Petola Suhun Masak Air *

Saya sejenis yang tak pernah makan petola. Jadi last week, suami beli petola dan masak air letak ikan bilis je. Bila makan, tak sangka sedap. Hehehe.. Apa ke pelik dah umur 34tahun baru merasa makan petola. Jadi hari ni buka fridge, tengok ada separuh petola lagi. Jadi saya pun masak lah tapi kasik olah sedikit resipi dengan masukkan suhun ke dalam resipi. Suami cakap, letak suhun lagi sedap. Nampakkan? isteri ni kalau dah reti makan sesuatu, bukan setakat masak. Siap berinovasi resipi lagi. Kikiki... Jom tengok resipi biasa-biasa saya ni yer.
Petola Suhun Masak Air *
Saya sejenis yang tak pernah makan petola. Jadi last week, suami beli petola dan masak air letak ikan bilis je. Bila makan, tak sangka sedap. Hehehe.. Apa ke pelik dah umur 34tahun baru merasa makan petola. Jadi hari ni buka fridge, tengok ada separuh petola lagi. Jadi saya pun masak lah tapi kasik olah sedikit resipi dengan masukkan suhun ke dalam resipi. Suami cakap, letak suhun lagi sedap. Nampakkan? isteri ni kalau dah reti makan sesuatu, bukan setakat masak. Siap berinovasi resipi lagi. Kikiki... Jom tengok resipi biasa-biasa saya ni yer.
Cara Memasak
- 1
Masukkan air ke dalam kuali. Kemudian masukkan bawang, ikan bilis dan petola (dipotong bulat)
- 2
Masak sehingga mendidih dan petola sedikit lembut. Masukkan cili.
- 3
Masukkan suhun, garam dan pati ikan bilis. Kacau dan masak sehingga suhun menggembang. Tutup api dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba ☺️
Resipi Sepertinya
-
Petola Masak Air Petola Masak Air
#GlobalApron2024#Moreh#SayurpetolaCilimerahSemalam suami beli sebatang sayur petola..jadi saya masak air je.. Sedap di makan bersama ikan goreng & sambal belacan.. Nor Al Fatihah -
Masak Lemak Petola & Tauhu Masak Lemak Petola & Tauhu
#goldenapron2020Masak lemak petola & tauhu ini menjadi pilihan saya & suami..tak perlu lauk lain lagi..semuanya sudah ada di dalam kuah/lauk ini..saya suka campur suhun di dalam kuah ini sebab teksturnya yg sedap..sedap di makan dgn nasi panas2 bersama sambal belacan.. Nor Al Fatihah -
Tumis Air Petola Ular Tumis Air Petola Ular
Ni first time ibu masak petola Ular. Biasanya ibu masak petola yang biasa tu. Dari segi rupa ada bezanya. Petola biasa mempunyai permukaan kulit diluarnya yang agak kasar dan berlekuk, manakala petola Ular pula kulitnya tidak kasar berlekuk tetapi berjalur warna putih sedikit.Demi #GoldenApron23 ibu pun belilah petola Ular ni. Murah je sebiji RM1.65 kat NSK. Ibu beli sebiji je, cukuplah untuk ibu makan berdua je dengan ayahnya.Ibu buat masak tumis air, tapi bukan tumis air yang biasa buat tu. Ibu dapat inspirasi resepi ni dari kak Yati Sendayu Tinggi. Ibu pernah tengok live dia masak sayur petola tumis letak black pepper dan suhun. Tapi dia guna petola biasa. So untuk resepi kali ni ibu nak cuba masak ikut cara kak Yati (tapi guna petola ular) Katanya resepi ni dari arwah neneknya.Sedap makan panas-panas, rasa segar dapat hirup kuah tumisan ni. Bertambah sedap lagi jika makan dengan sambal gesek dan ikan goreng garing 😋#GoldenApron23Week 7 Noor Atika Mahamood -
Sayur manis petola Sayur manis petola
Mengimbau kenangan zaman kanak-kanak bila makan sayur manis petola ni.Dulu kalau balik sekolah letak beg sekolah pergi dapur buka tudung saji dulu.Nak tengok lauk apa mak masak.Kalau lauk yang saya tak suka tu saya lambat-lambat je nak makan nasi.Tapi kalau saya nampak ada sayur manis petola ni terus ambil pinggan nasi duduk makan.Baju sekolah pun tak sempat nak tukar.😂Haaa sampai sekarang kalau beli petola inilah resepi yang saya akan masak.Tak sangka dapat suami pun penggemar sayur manis petola juga.Terus Ada geng🙋♀🤭😂 Q'leenalee's Kitchen -
Petola Masak Bening Lada Hitam Petola Masak Bening Lada Hitam
#jekferlailertilljannah #cooksnapLamanya tak makan petola. Last hari tu makan, tetiba je jadi sejuk. Tapi iman dah nak masuk 4bulan dah pantang, harapnya takda apa-apa la.Tadi teringat resepi Kak Aziela Amin ni. Cepat-cepat ke kedai beli bahan. Iman Hasanah Musa -
Petola Masak Lemak Putih 🌶🥬 Petola Masak Lemak Putih 🌶🥬
Ni nak cerita pasal suhun.Dah pegi beli baru, rupanya dia ada kat peti ais kering tertimpa dengan barang lain.Kesudahnya tak masak kau suhun.Dahtu harini memang plan nak masak petola lemak, jadinya suhun nya kita pakai lah.#CookEveryPart1 Nurul Kefftya -
Petola & Suhun Masak Lemak Putih Lada Hitam Petola & Suhun Masak Lemak Putih Lada Hitam
Petola hasil menanam. Alhamdulillah. Sesimple Loralin -
Sayur Air Petola Sayur Air Petola
Sayur air Petola versi Terengganu di campur dengan ikan selayang/sardin rebus. Orang Terengganu panggil petola tu "Tenne". Sedap di campur dengan suhun & fucuk..makan dengan nasi panas2..saya suka meratahnya.. Nor Al Fatihah -
Petola pulut/sabut tumis air Petola pulut/sabut tumis air
Saya suka tumis air petola ni, rasanya manis. Sedap diratah gitu jer. Tapi suami & anak² tak makan sangat. Jadi bila nak masak kena ambil yang saiz kecil jer. Petola ni hasil tanaman sendiri. Boleh juga dibiarkan tua & kering. Kemudian diambil sabutnya. Selalunya bila banyak hasil saya suka hulur dekat jiran². Aunty chinese sebelah rumah memang suka sangat dengan sayur petola ni. Azizah Mansor -
👩🍳Sayur Petola Tumis Air 👩🍳Sayur Petola Tumis Air
Global Apron 2024 Challenge 30: Cooksnap SukahatiLauk fevret sy. Pekena dengan ikan goreng garing dan sambal belacan memang sedap. Lauk ringkas dan cepat disediakan. Jika tak nak tumis pun boleh, terus rebus semua sekali.Cooksnap resipi nurul..@Mamy_Nurul . Terima kasih🌹Tak letak fucuk dan suhun seperti resipi nurul sebab kadang-kadang rasa nak hirup kuah yang cair. Jika letak suhun selalunya suhun kembang serap kuah🤭.. Tak tambah kacang buncis spt yg ada dlm senarai bahan nurul, tak jelas kenapa ada kacang buncis kat situ🤭sebagai ganti, saya tambah daun kesum supaya wangi. Lagipun sy suka rasa daun kesum. Tambah cendawan tiram supaya sayur tumis lebih meriah🤭Petola (1 p)Ikan bilis (2 p)Cendawan (1 p)Total= 4 p✅#GlobalApron2024#Challenge30#CooksnapSukahati#PetolaIkanbilisCendawan2245/3K388/2024 Mahadiah -
Petola Tumis Air Petola Tumis Air
Sedap hirup kuah sayur gini dan ratah2 jer.. lepas moreh kalau malas nak makan yang berat , makan sayur pun jadi.#GlobalApron2024#Challenge4#MorehBahannya1) Sayur Petola2) Cendawan Butang Anur Musa -
Petola masak bening Petola masak bening
Menu ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu menu potlu. Lebih-lebih lagi jika digandingkan dengan sambal belacan dan ikan masin. Memang terangkat menu potluk kita jadinya.*Jika suhun dan tauhu kering masih agak keras bole masukkan awal2 agar ianya lembut sama proses dengan petola. Hani Shaimi
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)