Pavlova - MANISAN(Maraton Ramadhan)

Pavlova ni memang diminati ramai sebab rasanya kurang manis dan kena dengan buah-buahan yang ditaburkan atas krimnya. Sekali rasa pasti nak lagi. Rindu merindu dibuatnya pavlova ni😊
Pavlova - MANISAN(Maraton Ramadhan)
Pavlova ni memang diminati ramai sebab rasanya kurang manis dan kena dengan buah-buahan yang ditaburkan atas krimnya. Sekali rasa pasti nak lagi. Rindu merindu dibuatnya pavlova ni😊
Cara Memasak
- 1
Asingkan telur putih dan masukkan ke dalam mangkuk pemutar. Pastikan segala peralatan kering untuk menghasilkan Meringue yang cantik. Putarkan putih telur dalam kelajuan sederhana hingga kembang dan berbuih. Masukkan pula gula sedikit demi sedikit lalu putar sebati hingga menjadi Meringue sampai gula habis. Meringue yang terhasil akan menjadi kental dan gebu serta putih berkilat. Bila mangkuk diterbalikkan Meringue takkan jatuh.
- 2
Panaskan oven dulu 150 darjah celcuis selama 10 minit. Akhir sekali masukkan Tepung jagung, cuka makan dan esen vanilla. Kaupkan laju dengan spatula @ senduk hingga sebati. Alaskan loyang dengan baking paper dan letakkan adunan mengikut saiz yang dikehendaki. Bakarkan selama 60 minit sehingga berwarna coklat keemasan. Setelah masak jangan keluarkan dari oven, bukakan pintu oven sehingga adunan sejuk.
- 3
Setelah sejuk letakkan topping dan buah-buahan seperti gambar👇. Simpan dalam peti sejuk untuk seketika dan inilah hasilnya PAVLOVA👇
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Pavlova Pavlova
#cppassportRamai yang suka ni kan.. bila dapat makan nikmatnya.. ada pula buah-buahan segar sebagai hiasan memang gandingan yang mantap sangat sebab manis tu dah jadi balance bila dimakan😋😋Kalau you alls nak tau Pavlova merupakan sejenis pencuci mulut yang berasal dari New Zealand dan nama Pavlova itu digunakan sempena nama seseorang iaitu Balerina Anna Pavlova.. untungnya la tuan punya nama ni kan.. kalau nama i is syioknya hahaha😆Pavlova mula mendapat tempat di hati para penggemar pemanis mulut di Malaysia sekitar beberapa tahun lepas .. cuma saya ni.. baru-baru ni aje berkesempatan nak buat.. suka sangat .. jom buat.. Julia ALeen Aireish -
Pavlova Coklat Tabur Pavlova Coklat Tabur
#goldenapron#minggu10 Selalunya Pavlova saya tidak ditaburkan dengan coklat, kali ini ditaburkan dengan coklat. Khas buat warga ofis mate sempena hari kelahiranku. Alhamdulillah semua sukakannya. Selamat mencuba guys. Roselina Hanid -
Pavlova 🇳🇿 Pavlova 🇳🇿
Pavlova adalah pencuci mulut berasaskan meringue berkerak rangup dan isi dalam yang lembut ringan, biasanya ditaburi dengan buah-buahan dan krim putar. Ia dinamakan sempena Anna Pavlova, seorang penari balet dari Rusia sempena suatu lawatannya ke Australia dan New Zealand pada tahun 1920-an.Hidangan ini sangat popular dan diiktiraf kedua-dua penduduk Australia dan New Zealand yang sering menyajikan ia semasa perayaan dan percutian pada masa musim panas termasuk pada waktu Krismas, namun ia juga dimakan sepanjang tahun di banyak tempat di Australia dan New Zealand.Sejarah Kulinari New Zealandmenghujahkan bahawa resipi paling awal diterbitkan di New Zealand.#cppassport Noor Atika Mahamood -
Pavlova Air Fryer Pavlova Air Fryer
#matchmakermonth #Pavlova #1339recipe Dah lama teringin nak makan Pavlova tapi nak buat je rasa malas. Jdi sebabkan ada cabaran Air Fryer jadi Aznie buat pavlova masak guna air fryer. Lagi pun oven masih problem lagi. Alhamdulillah Aznie suka sangat denga kejadiaannya. Sedap sangat-sangat. Masak lebih mudah dengan adanya air fryer, makan sejuk-sejuk tak pandang belakang dah. Aznie Khasri -
Pavlova Cupcake Pavlova Cupcake
Perbalahan masih berterusan antara Masak asam dan juga cupcake antara Jekfer dan juga Lailerrr. Lailerr sedih sangat sebab rasa nak makan cupcake. Jenuh pujuk Jekfer tapi biasa la lelaki ego kuar sangat pun. Jenuh pikir ayat apa nak bagi kat Jekfer , kemudian baru teringat dia belum bagi tau lagi satu berita kejutan buat Jekfer . Lalu dihulurnya test kit kat Jekfer, time tu Jekfer tengah tengok tv. Melompat Jekfer bila tengok. Dengan muka gelisah Jekfer berkata. "Baby U kena covid ke, ya allah macam mana ni. U demam, sakit tekak."Dengan muka blur Lailer tengok Jekfer."tengok la betul-betul, ada tulis covid ke, benci la macam ni. Ingat U suka ."Sambil buat muka merajuk."ehhh, tak ada tulis covid, ni test apa pulak." dengan muka kehairananAdik Lailer datang menyampuk dari belakang."Omg.. Omg... nak dapat anak sedara la." Sambil lari keluar tel mummy dan daddy."Serius ke ni , " Muka Jakfer kelihatan gembira sangat. "Ok kita buat cupcake ok. Baby nak cupcake ye . Kesian lapar " katanya"sementara tu kita beli pavlova cupcake dulu dari Mak cik timah. Nanti masakkan cupcake special untuk U.Lailerrr happy sangat-sangat bila Jakfer beli pavlova cupcake untuk dia. Bukan main happy lagi . Sedap sangat makan sambil mata terkebil-kebil😂 Aznie Khasri -
Filling Custard Cream Filling Custard Cream
#goldenapron#week11Kalau buat filling custard ni memang kena buat banyak sebab laku keras.Cara buat pun mudah sangat tapi rasanya sedap in shaa Allah.Nak lagi sedap campur dengan whip cream rasa mcm ais cream jadi nya. Mawar Wilsa -
Chocolate Nutella Burnt Cheesecake Chocolate Nutella Burnt Cheesecake
Masih lagi misi menghabiskan lebihan stok bahan-bahan masakan/kek di dapur. Cuma kali ini saya cuma tambah cream cheese sahaja kerana stok cream cheese memang tiada di rumah saya. Selain itu saya menggabungkan dengan lebihan buah-buahan yang ada di dalam peti sejuk untuk topping kek cheese saya. Gabungan rasa nya memang “wallah!!!” 😁 Dapur Yusfarisyia -
Japanese Fluffy Pancakes Japanese Fluffy Pancakes
Hidangan tea time petang ni.Dah jemu makan pancake omputih, kita buat style Jepun pula. Hasilnya memang gebu dan lembut Tapi dari segi rasa sama je sedap macam pancake biasa.Boleh dihidangkan bersama coklat yang dicairkan mahupun whipped cream dan juga buah-buahan. Julia Kamaruddin -
Biskut Tart Nenas Gulung(Maraton Ramadhan) Biskut Tart Nenas Gulung(Maraton Ramadhan)
Inilah biskut yang dicari.Cukup laris dipasaran tak menang tangan dibuatnya.Tart nenas gulung menjadi pujaan ramai tatkala hari lebaran menjelma tak lama lagi.Gabungan rasa butter dan minyak sapi serta susu pekat manis berintikan jem nenas...membuat rasanya cukup sedap gebu lemak bila dimakan. Leesa Alif
Lebih Banyak Resipi
Komen