
Challenge ini telah tamat
Ramadan 2026: Raikan Ramadan 🕌🌙
.
Ramadan dah tiba! Tahun ni korang nak “Raikan Ramadan” macam mana kat dapur? 🌙✨
.
Setiap tahun mesti ada menu wajib kan… yang membuatkan vibe Ramadan tu lagi terasa.
.
So minmin nak ajak korang share resipi yang korang biasa masak sepanjang bulan puasa.
.
Apa je boleh, menu sahur yang cepat & mudah, menu berbuka yang korang paling tunggu, kuih manis-manis, air sejuk lega tekak, lauk simple untuk keluarga, sampai la ke menu moreh pun onz!
.
Tak payah stress nak cari idea rare-rare. Resipi “routine Ramadan” korang tu la yang orang lain tengah cari sebenarnya. Mana tau membantu kengkawan yang pening fikir nak masak apa hari ni. Daaahhh dapat pahala share ilmu masak 😌
.
Jom geng… kita meriahkan Ramadan dengan resipi masing-masing. Biar feed penuh dengan vibe “Raikan Ramadan”! 💪🥘
🔸 Korang boleh hantar seberapa banyak resipi yang korang nak, nak hantar 100 pun boleh.
🔸 Gambar-gambar yang korang guna mesti la korang punya - jangan curi orang lain punya tau.
🔸 Kalau korang nak share link resipi korang kat IG atau FB boleh je tak sapa marah. Yang kita orang marah kalau curi gambar orang lain.
🔸 Kalau korang curi jugak, kita orang akan delete atau sembunyikan resipi korang. Haaa kalau resipi korang hilang 🎵 ha ha tak tau 🎶
🔸 Resipi korang semua kekal tersimpan dengan selamat dalam Cookpad walaupun challenge dah habis.
🔸 Walaupun korang tak boleh guna gambar orang lain, tapi kita orang boleh guna gambar korang untuk tujuan promosi atau mana-mana aktiviti Cookpad eh. Jangan terkejut pulak kalau jumpa gambar korang dalam newsletter, blog atau banner Cookpad.































