☕Resepi Kek Batik Coklat Ganache☕

Mesti ramai yang suka ngan kek batik kan.. yang ni ada coklat ganache sebagai topping kat atas.. mewah ngan rasa coklat...
☕Resepi Kek Batik Coklat Ganache☕
Mesti ramai yang suka ngan kek batik kan.. yang ni ada coklat ganache sebagai topping kat atas.. mewah ngan rasa coklat...
Cara Memasak
- 1
Cara Menyediakan
1. CAIRKAN buttercup terlebih dahulu menggunakan kuali. Penggunaan kuali akan memudahkan untuk kaut semula adunan. Apabila butter sudah separa cair, tutupkan api dan masukkan milo, serbuk koko dan juga telur. Adunan ini perlu dikacau hingga sebati terutamanya telur. - 2
2. Setelah semuanya sebati, hidupkan semula api dan kemudian masukkan susu dengan air secara berselang-seli. Apabila adunan mula likat dan buih-buih mula kelihatan, ini bermakna adunan telah masak.
- 3
3. Tutupkan api dan kemudian masukkan biskut marie dan gaulkan adunan sehingga ia sekata.
- 4
4. Adunan tadi beserta dengan biskut marie bolehlah dituang ke dalam loyang bersaiz 10 inci. Pastikan loyang dilapik dengan plastik, atau boleh menggunakan loyang yang terbuka dibawahnya.
- 5
5. Semasa melapikkan plastik, pastikan dilebihkan di bahagian kiri dan kanan supaya senang untuk ditarik keluar kemudiannya. Semasa memasukkan adunan biskut marie, tekankan supaya ia rata. Biarkan adunan sejuk.
- 6
6. Sementara adunan tu sejuk buat coklat ganache. Guna kaedah double boiler. Panaskan air terlebih dahulu. Kemudian tuang 1 cawan whipping cream di dalam bekas lain. Letakkan atas air yg dipanaskan (kaedah double boiled).
- 7
7. Kacau-kacau sampai rasa suam dan kemudian masukkan coklat. Kacau lagi sehingga cair dan sekata kesemua coklat. Kemudian masukkan butter. Kacau lagi. Siap. Tutupkan api. Angkat. Biarkan sejuk selama 30 minit.
- 8
8. Kemudian tuang adunan coklat ganache tadi ke atas kek batik. Dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 6 jam utk dapatkan hasil coklat yang cantik di atas dan mudah di potong.
**Selamat mencuba semua.. Resepi ni adalah resepi sy sendiri yg sy olah sendiri. Doakan semoga rezeki sy trs dimurahkan.. - 9
*TIP untuk potongan kek yang sekata..
- 10
1. Guna pisau panjang..
- 11
2. Celupkan dahulu pisau kedalam air panas.. Kemudian lap kering.. Dan potong atas kek batik..
- 12
3. Semasa potong kek batik jangan sesekali angkat pisau naik keatas.. Cuma tarik keluar perlahan-lahan dari bawah.. Jika angkat coklat atas akan rosak potongannya..
- 13
4. Bila pisau sudah ditarik keluar.. Lap pisau dan celup lagi pisau kedalam air panas.. Kemudian Lap piau kering lagi.. Dan potong kek lagi...
- 14
5. Ulang proses ni sampai habis kek batik dipotong ye..
***** untuk hasil yang cantik kena banyak sabar..... - 15
Tips
*Untuk elakkan adunan hangit, pastikan gunakan api yang kecil sahaja. Api yang kuat juga boleh menyebabkan kek batik menjadi kering dan tidak sedap
*Adalah lebih baik jika digunakan non-stick pan, supaya adunan tak melekat. - 16
Semasa memasukkan milo dan serbuk koko ke dalam butter yang separa cair, masukkan sedikit demi sedikit supaya mudah untuk dikacau hingga sebati. Jika dimasukkan banyak sekaligus, dikhuatiri adunan akan berketul dan akan memakan masa pula untuk membuatkan ianya sebati.
- 17
Untuk memastikan adunan betul-betul sebati, boleh menggunakan ‘hand wisk’ yang akan mempercepatkan kerja anda.
*Pastikan biskut marie dipatah-patahkan sebelum dimasukkan ke dalam kuali.Ini akan mempercepatkan proses meratakan adunan dan biskut marie itu. - 18
Gunakan peralatan yang mempunyai permukaan rata semasa menekan dan memampatkan kek batik untuk memastikan kek batik anda kelihatan menarik.
- 19
Semasa menggunakan kaedah double-boiler untuk mencairkan coklat, pastikan bekas atas menutupi sepenuhnya bukaan periuk di bawah untuk mengelakkan stim daripada keluar.
*Sewaktu mencairkan coklat, gunakan api yang kecil untuk mengelakkan tekstur coklat menjadi gumpalan. - 20
Resipi Sepertinya
-
Kek Batik Choc Ganache Kek Batik Choc Ganache
#GoldenApron2020#Mingguke4Kek batik yang jenis moist dan ada topping choc ganache 😋 memang sedap dan terlalu manis, beginner pun confirm jadi! Farisah Ali -
Kek batik coklat (anti gagal) Kek batik coklat (anti gagal)
Antara best seller ni... Permintaan yang sentiasa ada..Kalau buat ni... Sebiji pasti untuk anak² belum pernah jemu lagi bebudak ni..Jangan kan anak.. opah bebudak ni pun sukaKek batik ni versi lembut tau 0h Hana !! -
Kek Coklat Viral Kek Coklat Viral
Sekarang kan tengah viral kek coklat ketagih atau ada yang panggil coklat heaven..terliur tengok dok lalu lalang..nak beli takut manis sangat..tengok ketebalan choc ganache nya pon dah tau dah manehh nya macam mana🤭Yang sya buat ni versi bajet punya..hehe..Try lah buat sedap!😋 sya guna dark choc untuk ganache tu supaya tak manis sangat dan tak tebal sangat choc tu kira balance lah..hehe..nak guna separuh milk choc separuh dark pon boleh juga😁resepi ni untuk loyang saiz 8×8. shazrina -
Kek Batik Ganache Kek Batik Ganache
Hari ini Kita buat kek batik ganache untuk minum petang#kopi#telur#sebukkoko#CookpadApron2025 Nana Isya -
Resepi Kek Batik Indulgence Tanpa Telur Tanpa Oven Resepi Kek Batik Indulgence Tanpa Telur Tanpa Oven
Kek Batik Indulgence, yang mempunyai 3 lapisan iaitu lapisan kek batik, lapisan cheese dan coklat ganache. Dessert yang mudah, kerana kita tak perlu bakar guna oven. Untuk kek batik, kali ni disediakan tanpa telur. Resepi dari Che NomJumlah Hidangan:9x9 inci kek batik Nora Hj Talib -
Kek Batik Chocolate Ganache Kek Batik Chocolate Ganache
#goldenapron#MingguKe16Waktu remaja suka makan tapi x pandai buat. Dah jadi mak orang baru tau google resipi. So sekarang jadilah kek batik idaman. Hazila Baharudin -
Kek lapis harimau malaya Kek lapis harimau malaya
Special kek ni.. suka ngan rasa coklat cheese dia.. keknya yang lembut... kena cuba tau.. Aznie Khasri -
Chocolate Truffles (1 for 3 Ganache) Chocolate Truffles (1 for 3 Ganache)
#TakLebih6Bahan #ResepiMudahEntry kali ni macam summary buat ganache daripada beberapa entry sebelum ni supaya menyenangkan sesiapa yang berminat nak baca..ini yang last.hihi..Mungkin setiap orang ada cara lain untuk ganache masing-masing mengikut jenis coklat yang digunakan. Sesimple Loralin -
Kek Batik Coklat Berganda Kek Batik Coklat Berganda
Kek batik gini kan memang tak akan pernah pudar ye tak.Zaman sekolah dulu suka sangat beli kat kantin. Rasanya sepotong 30sen.Kalau sekarang pun jual di kantin, anak-anak mesti suka 🤩🤤.Jom kita kongsi resipi buat kek batik coklat ni. Yg penting tetap moist walau duk dlm peti 😊😋. Ain Mohd Kitchen -
Chocolate Ganache Glaze (Topping Donut) Chocolate Ganache Glaze (Topping Donut)
Glaze untuk donut, roti, kek, biskut dan lain-lain.Nisbah Chocolate kepada Cream yang biasa diperkatakan untuk hasilkan ganache, ialah 2:1 untuk kandungan koko kurang 60%. Jika kandungan koko lebih 60% pula gunakan nisbah 1:1. (Coklat berkualiti, kandungan menggunakan campuran cocoa butter, coklat biasa gunakan lemak sayuran sahaja)Coklat berkuali kayangan seperti Callebout biasa mempunyai kandungan koko 60%. Coklat biasa , biasanya 30-50% koko, dan coklat yang biasye2 Uchu guna ialah chocolate compound seperti Beryls pula hanya mengandungi 19% koko.Maksudnya, makin kurang kandungan koko, maka kena guna lebih banyak coklatnya berbanding cream. Namun begitu, bergantung kepada jenis ganache yang dikehendaki. Glaze (cair) , whipped frosting (likat) atau level spread (pejal).Untuk resepi glaze donut ini, Uchu gunakan campuran dark chocolate compound dan milk compound jenama Beryls. Nisbah coklat:cream bagi glaze yang Uchu gunakan ialah 2:1.Bagi Uchu kalau untuk berniaga, kekalkan sahaja jenama dan jenis coklat yang digunakan supaya mendapat kualiti yang sama bagi produk. Barulah pelanggan tak komplen, harini beli coklatnya ngam, hari lain beli coklat tak rasa ngam pulak..cair sangat ke..pekat sangat ke..kan kan kan.. Sesimple Loralin -
❤kek lapis happy ending❤ ❤kek lapis happy ending❤
Yang ni Kek Lapis happy Ending.. kek lapis ni memang sedap.. mewah ngan rasa cheese.. sedap ngan tiap gigitan dried cranberries yang masam manis.. wangi ngan bau blueberry.. Aznie Khasri -
Whipped Ganache (Frosting) Whipped Ganache (Frosting)
#TakLebih6BahanGanache 1 for 3. Bermula dari buat ganache cair sebagai glaze, sejukkan dan diputar menjadi whipped ganache, kemudian dipejalkan boleh digunakan sebagai spread atau chocolate truffles.Tips:Beryls Dark Chocolate/Milk Compound:Untuk chocolate whipped ganache, Uchu suka guna nisbah coklat kepada cream sebanyak 3:1 sebab lebih likat dah stabil. Walaubagaimanapun, nisbah 2:1 juga masih boleh digunakan dengan masa untuk set/stabil/kukuh lebih lama.Tutup rapat dan kena pada permukaan ganache yang hendak disimpan dengan plastik cling supaya ganache tidak membentuk ketulan. Sesimple Loralin
Lebih Banyak Resipi
Komen