Pineapple Nyonya Tart

Kalau musim raya tiba, saya tak menang tangan untuk sediakan tempahan biskut beraneka jenis dari pada kawan-kawan.
Mujur anak dara saya rajin membantu. Sejak umur 8 tahun Nina sudah mahir mengendalikan urusan dapur. Sekarang umurnya sudah 14 tahun. Kadang-kadang bila saya keletihan, Nina akan ambil alih untuk menyiapkan biskut untuk dibakar. Alhamdullillah.
Semua orang tahu, tart nenas memang hidangan wajib ada di atas meja setiap kali raya. Sama ada tart nenas gulung, Nyonya Tart atau pun yang lain-lain. Asalkan namanya tart nenas pasti ada di dalam balang. Setiap tahun saya akan buat dua jenis tart. Syukur Bila dengar teman-teman kata tart saya sedap. Kata-kata itu membuatkan saya lebih bersemangat untuk membuatnya dengan penuh kasih sayang.
Keenakkan tart nenas bergantung dengan kualiti bahan-bahan yang digunakan. Kalau nak sedap, gunakan pure butter dan premium jem nanas.
Selamat mencuba 😘

Cara Memasak
- 1
Dalam mangkuk adunan, satukan butter, minyak sapi, gula icing, telur & esen vanila. Gaul sebati dengan menggunakan senduk kayu. Masukkan tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Rehatkan didalam peti sejuk 30 minit.
- 2
Setelah doh di rehatkan, mulakan proses mengacu. Gelek doh dengan menggunakan penggelek kayu. Acu dengan acuan kegemaran. Susun diatas dulang pembakar.
- 3
Bentukkan jem nanas, kemudian letak diatas doh yang sudah di acu. Bakar dengan suhu 180’c selama 30 minit atau ikut suhu oven masing-masing. Siap!!!
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen