Sup Ayam Sempoi

Bila beli ayam, saya suka asingkan bahagian potongan ayam.
Satu bekas bahagian isi ayam sahaja (isi ni biasanya saya suka potong dadu dan goreng kunyit ke, paprik ke, tumis bersama bersama sayur ke, masak dalam kuah pasta ke).
Satu bekas bahagian kepak, drumstick, thigh (yang ni saya suka guna utk masak kari/masak lemak, masak kicap atau goreng).
Dan satu lagi bekas bahagian banyak tulang mcm ribs + kaki + leher. Bahagian ni saya paling suka buat sup. Banyak khasiat dari tulang dan kaki ayam ni tau. Bila sampai hari malas memasak atau badan tak sihat, kita buat sup ayam je lah. So hari ni kita masak sup ayam paling sempoi je ye.

Cara Memasak
- 1
Cuci potongan ayam dan tos kan. Lumur ½ sk garam. Ketepikan. Kisarkan bahan bertanda *. Panaskan minyak dalam periuk.
- 2
Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan potongan ayam, tumis sehingga ayam sedikit masak. Masukkan air, asam keping dan sup bunjut. Apabila air mendidih, kecilkan api dan renih selama 30 minit.
- 3
Masukkan kentang, biarkan selama 15 minit. Diikuti dengan carrot. Sambung renih lagi 15 minit.
Jika kekurangan air, boleh tambah. - 4
Setelah semua empuk, tutup api dan masukkan garam, lada sulah dan black pepper ikut citarasa. Siap untuk dihidang. Taburkan sedikit bawang goreng jika mahu.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen