Crispy Cornflakes Chicken

Bila MinSha post pasal last bonus untuk Golden Apron tahun ini, rasa sayu pula hati saya. Sedar tak sedar, rupanya kita sudah menghampiri penghujung tahun. Banyak perkara yang belum saya selesaikan pada tahun ini gara-gara isu Covid.
Untuk bonus kali ini bertema ayam crispy, saya memilih untuk kongsikan resipi Crispy Cornflakes Chicken. Dimana saya menggunakan cornflakes yang diramas untuk menghasilkan crumb yang rangup dan garing. Saya memasak dengan menggunakan 2 kaedah. Pertama sekali saya gorengkan didalam kuali bersama minyak (deep fry) dalam beberapa minit. Kemudian saya masukkan ke dalam oven supaya ayam itu masak dengan sempurna. Mula-mula saya ingin menggunakan air fryer tetapi air fryer saya sangat comel dan tak muat untuk kuantiti yang saya masak. Jadi saya memilih oven sahaja untuk masak serentak. Kalau you all nak gunakan air fryer, tidak menjadi masalah.
Hasil masakan saya hari ini sangat memuaskan hati. Tekstur yang rangup di luar dan lembut pada isi didalam. Jadi, korang kena cuba resipi saya tau! Dah buat, jangan lupa cooksnap ya 😊

Cara Memasak
- 1
Dalam satu mangkuk, campurkan kesemua bahan-bahan A. Gaul rata dan sebati. Ketepikan. Dalam mangkuk lain, campurkan bahan B dan gaul sebati. Dalam mangkuk lain lagi, ramaskan hancur cornflakes (jangan terlalu halus ya)
- 2
Celupkan isi ayam ke dalam tepung serbaguna. Kemudian celupkan kedalam campuran telur dan susu (bahan B). Sesudah itu, salut rata dengan cornflakes yang telah diramas.
- 3
Panaskan minyak, goreng ayam selama 2 minit setiap sisi. Angkat dan toskan minyak. Susun di dalam loyang yang dialas baking paper. Tabur dengan daun kari (jika suka) Bakar selama 20 minit dengan suhu 180’c.
- 4
Sesudah dibakar, boleh terus dihidang bersama tar tar sauce atau mayonis. Selamat mencuba!!!
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (3)