Apam Pisang Coklat Kukus

#144/1001/2026
#1001/2000
#CookpadApron2026
Dari Pokok Pisang
:
Masa awal pindah rumah,k.ha simpan banyak peralatan memasak dalam kotak,sampai sekarang ada lagi yang masih bertapa dalam tu sebab tak berapa larat lagi nak membongkarnya.Jalan mudah guna sahaja mana acuan yang ada untuk Apam Pisang Coklat Kukus ni,k.ha guna cawan kertas yang ada lapisan plastik di bahagian dalamnya.
Al-hasilnya apam jadi kembang ke samping,bukan ke atas sebab cawan tu lembut,tak berapa cantik rupanya.Supaya tak ketara sangat,masa menghidang,kita buang je cawan kertasnya hehehe,ambil kuih apamnya sahaja.Nasib baik rasanya sedap,tak terlalu manis,lembut dan gebu.Alhamdulillah.
Jadi pengajaran,lepas ni memang kena guna mangkuk / acuan kaca @ aluminium sahaja.

Cara Memasak
- 1
Siapkan bahan-bahannya.
- 2
Lenyek isi pisang hingga halus.Campurkan bersama telur,esen vanila dan gula.Pukul hingga sebati.
- 3
Ayak tepung gandum naik sendiri bersama serbuk koko dan baking soda ke dalam adunan pisang tadi.Kacau.
- 4
Masukkan minyak masak,kacau hingga sebati.Masukkan ke dalam gelas penyukat yang ada muncungnya supaya senang masa nak menuang adunannya nanti.
- 5
Masak secukupnya air dalam pengukus.Tunggu hingga mendidih.
- 6
Atur berjarak acuan kecil (sila guna acuan kaca @ aluminium untuk hasil sempurna dan cantik) dalam pengukus.Sila kacau dahulu adunan sebelum dituangkan ke dalamnya.Letak dalam 3/4 dari paras acuan.Tabur di atasnya dengan secukupnya cip coklat.
- 7
Kukus selama 15 minit @ sehingga masak (bila dicucuk dengan lidi,licin).
- 8
Keluarkan dari acuan.Siap.
Tip
Untuk hasil rupa apam yang cantik,naik sekata bukan melebar ke samping,pastikan korang menggunakan acuan dari kaca @ aluminium.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen