain tidak menggunakan santan,tetapi di daerah saya,orang lama(orang tua-tua) akan campurkan sedikit santan untuk menaikan rasa lemak pada beras pulut.Yang penting penggunaan utamanya iaitu daun pandan segar akan memberi keenakkan rasa sebenar kuih lopes.
Tentang bentuknya pula,ada yang berbentuk segitiga,petak dan bulat itu bergantung kepada anda sendiri.Bagi saya asalkan rasanya sedap itu lebih penting dari bentuknya.
(Sebenarnya saya tak pandai buat bentuk segitiga) 🤦♀️
Saya kongsikan resipi dan cara-cara untuk membuatnya supaya anda semua mudah memahami dan bersemangat untuk memasak.

Cara Memasak
- 1
Basuh dan rendam beras pulut selama 3 jam.Kemudian toskan.Daun pisang di layah ke atas api kemudian di bersihkan.
- 2
Dalam satu periuk,masukkan beras pulut dan garam.Kemudian tuangkan jus pandan.Pasang api sederhana besar.
- 3
Bila jus mulai kering,matikan api.Sediakan daun pisang tadi kemudian ambil 2 senduk beras pulut.Gulung padat dan bentukkan seperti lontong.Ikat hujungnya menggunakan tali rapia.
- 4
Sediakan pengukus,kukus gulungan beras pulut selama 1 jam.Bila sudah selesai mengukus,keringkan dan sejukkan.
- 5
Sementara tunggu pulut sejuk,siapkan air gula.Satukan gula melaka,gula merah dan daun pandan dalam satu periuk.Tuangkan air dan masak sehingga gula mencair.Tapis dah sejukkan.
- 6
Dalam satu mangkuk,kelapa dan garam disatukan.Sediakan benang untuk memotong pulut yang sudah sejuk sepenuhnya.Ambil setiap potongan pulut,salutkan dengan kelapa parut.
- 7
Hidangkan kuih lopis bersama air gula.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Kuih Lopes Kuih Lopes
Fuhh..dah berkurun tak buat kuih lopes ni..last buat tahun 2015. Mulanya saya ikut cara mak mentua saya. Dia tanak beras pulut dengan air daun pandan, kemudian bungkus dengan daun pisang. Lepas tu dia rebus lagi. Tapi kali ni saya ikut cara yang original orang buat, iaitu rendam beras pulut dengan air daun pandan semalam. Kemudian, bungkus dengan daun pisang mentah2, baru di rebus hingga masak. Sedap makan dengan air gula melaka yg pekat2. Kuih lopes ni adalah kuih kegemaran suami saya.. berselera dia makan.. Nor Al Fatihah -
Kuih Lopes Express Kuih Lopes Express
Cikna suka makan kuih melayu tapi xpernah buat. Lopes ni pun 1st time cuba buat 😅Alhamdulillah menjadi tapi cara ekspress la bukan balut dlm daun pisang pastu kukus tu..hahahaJom la cuba buat versi express ni. Sedap jugak 😆#phopbylinimohd #task2 #lopes #kuihlopes #kuihmelayu Erna Hezreen Hamzah -
Kuih Lopes Kuih Lopes
#goldenapron2020#minggu3#bazaarramadan #minggu4Bulan puasa ni mesti ramai yang suka kuih lopes ni kan. Jom kita tengok resepi mudah untuk membuatnya. Suehaily Abdullah -
Kuih lopes pandan Kuih lopes pandan
Alhamdulillah, kuih lopes untuk berbuka puasa dan makan moreh harini.Teringat lagi kalau bulan puasa mesti arwah mak akan buat kuih ni .Kuih ni kalau beli di bazaar ramadhan belum tentu lagi dapat yang boleh memuaskan hati .Adakala pulut berderai , ada yang kelapa masam dan ada pula kuah air gula cair dan tawar.Buat sendiri puas makan dan hasil air tangan sendiri lebih sedap.#PilihMasak Ziana Chesaad -
Kuih Lopes Batik Kuih Lopes Batik
Ini versi mudah kukus dalam loyang 10" dapat 32 pcs utk size segitiga mcm saya buat..Kami suka berkuah jadi buatkan kuah santan pekat dgn air gula melaka ..sejukkan kuah baru curah dan makan...fuhhh layan..😊Kuih Lopes Batik.Bagi anda yang suka kuihnya lembut dan padat sikit, boleh ikut resipi di bawah ... Jika suka kuih yang agak berderai bila di makan dan tak terlalu padat, boleh letak 2 cawan air sahaja pada pulut putih ... Maksudnya 1 1/2 cawan santan cair dan 1/2 cawan air pandan. Mawar Wilsa -
Kuih Lopes Kuih Lopes
#goldenapron2020Kuih lopes antara juadah berbuka puasa kegemaran keluarga kami. Ianya menjadi menu pilihan anak-anak untuk berbuka puasa.Jom lihat resepi. Nampak macam remeh tapi kalau dah selalu membuatnya Insyaallah mudah sahaja.Jom kita lihat resepi. Dapoq Kak Del -
Kuih Lopes Merdeka Kuih Lopes Merdeka
#Merdeka2020#goldenapron2020Sempena bulan kemerdeka,sambil-sambil nak join contest merdeka ni, tercipta la kuih lopes merdeka ni, warna warni, anak-anak pun suka makan. Noraini Hamid -
Kuih lopes istimewa Kuih lopes istimewa
#periuknasi#goldenapronKuih lopes ini sangat istimewa kerana proses penyediaannya adalah dengan menggunakan periuk nasi biasa sepenuhnya. Walaupun cuma periuk nasi biasa, tapi tiada masalah. Semua boleh dilakukan,daripada memasak pulut, merenehkan air gula melaka hinggalah kepada mengukus kelapa parut. Dengan sedikit kreativiti,semuanya boleh dilakukan. Resepi yang sangat mudah tapi sedap. Jom cuba ! Zareena Shahmarudin -
Resepi Kuih Lopes #Johor Resepi Kuih Lopes #Johor
Kuih lopes yang menggunakan 100% daun pandan. Bau harum daun pandan tu membangkit selera kuih tradisional ini. Tengku RosElyza Raja Muhammad -
Kuih Lopes Kuih Lopes
#goldenapron2020Mesti ramai suka makan kuih lopes.Iman pun suka tambahan pulut ni memang makanan kesukaan anak-anak Iman.Tapi nak balut bentuk tigasegi tu, Iman tak pandai. Nak gulung pun tak pandai juga.Jadi Iman buat cara paling senang. Masuk je semua dalam loyang, mampatkan pulut. Nak makan potong dan salut kelapa.Kali pertama snap anak-anak duk tunggu n cakap lapar. Atas meja ada, nak juga tunggu yang umi snap ni. Takpalah, bagi depa makan dulu.Kali kedua snap ingat pakat dah kenyang sebab makan dah siap menambah dah.Rupanya tunggu lagi nak makan. Sampai Iman cakap, bagi umi siap dulu, nanti habis makanan, umi tak siap amik hambaq, Cikgu umi marah umi. HahahahSabar sajalah dugaaan dengan anak-anak ni.Alhamdulillah setelah berkali-kali snap, berkali-kali tukar styling, siaplah keje sekolah untuk class Dhuna. Iman Hasanah Musa -
Kuih Lopes Pulut Tok Aji Kuih Lopes Pulut Tok Aji
Putih bersih je kan.. 😁Saje tak mau warna ikut satu resipi dalam CP ni, kebetulan belum posting lagi resipi ni terus kita up untuk tema yang ada putih.. jadi kita namakannya lopes pulut Tok Aji😄 sebab nampak putih bersih aje..Masa masak pulut simpulkan daun pandan aje untuk dapatkan aroma harum daun pandan..Wangi.. Sedapnya😋Saya buat cara saya JAA, apabila sudah masak pulut tu terus tenyeh dalam acuan bentuk bulat. Saya guna tutup botol nutella, tutup botol mayonis pun boleh atau apa-apa tools yang berbentuk bulat.. nak bentuk lain pun boleh..ikut citarasaSesekali makan lopes pulut putih sedap pula.. Julia ALeen Aireish -
Kuih lopes #phopbylinimohd #task2 Kuih lopes #phopbylinimohd #task2
Menu kesukaan suami. Senang je. Tanakkan pulut dan masakkan air gula jadi le kuih lopes😍#phopbylinimohd#task2#CookpadMalaysia#Cookpad Roselina Hanid
Lebih Banyak Resipi
Komen