Durian Muffins

Ell Sakimin
Ell Sakimin @ell_sakimin710

Untuk peminat durian khususnya😊. Lebih-lebih lagi dengan musim durian sekarang. Dengan lebihan durian tu boleh lah cuba resepi ini. Rasanya yang sedap, gebu dan lembut , bila makan pasti tak cukup satu😊. Jangan tunggu lama lama gais... moh kita tengok resepi dulu moh!👇👇👇
#durian
#duriancontest

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2cwn tepung gandum
  2. 1sk baking powder
  3. 1/2sk soda bika
  4. 1/2cwn butter (cairkan dan sejukkan dahulu)
  5. 1cwn gula (boleh kurangkan jika mahu)
  6. 2biji telur
  7. 1cwn susu kotak
  8. 1cwn isi durian
  9. Sedikitvanila esen
  10. Sedikitwalnut untuk hiasan

Cara Memasak

  1. 1

    Pukul telur bersama gula. Boleh guna hand whisk yer lagi senang.

  2. 2

    Kemudian masukkan isi durian, susu dan butter cair. Pukul sekejap.

  3. 3

    Dalam bekas lain, tepung digaul bersama soda bika dan baking powder. Ambil adunan yg dipukul tadi, tuang ke dalam mangkuk tepung. Kaup balikkan hingga sebati.

  4. 4

    Susun mangkuk kertas kedalam loyang. Dan skup 1 1/2 sb adunan ke dalam mangkuk kertas. Susun pecahan walnut diatasnya

  5. 5

    Bakar dalam ketuhar dengan suhu 190’c selama 25min atau hingga masak.

  6. 6

    Bila dah masak keluarkan dr loyang dan tabur sedikit dust sugar. Boleh terus dihidangkan😊 Selamat mencuba gais!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Ell Sakimin
Ell Sakimin @ell_sakimin710
pada

Komen

Resipi Sepertinya