Jus Masam Manis Malaysiaku #ChefZam

#goldenapron #minggukedua #ChefZam #chefzam #merdeka #CookpadMalaysia
Assalammualaikum semua. ♥️
Kali ini CN nak kongsikan resipi Jus kegemaran suami CN. Jus ini rasanya masam manis dan segar sekali. Apa tidaknya ia mengandungi bahan-bahan utama seperti lemon, limau nipis, daun pudina dan serai. Memang enaklah diminum terutamanya ketika musim panas.
Sesuai dengan tema Merdeka, CN anggap jus ini umpama negara tercinta kita. Ada masam dan ada manisnya sepanjang 62 tahun kita merdeka. Kedua-dua rasa itu saling melengkapi sebenarnya. Jika terlalu masam pun tidak sedap dan sebaliknya, jika terlebih manis, boleh dapat kencing manis kan 😂
Akhir kata, selamat mencuba. ♥️
Nota:
1. Jika tiada air soda pun tak apa. Gunakan saja air mineral dan lebihkan jus lemon dan limau nipis.
2. Garam dalam minuman ini memberi rasa sedikit lemak dan jus lebih sedap.
Jus Masam Manis Malaysiaku #ChefZam
#goldenapron #minggukedua #ChefZam #chefzam #merdeka #CookpadMalaysia
Assalammualaikum semua. ♥️
Kali ini CN nak kongsikan resipi Jus kegemaran suami CN. Jus ini rasanya masam manis dan segar sekali. Apa tidaknya ia mengandungi bahan-bahan utama seperti lemon, limau nipis, daun pudina dan serai. Memang enaklah diminum terutamanya ketika musim panas.
Sesuai dengan tema Merdeka, CN anggap jus ini umpama negara tercinta kita. Ada masam dan ada manisnya sepanjang 62 tahun kita merdeka. Kedua-dua rasa itu saling melengkapi sebenarnya. Jika terlalu masam pun tidak sedap dan sebaliknya, jika terlebih manis, boleh dapat kencing manis kan 😂
Akhir kata, selamat mencuba. ♥️
Nota:
1. Jika tiada air soda pun tak apa. Gunakan saja air mineral dan lebihkan jus lemon dan limau nipis.
2. Garam dalam minuman ini memberi rasa sedikit lemak dan jus lebih sedap.
Cara Memasak
- 1
Bahan-bahan yang perlu disediakan.
- 2
Masukkan sedikit air panas ke dalam jag berisi gula batu. Kacau sebati sehingga gula larut. Tuangkan air soda, jus limau nipis, jus lemon, daun pudina, garam dan kiub ais ke dalam jag. Kacau rata dan masukkan serai yang diketuk tadi.
- 3
Taburkan serbuk asam boi secukup rasa. Kacau sebati.
- 4
Simpan air di dalam peti sejuk sekejap sebelum dihidangkan. Enak dinikmati ketika cuaca panas. Rasanya amat segar.
Resipi Sepertinya
-
Jus Strawberi Jus Strawberi
Assalammualaikum semua. Hari ini CN kongsikan resipi minuman kegemaran CN ye. Resipi ini CN dapat di internet ketika CN mencari resipi untuk menu berasaskan strawberi. Maklumlah banyak sangat strawberi di rumah. Jika tidak dimakan, membazir pula kan? 😅Resipi ini sangat mudah. Rasanya sedikit Mild Tangy. Kita semua tahu yang strawberi rasanya masam manis kan? Namun apabila dimasukkan kiub ais dan disimpan sejuk, rasa masamnya itu berkurangan. Cubalah buat ya. 😁Nota:1. Resipi asal menggunakan gula pasir. Tapi CN ubah dengan menggunakan gula perang untuk kesihatan. Sukatan asal ialah 1 sudu makan gula pasir.2. Anda boleh tambah atau kurangkan gula mengikut citarasa ya.3. Gunakan buah strawberi yang segar untuk mendapatkan rasa sebenar jus strawberi.4. Boleh tambahkan secawan tembikai cincang untuk variasi rasa yang lain.Selamat menikmatinya ❤️#CNdidapur #jusstrawberi #jus #minuman #menuberbuka #strawberi #CookpadMY #CookpadMalaysia Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Soda Herbs (Air Hutan) Soda Herbs (Air Hutan)
Soda herbs ni istimewa sebab ada sentuhan MinSal. Terus rasa sedap lain macam. Anak-anak sedara pun suka minum air ni dan selalu menjadi menu air utama semasa potluck time cuti sekolah. Anak-anak sedara panggil nama air ni "Air Hutan" sebab banyak daun pudina😂😂. Walaupun nampak daun banyak, tapi rasanya sedap sekali. Rose Nani Nizah Nayan -
Air soda herbs Air soda herbs
Air soda herbs ini memang menyegarkan dan sesuai dinikmati untuk menghilangkan rasa dahaga...sluuuurp#myfirstrecipe2020#goldenapron2020 Ernie Ahmad -
Soda Herbs Soda Herbs
#klselangor #25ogos #goldenapron #minggu4 #cookpadpotluck #cookpadmalaysia #dutacookpadDalam keadaan cuaca yang panas sekarang ni, memang dah kena sangatlah minum air soda herbs yang sangat menyegarkan ni. Cubalah, memang terangkat beb! Mardiana Jaafar -
🍁Soda Lemon Selasih 🍁Soda Lemon Selasih
Memandangkan Nasi Daun Selasih dan Ayam Sambal Daun Selasih telah siap dimasak, maka terbit idea untuk buat air Soda Lemon Selasih.Jadinya, hari ini lengkaplah juadah dengan semuanya ada selasih - daun selasih dan biji selasih. 🤗 Master Jamal -
Jus Limau Nipis Selasih #maratonraya #minuman #minggu2 Jus Limau Nipis Selasih #maratonraya #minuman #minggu2
Jus limau yang menyegarkan. Boleh buat hilang muak hidangan hari raya. Dan yang pasti masam manis air ini mmg memikat hati. Nur Dhunaa AB Maleq -
👩🍳Jus Calamansi Asam Boi🇸🇽 👩🍳Jus Calamansi Asam Boi🇸🇽
Calamansi ( limau kasturi )sangat sedap dibuat jus. Apatah lagi jika digabung dengan asam boi (sour plum ).Kecur air liur bila teringat jus calamansi. Tengok asam boi teringat calamansi. Begitulah sebaliknya. Dua bahan ini saling mengingati😅.Rasanya sangat menyegarkan dan pasti tak cukup minum segelas. Nikmat masam manisnya, sedap tak terkata.🤤🌎 NegaraHurufP-Phillipines-Resipi 1/10#cppassport Mahadiah -
Watermelon Lemonade Watermelon Lemonade
#johor#24ogos#goldenapron#mingguke3#cookpadmalaysiaAir Tembikai Plus Lemon/Limau Nipis, Sedap serta menyegarkan. Jeehan Kitchen -
Sunquick Oren Lemon Pudina Sunquick Oren Lemon Pudina
Masak Apa Untuk 1?Minuman yang Segar dan nyaman di tengahari .Kena pulak di cuaca yang panas.Menghilangan dahaga.Terinspirasi dengan Jus oren lemon pudina @Hani Shaimi.Kebetulan baru baik dari Demam,memang sedap sangat minum air minuman yang masam-masam. Q'leenalee's Kitchen -
Aiskrim “BitterSweet Lime” Aiskrim “BitterSweet Lime”
265/2021/RoadTo1k/950❤️ Mini Bonus : Aiskrim Malaysia ❤️Ni dinamakan tajuk tak mo kalah 😂😂😂Ais krim ni gabungan soda, asam boi (rendam 3-4jam), serai dan limau nipis. Haa..kan kena dengan nama bittersweet tu 🤭. Pahit manis masam gabungan kesemua ramuan 😬 Salina Jalaludin -
Teh Tarik Malaya #ChefZam Teh Tarik Malaya #ChefZam
#goldenapron #minggukedua #chefzam #ChefZam #merdeka #CookpadMalaysiaAssalammualaikum sahabat CN. ❤️❤️❤️Merdeka! Merdeka! Merdeka! Wah tak lama lagi bulan Kemerdekaan bagi negara kita yang tercinta ini akan muncul. Seronoknya rasa hati. Sudah 62 tahun kita merdeka. Alhamdulillah 🤲Bersempena dengan Tema Merdeka oleh Chef Zam ini, CN kongsikan minuman kegemaran rakyat Malaysia. Apa lagi kalau bukan, Teh Tarik. ☕ Mmm sedap likat, pekat memikat.Resipi ini CN belajar dari kakak angkat CN iaitu Puan Orket Abdullah. Beliau juga merupakan seorang penulis buku resipi di Syarikat Alaf 21 Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan usahawan katering yang terkenal di Kluang, Johor. Air tangannya memang sedap. 👍👍👍Justeru CN kongsikan resipi Teh Tarik ini untuk sahabat semua mencubanya. Memang terbaik ♥️♥️♥️Nota:1. Anda perlu pandai menyesuaikan rasa susu pekat manis dan susu cair. Jangan tambah gula kerana rasanya akan jadi terlalu manis.2. Garam dimasukkan untuk memberi rasa lebih lemak pada Teh Tarik ini.3. Jika mahu tambahkan kiub ais, lebihkan susu pekat manis agar rasanya tetap enak walaupun ais mencair.4. Boleh gantikan uncang teh dengan teh serbuk. Dan tambahkan teh wangi sedikit.5. Air teh mesti pekat untuk mendapatkan warna teh yang cantik iaitu berwarna oren kekuningan.#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
👩🍳Air Bunga Telang Pudina💙 👩🍳Air Bunga Telang Pudina💙
Bunga telang banyak khasiatnya. Warnanya yang cantik boleh dijadikan sebagai pewarna semula jadi didalam masakan dan juga minuman.Bunga telang boleh terus dipetik dan boleh juga disimpan kering. Kita hanya perlu merendamnya didalam air panas untukmendapatkan warna biru. tak perlu risau mengenai rasa kerana bunga ini tidak mengubah rasa apa jua makanan🤗.Warna birunya sungguh cantik tetapi boleh bertukar menjadi ungu jika ada bahan2 berasid seperti jus lemon atau madu dicampurkan di dalamnya.Inspirasi resipi Leen @airtangan_ummirizqi 🌹🍹Minuman untuk 1 Mahadiah
Lebih Banyak Resipi
Komen