Maggie Kari Sup Telur

Sebut maggi siapa yang tak suka kan? Makanan mewah zaman belajar dulu. Walau orang kata tak elok makan selalu dan tau keburukannya tapi ia tetap jadi pilihan.
Tetiba arini aku rasa teringin nak makan maggi kari sup campur telur kat dalam. Fuhhh sedapnya tak tahan weiii. 😋
Apa lagi kita masak la. Bukan susah pun. Buat sebungkus je sebab kat rumah ni aku memang tak bagi anak anak makan maggi. Hehee tapi tadi aku bagi la jugak dorang makan sikit sorang. Punya la happy dapat makan maggi je pun. 😂
Tapi korang jangan makan selalu tau. Tak elok untuk kesihatan. Hihii nasihat untuk diri sendiri jugak. SELAMAT MENCUBA! 😋
Maggie Kari Sup Telur
Sebut maggi siapa yang tak suka kan? Makanan mewah zaman belajar dulu. Walau orang kata tak elok makan selalu dan tau keburukannya tapi ia tetap jadi pilihan.
Tetiba arini aku rasa teringin nak makan maggi kari sup campur telur kat dalam. Fuhhh sedapnya tak tahan weiii. 😋
Apa lagi kita masak la. Bukan susah pun. Buat sebungkus je sebab kat rumah ni aku memang tak bagi anak anak makan maggi. Hehee tapi tadi aku bagi la jugak dorang makan sikit sorang. Punya la happy dapat makan maggi je pun. 😂
Tapi korang jangan makan selalu tau. Tak elok untuk kesihatan. Hihii nasihat untuk diri sendiri jugak. SELAMAT MENCUBA! 😋
Cara Memasak
- 1
Masukkan maggie ke dalam mangkuk dan letak air hingga penuh. Tutup mangkuk dan biarkan selama 5 minit. Buang air dan toskan.
- 2
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan cili api hingga kekuningan. Masukkan rempah kari daging dan juga serbuk perasa yang di sediakan dalam peket. Tumis sekejap. Saya tambah serbuk kari daging sebab nak buat kuah lebih.
- 3
Kemudian masukkan air dan lobak merah. Nak kuah lebih letak air banyak sikit. Biarkan hingga mendidih.
- 4
Bila dah mendidih masukkan telur dan biarkan sehingga telur keras. Kemudian masukkan maggi dan capsicum. Kacau sebentar hingga rata semua. Hati hati takut telur hancur. Tadaaaa! Dah siap maggi kari sup telur yang mudah dan sedap. SELAMAT MENCUBA! 😋
Resipi Sepertinya
-
Maggie Oden Campak Campak Maggie Oden Campak Campak
Kadang kadang bila teringin nak makan maggie terpaksa la tahan diri sebab anak anak ada kat rumah. Aku memang tak bagi dorang makan maggie kat rumah. Mak ayah je ada lesen makan maggie.Tapi kadang kesian jugak. So aku belikan maggie dalam peket yang banyak banyak keping tu yang tak ada perencah. Biasa orang buat maggie goreng kot.Oleh sebab anak anak suka makan oden so aku masak oden dan tambah maggie tu. Dah jadi ala ala maggie tomyam. Pedas tapi sedap. Yang penting tak risau sangat anak makan banyak sebab tak ada letak perencah segera maggie.Gitu la mak mak ni kan. Selagi boleh cuba elakkan makanan yang kurang berkhasiat. Maggie oden ni pun tak de la masak selalu. Janji sesekali bagi anak anak happy habis licin 1 periuk. Memang sedap katanya.Boleh cuba buat bila time malas masak. Campak campak siap. SELAMAT MENCUBA! 😋#goldenapron2020#minggu10#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Burger Telur Mata Burger Telur Mata
Lama betul tak makan benjo. Dulu aku tak tau benjo tu apa. Sekali cuba terus suka. Simple dan sedap.Tapi aku tak pernah lagi buat sendiri. Biasa beli je kat tepi jalan tu. Untuk contest #telurantarabangsa ni aku pun cuba buat. Tapi aku takde acuan bulat tu. Aku goreng je macam biasa. 😁Fuhhh sedappp. Anak anak first time tau ada burger telur mata ni. Semua tak sabar nak makan. SELAMAT MENCUBA! 😍#telurantarabangsa#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Makaroni Goreng Kari Makaroni Goreng Kari
Bangun pagi buntu tak tau nak masak apa dah. Anak anak tengok nasi lemak, roti canai dan kuih muih semua dah jemu nak makan.Aku pulak tetiba rasa nak makan makaroni goreng. Nak buat pedas pedas nanti si kecik tak makan pulak. So aku ejas guna serbuk kari ada rasa pedas pedas jugak tapi ok la.Alhamdulillah anak anak dan asben suka sangat sampai bertambah tambah makannya. Si kecik cakap “mak sape la ni dah la pandai masak sedap pulak tu.” Bodek ke apa tu? Hahaaa 😝SELAMAT MENCUBA! 😋#minggu3#1minggu1resepi#cookpadmalysia Nor Zahida Aini -
Daging Masak Blackpepper Daging Masak Blackpepper
Aku ni bukanlah peminat daging sangat. Tapi kalau dapat daging yang lembut memang makan tak ingat jugak la. 😅Sesekali aku suka jugak masak daging blackpepper ni. Buat pedas pedas dan lebihkan sedikit minyak. Nanti masa makan gaulkan minyak tu dengan nasi. Fuhhh nikmat 😋Ada ke yang perangai sama macam ni? Hehehe tak caye cuba la. Bertambah tambah nasi. SELAMAT MENCUBA!😍#minggu6#1minggu1resepi#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Ikan Masak Kicap Bersayur Ikan Masak Kicap Bersayur
Bila anak anak tak sekolah dan suami pun WFH maka setiap hari memang kena masak la. Pening nak pikir lauk apa nak masak.Anak anak semua memang hantu kicap. So arini aku masak ikan selar masak kicap. Tapi sebab malas nak masak sayur nanti maka aku campakkan je sekali sayur dalam tu. Jadilah lauk 2 in 1. Jimat masa kan.Lauk ni memang seminggu sekali wajib ada. Nasiba senang dan cepat je nak masak. SELAMAT MENCUBA! 😋 Nor Zahida Aini -
Kuetiaw Gorengku Kuetiaw Gorengku
Aku memang suka makan kuetiaw goreng lagi lagi yang basah. Dulu pernah 2, 3 kali je goreng kuetiaw sendiri. Malas nak masak sebab selalu tak jadi macam makan kat kedai. Macam ada je benda yang kurang.Lepas tu bertahun tahun aku tak pernah buat kuetiaw goreng. Sampai la masa PKP baru baru ni aku macam teringin nak masak so beli kuetiaw dan cuba cari sana sini petua nak goreng kuetiaw.Akhirnya aku ada terbaca resepi dan tips kat google dan terus je buat. Alhamdulillah menjadikkkk dan sedapppp! Anak anak puji dan semua makan sampai licin. 😋Sejak dari hari tu tiap minggu aku beli dan goreng kuetiaw sebab anak sulong aku memang hantu kuetiaw. So sekarang makan la puas puas kat rumah. Goreng je licin. Mama is happy. SELAMAT MENCUBA! 😍#goldenapron2020#minggu14#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Mee Kari Terangkat Mee Kari Terangkat
Dah 2 minggu anak duk zikir nak makan mee kari. Kedai yang dia suka makan tu tak de jual pulak sekarang.So sebagai mak yang prihatin maka gigih la aku masak mee kari untuk dorang. Ni first time masak tau. Sebab kat rumah ni jenis suka makan nasi.Selepas bersilat sana sini maka siap la mee kari ni. Alhamdulillah anak anak kata sedap sangat. Lagi sedap dari yang kat kedai tu. Amboi dah boleh buka kedai la ye? 😂Ok mak kau terangkat jap kena puji. Hilang penat lelah masak tadi. Berebut rebut semua makan. Mama is happy. JOM CUBA! 😋#goldenapron2020#minggu17#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Telur Mata Kicap Pedas Telur Mata Kicap Pedas
Sejak PKPB ni kadang kadang rasa dah tak tau nak masak apa dah hari hari. Buntu nak perah otak fikir menu untuk keluarga.Dah bosan asyik makan lauk bergulai so hari ni aku masak telur mata kicap pedas. Memang telur ni antara menu paling laris dalam rumah ni. Hari hari wajib ada.Alhamdulillah senang dan pantas di sediakan. Makan dengan nasi dan ikan goreng panas panas. Fuhhhh layannn. Anak anak pun semua suka. SELAMAT MENCUBA! 😋 Nor Zahida Aini -
Kerabu Telur Masin Kerabu Telur Masin
Baru baru ni pegi kedai beli telur masin. Nak standby untuk masak menu contest #telurantarabangsa. Tapi rasa dah bosan asyik makan yang rebus je so kali ni kita cuba buat kerabu telur masin.First time buat ni. Eh sedap la pulak. Rasa masam, manis, pedas dan masin tu bersatu dalam mulut. Dengan kacang panjang dan kobis yang rangup krup krap. Fuhhh layannn betul. 😋Sesekali makan boleh la. Jangan amalkan selalu kang darah tinggi pulak nanti. Hehee.SELAMAT MENCUBA! 😍#telurantarabangsa#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Lontong Kuah Lodeh Untuk Aku Lontong Kuah Lodeh Untuk Aku
Seumur hidup ini pertama kali aku masak #lontong kuah lodeh ni. Aku orang Pantai Timur memang ini bukan makanan tradisi kami. Kalau hari raya tu memang takkan jumpa la menu ni.Selepas kawin dengan orang N9 selalu la jumpa menu ni masa hari raya. Aku boleh makan tapi tak suka sangat. Tapi demi Cookpad aku gigih google resepi dan masak. Kononnya buat tak banyak sebab dah tau anak anak tak makan. Banyak sayur kan.Sekali lepas masak semua berebut nak makan sampai tak cukup pulak. Alahai siannya. Anak siap suruh masak lagi malam ni banyak banyak. Sedap katanya. So lepas ni boleh la melontong selalu. 😍#lontong#goldenapron2020#minggu8#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
‘Maggi’ Kari Homemade (Kari Cair Mee Wantan) ‘Maggi’ Kari Homemade (Kari Cair Mee Wantan)
#Pray4BabyQhai#CepatSembuhQhai#BeStrong @sasha_sabrina @goodfellasSemoga dipermudahkan segala urusan dan kembali ke cookpad.Orang Malaysia kan..semua mee segera dipanggil maggi..Haritu happy betul bila Minsha share resepi maggi kari homemade yang katanya dicooksnap dari @zura_homemade . Apa taknya..selama ni duk membeli mi tarik organic ala mee segera ni, sebungkus sahaja dah hampir 7 hengget! Beli sekotak x5 bungkus x10 kotak pelbagai perisa..hmm..Versi homemade ni lebih sihat sebab tak guna MSG. Anak-anak nak makan kerap pun tak kisah. Maggi biasa pun ada je kat rumah Uchu, tapi syarat untuk anak-anak, boleh makan sebulan sekali je & mesti dapat kebenaran, kadang2 terlepas jugak 2-3 kali sebulan..hahahaSekarang dah boleh jimat banyak. Serbuk perasa cendawan yang digunakan dalam resepi pun yang homemade! Jimat..jimat..👍*orang malaysia kan..semua mee segera dipanggil Maggi..😆 Sesimple Loralin -
Ayam Goreng Kunyit Petai Ayam Goreng Kunyit Petai
Aku ni suka makan petai. Tapi anak anak tak suka dorang kata busuk. Baru baru ni beli petai tapi tak tau nak masak apa. Biasa masak sambal udang petai je.Tapi hari ni udang takde. Tengok dalam peti ais ada isi ayam. Boleh la kita masak apa yang ada. Janji campak petai fuhh mabeles. Maaf ye anak anak lauk busuk mama masak arini. 🤣Geram je dorang tengok ayam tu ada petai pulak. Puas hati mama dapat makan puas puas takde rebutan lauk. SELAMAT MENCUBA!😋#minggu2#1minggu1resepi#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini
Lebih Banyak Resipi
Komen