Cara Memasak
- 1
Panaskan oven pada suhu 120 Celsius
- 2
Pukul telur putih sehingga mula bertukar menjadi buih putih
- 3
Masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul sehingga meringue jadi berkilat
- 4
Masukkan essen vanilla, cuka, & tepung jagung. Gaul rata
- 5
Letakkan meringue di atas baking sheet. Leperkan bahagian tengah
- 6
Bakar selama 60-90 minit. Kemudian, matikan oven dan buka sedikit pindu oven. Biarkan meringue di dalam oven sehingga sejuk
- 7
Apabila sudah sejuk, hiaskan dengan whipped cream & buah-buahan!
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
-
-
Pavlova 🇳🇿 Pavlova 🇳🇿
Pavlova adalah pencuci mulut berasaskan meringue berkerak rangup dan isi dalam yang lembut ringan, biasanya ditaburi dengan buah-buahan dan krim putar. Ia dinamakan sempena Anna Pavlova, seorang penari balet dari Rusia sempena suatu lawatannya ke Australia dan New Zealand pada tahun 1920-an.Hidangan ini sangat popular dan diiktiraf kedua-dua penduduk Australia dan New Zealand yang sering menyajikan ia semasa perayaan dan percutian pada masa musim panas termasuk pada waktu Krismas, namun ia juga dimakan sepanjang tahun di banyak tempat di Australia dan New Zealand.Sejarah Kulinari New Zealandmenghujahkan bahawa resipi paling awal diterbitkan di New Zealand.#cppassport Noor Atika Mahamood -
Pavlova Cupcake Pavlova Cupcake
Perbalahan masih berterusan antara Masak asam dan juga cupcake antara Jekfer dan juga Lailerrr. Lailerr sedih sangat sebab rasa nak makan cupcake. Jenuh pujuk Jekfer tapi biasa la lelaki ego kuar sangat pun. Jenuh pikir ayat apa nak bagi kat Jekfer , kemudian baru teringat dia belum bagi tau lagi satu berita kejutan buat Jekfer . Lalu dihulurnya test kit kat Jekfer, time tu Jekfer tengah tengok tv. Melompat Jekfer bila tengok. Dengan muka gelisah Jekfer berkata. "Baby U kena covid ke, ya allah macam mana ni. U demam, sakit tekak."Dengan muka blur Lailer tengok Jekfer."tengok la betul-betul, ada tulis covid ke, benci la macam ni. Ingat U suka ."Sambil buat muka merajuk."ehhh, tak ada tulis covid, ni test apa pulak." dengan muka kehairananAdik Lailer datang menyampuk dari belakang."Omg.. Omg... nak dapat anak sedara la." Sambil lari keluar tel mummy dan daddy."Serius ke ni , " Muka Jakfer kelihatan gembira sangat. "Ok kita buat cupcake ok. Baby nak cupcake ye . Kesian lapar " katanya"sementara tu kita beli pavlova cupcake dulu dari Mak cik timah. Nanti masakkan cupcake special untuk U.Lailerrr happy sangat-sangat bila Jakfer beli pavlova cupcake untuk dia. Bukan main happy lagi . Sedap sangat makan sambil mata terkebil-kebil😂 Aznie Khasri -
Pavlova Coklat Tabur Pavlova Coklat Tabur
#goldenapron#minggu10 Selalunya Pavlova saya tidak ditaburkan dengan coklat, kali ini ditaburkan dengan coklat. Khas buat warga ofis mate sempena hari kelahiranku. Alhamdulillah semua sukakannya. Selamat mencuba guys. Roselina Hanid -
Pavlova Cake Anti-Gagal Pavlova Cake Anti-Gagal
MinSha sejenis yang tak berapa minat kek span yang heavy & kering. Lagi minat kek crunchy di luar tapi fluffy di dalam gini. Light light gitu. Letak pulak buah fresh di atas. Sedap makan sejuk-sejuk.Senang nak buat, senang nak basuh jugak. Shake-shake dalam air, senang gila kotoran hilang. Kek ni sedang je saiz dia. Sesuai untuk keluarga kecil.Kalau nak makan berdua atau sorang puuun boleh. Nanti half kan je resepi k.Jom buat kak @sirap_cheese! Fav ni! 🤤Tips untuk jimat topping buah: Beli buah campuran dah siap potong. Dekat MBG & AEON selalu jual dalam cup RM5 satu. MinSha -
-
Pavlova Air Fryer Pavlova Air Fryer
#matchmakermonth #Pavlova #1339recipe Dah lama teringin nak makan Pavlova tapi nak buat je rasa malas. Jdi sebabkan ada cabaran Air Fryer jadi Aznie buat pavlova masak guna air fryer. Lagi pun oven masih problem lagi. Alhamdulillah Aznie suka sangat denga kejadiaannya. Sedap sangat-sangat. Masak lebih mudah dengan adanya air fryer, makan sejuk-sejuk tak pandang belakang dah. Aznie Khasri -
Pavlova - MANISAN(Maraton Ramadhan) Pavlova - MANISAN(Maraton Ramadhan)
Pavlova ni memang diminati ramai sebab rasanya kurang manis dan kena dengan buah-buahan yang ditaburkan atas krimnya. Sekali rasa pasti nak lagi. Rindu merindu dibuatnya pavlova ni😊 Roselina Hanid -
Mini Pavlova Mini Pavlova
Kali kedua membuatnya...Teringin nak makan.Sikit jer kuantitinya...Sempena Bulan Kemerdekaan,kita sesuaikan dengan warna bendera Malaysia...☺️Sedappp...#ColoursOfMerdeka Muniroh Annuar -
Pavlova by Gyna Pavlova by Gyna
Dulu, setiap kali Gyna buat Pavlova tak pernah menjadi. Kejadian yang terhasil selalu menjadi lembik macam sponge basuh pinggan. Benci sungguh kalau teringat. Terasa macam nak putus saudara. Bukan sekali gagal,ya ampun berkali-kali ke laut dalam. Tapi Gyna tak pernah putus asa. Tetap gigih mencuba. Setiap kali kegagalan yang berlaku, Gyna akan catit kesilapan itu supaya tidak berulang. Benda yang paling penting dalam menghasilkan Pavlova yang sempurna salah satunya adalah oven thermometer. Thermometer ini akan membantu kita untuk mendapatkan suhu yang tepat. Kalau korang nak buat Pavlova, boleh beli thermometer ni dari Shopee. Tak mahal pun harganya. Berbelas ringgit sahaja. Selain itu, pastikan putih telur tiada bendasing di dalamnya termasuklah kuning telur atau titisan air. Paling pantang ☝🏻. Pavlova yang cantik dimata Gyna adalah Pavlova yang ada crack. Tapi ada org suka yang sempurna tanpa crack. Raikan saja pendapat masing-masing.Pavlova boleh disimpan di dalam bekas kedap udara dan bertahan selama 4 hari. Tidak sesuai di simpan di dalam peti sejuk.Nampak resipi macam mudah, tapi nak menghasilkan pavlova yang tiptop, bukan senang. Hopefully resipi dan cara Gyna ini dapat membantu korang buat pavlova yang sexy mexy. Kalau dah cuba, jangan lupa Cooksnap tau. Bagilah semangat sikit pada Gyna. Nanti Gyna upah resipi lain. Gitulah kekdahnya Gyna Elenna
Lebih Banyak Resipi
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/6970217
Komen