Tauhu Bunga Anne El Zahra

Anne IdZahra
Anne IdZahra @cook_17730788

#klselangor
#25Ogos
#goldenapron
#JalilahJJ

Resepi yg kucipta sendiri.. Sesuai utk dihidangkan utk minum petang, hidangan makan beradap (gubahkan) & apa2 pun majlis.
Sedap, rangup..dicicah pula dengan sos cili yg sesuai..resepi ku sendiri jg.

Sudah bersiaran jua di MW keluaran Ogos 2018.

Resepi Anne IdZahra 💚💚
"AromaDapurAnneElZahra"

Tauhu Bunga Anne El Zahra

4 orang bercadang membuatnya

#klselangor
#25Ogos
#goldenapron
#JalilahJJ

Resepi yg kucipta sendiri.. Sesuai utk dihidangkan utk minum petang, hidangan makan beradap (gubahkan) & apa2 pun majlis.
Sedap, rangup..dicicah pula dengan sos cili yg sesuai..resepi ku sendiri jg.

Sudah bersiaran jua di MW keluaran Ogos 2018.

Resepi Anne IdZahra 💚💚
"AromaDapurAnneElZahra"

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 20biji Tauhu Goreng (bulat) digunting 'X' & diterbalikkan, keluarkan isinya
  2. 200 gAyam@Daging Cincang
  3. 1labu bawang besar (dipotong dadu)
  4. 2sb bawang putih kisar
  5. 1biji sengkuang (size sederhana)
  6. 1 batangkarot
  7. 6-8 batangkacang panjang
  8. 3biji kuning telur Gred A
  9. Isi tauhu goreng
  10. Garam, bahan perisa, minyak untuk menumis
  11. 20hirisan cili hijau@merah (optional) untuk hiasan
  12. Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan minyak, masukkan ayam @ Daging. Kacau hingga hampir kering airnya, masukkan bawang. Kacau lagi hingga mesra. Masukkan telur kuning, kacau lagi. Masukkan bahan2 yang dihiris/sagat serta isi tauhu. Kacau hingga mesra. Masukkan garam & bahan perisa, kacau lagi hingga sebati.

  2. 2

    Masukkan inti padu ke dalam tauhu yang telah diterbalikkan tadi. Hiaskan dengan hirisan cili merah.

  3. 3

    Panaskan minyak (3/4 kuali). Tuangkan telur putih (yang dikocak) ke permukaan tauhu & goreng. Mainkan minyak ke permukaan tauhu.

  4. 4

    Setelah kekuningan & garing, boleh angkat dan toskan. *tidak perlu diterbalikkan semasa menggoreng

  5. 5

    Untuk Sos. Kisar halus cili merah & bawang besar. Tuang terus ke dalam kuali/periuk. Masukkan gula kabung (size kecil), sos cili (kimball), gula pasir, garam & aji..kacau mesra. Tambahkan air. Masak hingga mendidih dan masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau hingga likat berkilat. Tutup api.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Anne IdZahra
Anne IdZahra @cook_17730788
pada

Komen

Resipi Sepertinya