Chapati

Dalam seminggu, mesti 2-3 kali suami minta chapati. Entah konon nak diet, tak nak makan nasi time dinner. Tapi Bila tengah malam sibuk lapar. 🤣
Chapati ni mudah untuk dibuat, cuma yang runsing tu nak sediakan kuah. Maklumlah kalau kita makan Kat kedai mamak, mesti 2-3 jenis kuah dibagi. Kadang-kadang kita minta kuah khas yang lain seperti kuah dhal kacang kuda, kuah kacang hijau. Kalau dirumah, selalu saya bagi sambal sardin atau kuah kari sahaja.
Capati ini juga boleh di frozenkan. Tetapi frozenkan kepingan yang belum dimasak .Canaikan dulu nipis-nipis, susun dan dialas plastik setiap lapisan. Bila nak makan, tinggal masak sahaja.

Cara Memasak
- 1
Dalam mangkuk adunan, satukan tepung atta bersama garam halus. Tuangkan air sedikit demi sedikit. Mulakan proses menguli. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- 2
Dalam resipi saya, saya letak kan sesudu besar minyak olive untuk menghasilkan chapati yang lembut. Jika tak suka, Tak perlu letak. Selesai menguli, Rehatkan doh selama 30 minit atau lebih.
- 3
Bahagikan kepada beberapa bahagian. Bentukkan bulat, kemudian gelek doh agar menjadi kepingan nipis yang berbentuk bulat.
- 4
Panaskan pan, masak kepingan chapati tanpa menggunakan minyak.(Jika suka minyak sapi, boleh saja renjiskan sedikit di dalam pan). Masak sehingga keperangan. Siap!!
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen