Telur hancur kebaboom

Najwa Nordin
Najwa Nordin @cook_15286331

Sesuai untuk yang berdiet dan sukakan makanan ringkas tapi mengenyangkan dan lengkap nutrisi.😘

Telur hancur kebaboom

1 orang bercadang membuatnya

Sesuai untuk yang berdiet dan sukakan makanan ringkas tapi mengenyangkan dan lengkap nutrisi.😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2-3orang makan
  1. Bahan-bahan dipotong dadu/kecil:-
  2. Sebiji bawang besar
  3. Sebiji tomato
  4. Seikat Sawi (4-5batang)
  5. Sosej ayam
  6. Bahan-bahan lain:-
  7. Serbuk lada hitam
  8. 2biji telur
  9. Sekeping cheese

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan dan potong sawi, bawang, tomato dan sosej kecil-kecil.

  2. 2

    Gunakan kuali tidak melekat untuk memasak sosej tanpa menggunakan minyak selama 2-3 minit(atau sehingga sedikit kehitaman)

  3. 3

    Masukkan bawang yg dipotong dadu serta batang sawi. Kacau dan selepas 1-2minit, masukkan pula tomato tadi. Pecahkan telur serta perisakan dengan serbuk lada hitam.

  4. 4

    Akhir sekali baru dimasukkan daun sawi dan digaul rata. Bila sawi sedikit layu, terus matikan api. Dihidangkan dengan sekeping cheese di atasnya. Masin-masin cheese sudah cukup untuk hidangan sihat ini.

  5. 5

    Hidangan ini sesuai dicicah roti wholemeal atau bagi penggemar sandwich, roti boleh juga disapu mentega dan ditambah sos cili untuk yang gemarkan rasa pedas. Selamat mencuba

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Najwa Nordin
Najwa Nordin @cook_15286331
pada

Komen

Resipi Sepertinya