Karipap cheese

Atie SweetChocbakeries
Atie SweetChocbakeries @atiesweetchoc78
Pahang, Malaysia

#fusionantarabangsa #semangatmerdeka
Karipap istimewa yg di fusion antarabangsa kan 😆.
karipap ini bukanlah menu baru lagi.Sentiasa ada, Wajib buat byk2 dan frozen kan, bila terasa nak makan boleh keluarkan dr freezer dan goreng aje. Makan masa panas2 tu perghh,.. Meletop2 dalam mulut rasanya😋😋😋

Karipap cheese

15 orang bercadang membuatnya

#fusionantarabangsa #semangatmerdeka
Karipap istimewa yg di fusion antarabangsa kan 😆.
karipap ini bukanlah menu baru lagi.Sentiasa ada, Wajib buat byk2 dan frozen kan, bila terasa nak makan boleh keluarkan dr freezer dan goreng aje. Makan masa panas2 tu perghh,.. Meletop2 dalam mulut rasanya😋😋😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

3jam
20 org
  1. 100 gmisi ayam dipotong dadu
  2. 500 gmkentang dipotong dadu
  3. 5 ulasbawang putih
  4. 1inci halia
  5. 1biji bawang holand
  6. 1/2sudu lada hitam ditumbuk halus
  7. Secubit serbuk lada sulah
  8. 2 tinsos carbonara cendawan prego
  9. 1 cawanWhipping cream
  10. Secubit garam
  11. Kulit karipap
  12. Doh kuning
  13. 400 gmtepung gandum
  14. 250 gmMarjerin pelangi
  15. Doh putih
  16. 600 gmtepung gandum
  17. 50 gmgula
  18. 300 gmair
  19. Secubit garam
  20. 1biji telor
  21. 3sudu besar tepung beras
  22. 2sudu tepung jagung

Cara Memasak

3jam
  1. 1

    Kupas kulit kentang, potong dadu dan rebus kentang sehingga lembut

  2. 2

    Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang holand, bawang putih, halia sehingga naik bau, masukkan lada hitam, gaul, kemudian masukkan ayam, goreng sehingga isi ayam empuk

  3. 3

    Masukkan sos prego dan whipping cream, gaul rata kemudian masukkan kentang, lada sulah dan garam, biarkan semua bahan masak seketika. Tutup api bila kuah sudah sedikit kering dan ketepikan.

  4. 4

    Bahagian kulit karipap nya pula. Sediakan bahan doh kuning dan bahan doh putih, kemudian bahagikan doh kepada 8 setiap bahagian, masukkan doh kuning kedalam doh putih, bulatkan dan gelek sehingga leper dan gulung, ulang lagi sekali cara sama, kemudian potong kepada tiga bahagian

  5. 5

    Ambil satu doh tekan sehingga leper dan gelek lagi memgikut saiz acuan karipap anda

  6. 6

    Letakkan doh pd acuan, masukkan inti dan masukkan keju mozarella bersama. Tutup acuan dan jadilah bentuk karipap

  7. 7

    Goreng karipap menggunakan api perlahan dan minyak yg banyak, sedap dinikmati ketika panas dengan keju nya yg melimpah keluar nyummmm😋😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Atie SweetChocbakeries
Atie SweetChocbakeries @atiesweetchoc78
pada
Pahang, Malaysia
Minat memasak,mengambil gambar, menjahit, melukis, mendeko dan apa sahaja yg berseni😍
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya