Kek Hati Kasih

Ramadan 2026 : Menjelang Aidilfitri 🕌🌙
Kek daripada separuh adunan kek legend (Kek Ne*ro). Saya skip browning sugar tetapi saya tambah bijan putih sangai. Saya namakan kek ni kek hati kasih (daripada gabungan kek hati pari dan kek pilih kasih 🤭🙏🙏🙏)
Kek Hati Kasih
Ramadan 2026 : Menjelang Aidilfitri 🕌🌙
Kek daripada separuh adunan kek legend (Kek Ne*ro). Saya skip browning sugar tetapi saya tambah bijan putih sangai. Saya namakan kek ni kek hati kasih (daripada gabungan kek hati pari dan kek pilih kasih 🤭🙏🙏🙏)
Cara Memasak
- 1
Satukan tepung gandum dan bikarbonat soda, gaul rata dan ketepikan. Tanak 2 cawan gula dengan api kecil hingga menjadi gula hangus. Masukkan gula ke dalam mangkuk pengadun.
- 2
Timbang dan masukkan kismis hitam ke dalam blender. Sediakan mentega dan potong kiub.
- 3
Satukan gula dan mentega, pukul hingga putih dan kembang. Scrape sekeliling mangkuk pengadun supaya semua nya tercampur rata. Telur diasingkan putih dan kuning nya.
- 4
Masukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul hingga habis dan kembang. Masukkan ½ adunan tepung gandum dan bikarbonat soda sedikit demi sedikit sambil dipukul.
- 5
Satukan putih telur, kismis hitam dan esen vanilla dan kisar halus. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau rata. Sediakan gula hangus yang panas (berhati²).
- 6
Tuangkan gula hangus ke dalam adunan sambil dikacau supaya gula tidak berketul mengeras. Saat ini bau nya sedap sangat. Masukkan baki adunan tepung gandum tadi sedikit demi sedikit. Gaul rata.
- 7
Masukkan coklat cair dan gaul rata dan sebati. Oleh kerana saya nak kukus guna 2 loyang (1 loyang kek utk kek legend), pada step ini saya bahagikan (timbang) adunan ini kepada 2 bahagian. Jika tak dibuat kek lain skip jer step membahagikan adunan tu.
- 8
Adunan ni saya bahagi lagi 2. Sangai bijan hingga meletup² dan tutupkan api, sejukkan. Masukkan bijan ke dalam satu adunan dan gaul rata.
- 9
Kukusan mmg telah dipnskn. Alas loyang dgn plastik/baking paper. Tuang adunan plain ke dlm loyang & ratakn. Tuang pula adunan bijan dan ratakan. Ttup loyang dgn plastic wrap/aluminium foil. Kukus dgn api sdhrna 6 jam/msk. Resipi asal kukus 8-9 jam sbb adunan tidak dibhgi 2. Sekali-sekala check air kukusan jika perlu tmbh, tmbh guna air panas. Sy tak sempat nak snap gmbr mgukus sbb sibuk mmasak. Keluarkn loyang, msa ni kek naik tggi hgga paras plastic wrap & pmukaan atas kek mlekat.
- 10
Sejukkn kek sblm dikluarkn drpd loyang. Balut kek dgn plastic wrap. Tak perlu disimpan di dalam freezer atau chiller. Kek ini semakin lama semakin lembap.
Tip
Yang membezakan kek ini dengan kek legend tu saya tak campur browning sugar jadi kek ini tidak segelap kek legend. Saya tambah bijan putih sangai.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi































Komen (2)